PRU 12 : Peraturan berperang

1. Jangan melawan musuh yang sama terlalu lama.
Bn (khususnya Umno) tidak gentar melawan Pas, kerana Pas adalah musuh tradisi sejak Persekutuan Tanah Melayu kenal makna pilihan raya. Kerana telah bertembung banyak kali itu maka Umno sudah lali, faham dan masak dengan segenap strategi Pas. Selepas 11 kali pilihan raya, Pas tidak banyak berubah (ada perubahan, tetapi tidak banyak). Dan setiap kali Pas melakukan perubahan, setiap kali itulah Umno gelabah, menjangkakan keputusan yang bakal diperoleh.

Yang paling dikhuatiri ialah musuh yang baru muncul. 18 tahun dahulu ialah Semangat 46 yang berjaya menggagaskan Angkatan Perpaduan Ummah. Pada kesempatan itulah Kelantan menjadi milik Pas hingga 3 penggal. Yang dikhuatiri kemudiannya pula adalah PKR dan penasihatnya Anwar Ibrahim. Kerana PKR masih baru dan jiwa mudanya masih bergelora. Anwar, walaupun sudah menjengah lebih 50 tahun, namun usianya sebagai penentang kepada parti yang 50 tahun memerintah negara masih baru. Baru 10 tahun. Dan faktor inilah yang diberi perhatian serius oleh Umno.

Ini jelas kelihatan apabila Anwar dan gagasannya diserang habis-habisan untuk menamatkan riwayat politiknya.

Peraturan pertama. Jangan berlawan dengan musuh yang sama terlalu lama. Penggal ke-tiga beraksi dalam pilihanraya, merupakan peluang terbaik buat PKR untuk menilai sejauh mana sokongan rakyat terhadapnya. Selepas pilihanraya kali ini, nasib PKR sekiranya baik menjadi seperti Pas, Dap atau parti pembangkang yang lain. Sekiranya nasib tidak baik, seperti Semangan 46 yang sudah menjadi sebahagian dari sejarah. Atau paling sadis kembali menjadi Parti Rakyat yang hidup sentiasa segan, matinya tidak mahu-mahu.

Melainkan ubah strategi. Jangan lagi bekerja lima tahun sekali, seperti solat Jumaat seminggu sekali. Membangunkan dan melakuka perubahan dalam masyarakat tidak perlu menanti pilihanraya, tidak perlu menunggu pemilihan parti. Ianya proses berterusan mendidik masyarakat untuk memilih yang lebih baik, menyedarkan masyarakat bukan sahaja tentang hak, tetapi juga tanggungjawab. Dan yang lebih puncak dan tinggi ialah mengembalikan manusia itu kepada tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Mensucikan pengabdian hanyan kepada Allah dan melalui petunjuk Nabi.

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: