Sumbang dan saran dalam memilih pemimpin

Lumrah manusia hidup bermasyarakat. Kata Ibnu Khaldun kita ini makhluk sosial. Betul telahan itu. Hidup bermasyarakat berlandaskan kepimpinan. Jangan kata manusia, haiwan sekalipun perlukan kepada ketua. Kita manusia sama sahaja seperti haiwan dari sudut itu. Namun yang membezakan kita dan haiwan adalah cara pemimpin itu dipilih dan kriteria seseorang itu yang membolehkan dia dipilih menjadi pemimpin. Ini juga satu aspek yang membezakan kita dengan haiwan. Haiwan memilih untuk memimpin. Yang kuat dan gagah lagi perkasa akan berkuasa. Inilah yang dinamakan undang-undang rimba. Yang menang berkuasa, yang kalah merana. Manakala kita berbeza, pemimpin tidak memilih untuk memimpin akan tetapi dipilih untuk memimpin. Dengan kata lain seseorang itu tidak boleh mengangkat diri sendiri untuk menjadi ketua akan tetapi perlulah dipersetujui oleh anak buah.

Modul kepimpinan yang paling asas dan mudah difahami ialah keluarga. Ketua keluarga adalah bapa dan semestinya bapa. Amatlah menyanggahi norma sekiranya kepimpinan keluarga tidak berada di tangan bapa @ suami. Beralih pula ke situasi yang lain, bilik darjah. Juga satu contoh mudah kerana hampir kesemua dari kita pernah bersekolah. Pemilihan ketua dalam bilik darjah berbeza dengan ketua keluarga yang sudah termaktub. Seseorang dari sebilangan pelajar yang sama umur dan mempunyai tahap kematangan yang hampir sama perlu dipilih untuk memimpin rakan-rakan sedarjah lain. Bagaimana pemilihan boleh dilakukan dan apakah ciri-ciri yang melayakkan seseorang untuk dipilih untuk memimpin.

Jika diperhatikan, mungkin boleh diperlekehkan apalah sangat signifikan pemilihan ketua darjah bagi murid-murid darjah dua. Bagai melukut di tepi gantang, ada dan tiada tidak memberi apa-apa impak. Sekali pandang, telahan ini benar. Namun mengapa perkara ini masih dipraktiskan. Seperti yang selalu dipesan-pesankan, kita perlu mengiltizazmi kata pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

Bukan hasrat saya ingin mengupas krisis kepimpinan yang gawat melanda masyarakat kita hari ni. Cumanya isu sebegini tidak wajar sekali dikesampingkan.

Seperti mana yang dinyatakan dalam komuniti haiwan, yang kuat akan berkuasa @ memimpin. Nyata di sini kekuatan menjadi kayu ukur. Namun konsiderasi kekuatan tidak lagi praktikal dalam komuniti manusia. Antara ciri-ciri penting pemimpin adalah ilmu dan taqwa. Ini adalah dua asas penting dalam menilai seseorang untuk dipilih menjadi pemimpin. Kelebihan dan kemahiran lain merupakan nilai tambah @ bonus. Umpamanya personaliti yang menarik, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Namun perlu diingatkan kredit yang kedua ini bukanlah faktor penentu yang utama. Kerana kemahiran komunikasi dan personaliti tidak membantu dalam membuat penilaian dan pertimbangan ketika membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Pun begitu kita masih lagi terpedaya dengan kekeliruan sebegini. Individu yang memiliki personaliti yang menarik dan kemahiran berkomunikasi sering dipilih sekaligus mengetepikan individu yang berilmu dan bertaqwa. Mengapa ini terjadi sedang sudah berulang kali diingatkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: