Buku : Ikhlas dalam Ibadah dan Perjuangan

Judul Asal : An-Niyat wa al-Ikhlas
Penulis : Dr. Yusuf Al-Qaradawi
Penterjemah : Abdul Ghani Shamsudin & Pauzi Awang
Penerbit : Persatuan Ulama Malaysia

Berbulan-bulan lamanya saya ambil masa untuk sudahkan buku ang hanya setebal 224 halaman ini. Dan setelah hampir seminggu kemudian barulah saya menulis ulasanya. Itupun di tengah-tengah malam jam 11.56. Saya paksakan diri saya membuat ulasan ini. Begitulah hambatan kesibukan kerja.

Lewat beberapa hari ini saya sempat melawati sebuah laman koran Indonesia. Dalam satu ruangan yang memuatkan ulasan-ulasan dan perbicaraan mengenai buku, sempat saya ketemukan beberapa ulasan buku yang menarik. Yang membuatkan saya berasa kerdil ialah ulasan-ulasan dari sebarang sana secara fizikalnya jauh lebih panjang dari ulasan-ulasan yang terdapat di akhbar-akhbar mahupun majalah di negara kita. Bukan sekadar itu ulasan dan kupasannya juga bernas dan memberangsangkan.

Benar kata seorang sasterawan negara kita, cerpen-cerpen di Negara kita tidak layak digelar cerpen (cerita pendek), akan tetapi hanya layak digelar certerpen (cerita terpendek) Ini memberikan saya satu azam untuk mengulas dengan labih baik.

Naskah ini umumnya berkisar persoalan niat dan ikhlas. Penulis mengupas tema ini dari perspektif al-quran dan hadith selain dikutip dari pandangan Al-Ghazali, Ibn Qayyim dan beberapa yang lain. Pun begitu ia masih dikupas dengan mudah. Perlu ditekankan persoalan niat merupakan persoalan utama dan pokok dalam Islam.

Selain memperincikan dalil-dalil tentang keutamaan niat dan ikhlas dan hukumnya, Qaradawi juga berjaya menghimpunkan pendapat dan pandangan ulama mengenai tanda-tanda ikhlas dan kesan-kesan keikhlasan. Penulis juga memuatkan saranan yang mendorong untuk mencapai takat keihslasan.

Dan seperti selalunya, ulasan dari saya ringkas. Dan saya juga tidak berminat untuk berbicara (mengulas) tema atau ‘substance’ naskah ini.

Qualiti terjemahan buku ini amat baik dan dibuta dengan teliti. Cumanya satu masalah yang dapat saya cerapi dalam isu penterjemahan di Malaysia ialah kegagalan menetapkan terjemahan judul yang tepat. ‘Ikhlas dalam Ibadah dan Perjuangan’ mungkin berbunyi lebih komersial akan tetapi tidak menggambarkan isi yang sebenar naskah ini. Begitu juga seperti yang pernah dibandingkan dengan naskah-naskah terjemahan dari Indonesia yang jauh lebih tepat. Contoh mudah ialah judul terjemahan Tafsr Fi Zilali Qur’an yang kita terjemahkan sebagai Di Bawah Bayangan Al-Qur’an sedangkan Indonesia menterjemahkan sebagai Di Bawah Naungan Al-Qur’an. Mana lebih tepat?

Apapun naskah ini masih naskah yang baik tanpa mengambil kira aspek teknikal.

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: