Little Altars Everywhere

Penulis : Rebecca Wells 1992
Genre : Novel Inggeris
M/surat : 223 halaman
Harga : RM 12.90 (dengan potongan 50%)
Kedai : Kedai Buku Popular, IOI Mall, Puchong (tapi dah habis)
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyudahkan novel inggeris kedua. Novel ini jauh brerbeza berbanding novel The Curious yang saya baca sebelum ini. Baik bezanya dari aspek penceritaan naratif, laras bahasa, aras bahasa mahupun jalan cerita. Saya memilih untuk membeli dan membaca buku ini kerana buku ini menjadi ‘national bestseller’ dan turut dikomentar oleh ramai penulis sebagai buku yang baik. Dan dalam masa seminggu (yang kebanyakannya saya baca ketika dalam bas) saya sudahi membaca buku ini.

Teknik penceritaan yang digunakan dalam buku ini mengingatkan saya kepada novel Saga. Setiap bab ditulis dari perspektif watak yang berbeza. Pembaca akan mudah terkeliru dengan watak aku. Aku dalam setiap bab yang berbeza akan merujuk kepada watak yang berbeza bergantung kepada catatan yang diberikan kepada tajuk bab tersebut. Ini pada saya menjadikan novel ini unik. Kisahnya berkisar isu, persoalan dan pergolakan keluarga. Saya suka isu kekeluargaan dikupas secara dramatik dalm novel ini. Keseuruhanya novel ini dibahagikan kepada dua sub topik yang besar. Zaman kanak-kanak (sekitar tahun 60-an) dan zaman dewasa (tahu 90-an).

Boleh saya katakan kisah yang dipaparkan dalam setiap bab tidak berkait secara langsung namun tetap punya jalinan. Ada juga bab-bab yang ditemukan diakhirnya. Umpamanya babak Vivian menelanjangkan anak-anaknya di hadapan rumah untuk dirotan disorot sekali lagi dari kaca mata pembantu rumah mereka, Willetta dalam satu bab yang lain. Sebenarnya dalam novel ini tidak ada suatu cerita besar atau plot utama. Yang ada hanyalah sub-plot yang dicantum-cantumkan dan dijadikan suatu novel yang berkait.

Kisah bagaimana Vivianne punya masalah dengan suaminya dan berhadapan dengan kesulitan membesarkan anak-anaknya sendirian. Dan akhirnya dalam bahagian kedua anak-anak Vivianne ; Sidalee, Big Shep, Little Shep, Baylor dan Lulu mengimbas kembali apa yang telah belaku di zaman kanak-kanak mereka. Saya suka novel sebegini. Maksud saya tema yang sebegini. Ada konflik, sedikit dramatis dan kaya ilmu. Tak sangka saya dalam satu bab dikupas juga isu perkauman, warna kulit dan sedikit kisah Perang Vietnam.

Pun begitu yang menjadi satu isu (bagi saya) ialah laras bahasa yang digunakan oleh penulis. Dan juga perkataan yang digunakan cukup ‘bahasa pasar’. Biasanya kita mungkin bejumpa dengan perkataan-perkataan seperti ‘gonna’ dan ‘wanna’. Akan tetapi dalam novel ini kita akan ditemukan dengan perkataan baru seperti ‘yall’, ‘sonovabitch’ dan beberapa pekataan yang tidak pernah didaftarkan di dalam kamus.

Barulah saya sedar isu bahasa tidak standard bukan sahaja tidak dilalui oleh bahasa melayu. Juga isu novel picisan. Maaf saya tidak maksudkan novel ini sebagai sebuah karya picisan. Tidak dari segi meterialnya akan tetapi ya pada saya dari segi mutu bahasanya. Apapun saya gembira membaca karya ini walaupun amat payah untuk disudahkan.

Saya mampu bagi 2.5 bintang sahaja untuk buku ini. Selamat membaca.

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: