Novel : Jibam

Penulis : Ujang
Penerbit : Creative Enterprise
Tahun : 2006
Cetakan : Ke-Sembilan
Mukasurat : 186

Anekdot

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.

Ini anekdot yang tercatat di belakang kulit novel ini.

Sinopsis

Jibam anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri.

Jibam dimusuhi Tuk Ngah Sudin. Selalu benar Sudin sering memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.

Jibam juga dibenci Usin Singai. Marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman.

Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai.

Ulasan

Mengikut definisi seorang ahli panel Bengkel Kajian Novel Popular anjuran DBP baru-baru ini, Jibam saya kategorikan sebagai novel popular. Kerana Jibam merupakan antara novel melayu terlaris. Naskah yang berada di tangan saya adalah cetakan ke-9. Dan Khabarnya sudah lebih 100,000 naskah terjual. Dan yang paling menarik harganya hanya RM11.90. Novel Pop biasanya berkisar latar belakang bandar. Tapi Jibam kanvasnya ialah sebuah kawasan kampong yang sangat pedalaman.

Jibam banyak unsur humor memanfaatkan kebodohan watak utama yakni Jibam sendiri. Ini klise dalam masyarakat Melayu. Mempersendakan orang bodoh, orang pekak, orang tua dan lawak cakap jerit-jerit. Lawak barat ialah lawak bercakap-cakap-mengenai-keburukan-sendiri-selepas-mabuk-todi selain lawak baling-kek-ke-muka serta lawak baling-tepung-buat-kek.

Jibam novel santai yang sarat dengan drama dan konflik dilukis dengan cara yang santai namun masih mengekalkan keindahan bahasa.

terkini : Jibam sedang difilemkan

Label: , , , ,

32 Respons to “Novel : Jibam”

  1. affeirul Says:

    Salam bro…
    Di mana saya boleh dapatkan satu salinan novel Jibam?
    Nak baca.Tidak pernah baca lagi.

    Ikatkata : Sdra. boleh cuba cari di mana-mana kedai cawangan Popular atau MPH. Masih ada cetakan baru, kerana permintaannya masih tinggi.

  2. Bullah Says:

    Salam bro…

    Adakah cetakan baru sama dengan cetakan yang lama. Sebab saya penah baca cetakan yang pertama dahulu. Dalam tahun 93.

    Ikatkata : Itu saya tidak pasti. Sepatutnya sama. Melainkan disebut ‘edisi’ kemaskini atau ‘edisi’ yang lain-lain. Kalau ada pun perbezaan, mungkin pada sistem ejaan, atau kesilapan yang diperbaiki.

  3. fadz Says:

    slm, Jibam sebuah novel ‘kecil’ yg mengejutkan, semacam Cathcher in The Rye buat Inggeris (minus the bad words, Jibam takde tu). saya mula membacanya sewaktu 16, sewaktu saya benci novel Creative kerana menaikkan iktiraf novel2 popular, tetapi kawan saya mnegatakan saya silap dan menyuruh saya baca jibam. saya baca dan saya jadi syok’.

    jibam lebih daripada paparan simbolisme melayu/thai dlm paparan watak bodoh lucu sebagai arkataip Melayu, sebab Jibam dlm novel ini melampau ‘lelucon lurus’ Melayu dan memaparkan ‘dunia’ Jibam itu ‘real’ apabila lelaki jahat itu ‘melalui satu mimpi seram’ lalu menjadi kawan ‘biol’ jibam. Persoalan: kenapa ini berlaku? Di sinilah estetika Jibam. Ujang bukan mengajar benda kecil di sini, Ujang menyatakan lebih daripada dunia ‘spiritual’ melayu, tetapi dunia spiritual Melayu itu ‘betul’ dan tak ramai yg kenal, malah memaparkan dunia ‘batin’ ini digeneralisasikan oleh org sebagai selapuk dan seburuk pelacur, pondan dan pelbagai lagi kelas bawahan dari mentaliti Melayu ‘moden’. Ujang mempersoalkan: adakah anda betul2 faham dengan hal-hal yg terlindung? Simbol Jibam itu perlu, seperti mana2 cerita sufi (uways kharani sebagai contoh) yg menggambarkan si gila yg mengemis itulah yang menyimpan rahsia dunia dan Tuhan, itulah pentingnya Jibam.

  4. raffi ramzee Says:

    jibam memang novel terbest dlm mlysia
    teknik pncritaan yg digunakn bleh bt pmbca mghayati novel ni dgn spnuhnye
    try la bca

  5. Zulkarnain Says:

    Jibam memang the best novel yang aku penah baca. x boring sebab aku dah baca 4 kali. tapi novel tu hilang and aku nak cari yang lain…tapi x dapat jumpa kat mana2 lai…mcm mana tu

  6. cempakaputih15 Says:

    ada masa aku sebenarnya macam nak gila jek tak dapat baca apa-2 rasa cam otak blnk, sbb tu nak tau cite ape the best, kalu u kata jibam aku nak cuba cari se entelo malysia, sebut pasai gile memang surirumah selalu gila dgn keje umah, jadi bila baca novel rasa cam dia plak pelakonnya, ada masa rasa mcam nak jadi penulis, ada masa rasa macam nak jadi watak, atau kadang2 rasa semua yang berlaku dalam kehidupan nak dinovelkan tapi cam ne yek.

  7. hafiza Says:

    Aku nak baca sgt novel ni…dah cari kat popular Pj tapi diorang bgtau yang jibam dah lama dah xder…

    Ikatkata : Jibam masih ada di pasaran. Cari di cawangan Popular yang banyak koleksi buku Melayu.

  8. azizi Says:

    bini aku ngn kakak die nak sgt bce buku ni..puas aku cari kat cs jb takde..popular, mph..mane nak cari ek…tolon aaa….

  9. ahmad safarin saad Says:

    Jibam, novel yg paling best pernah aku baca. Aku dah 6 kali baca novel ini. Tidak pernah rasa bosan. Bila aku baca novel ini, aku dapat tau apa realiti kehadapan sebenar. Yangg buruk, yang cacat dan yang kurang akan di hina, dikutuk, dikeji. Sebaliknya yang sempurna, yang ensm dan yang cantik akan dipuji, dipuja dan disukai. Itulah realiti kehidupan yang ceritakan dalam novel Jibam.

  10. aiman adham Says:

    Semasa aku belajar kat U dulu aku pernah kaji novel ni. Memang ia ada estetika yang tersendiri. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil sebalik cerita lucu dan kelakar yang pada fikiran kita (walaupun ia kehidupan biasa bagi Jibam). Memang patut masyarakat kita baca dan hayati novel ni. Nak tau carilah kat bookstore2… Memang ada Jibam di kalangan kita.

  11. el hanis mohd Says:

    saya membesar dengan novel ni..
    walaupun pada asalnya saya bukanlah penggemar novel..
    tapi selepas saya terbaca buat kali pertama kepunyaan kakak saya, saya terus melekat..
    saya tak sangka adanya novel yang benar2 menceritakan warna-warni malaysia..
    jarang sekali kita dengar watak2 bodoh dalam novel hari ini, terutama pada watak utama..
    saya cukup terhibur setiap kali membaca novel ini..
    ujang bukan saja menceritakan satu kisah, tetapi dia telah berjaya menyampaikan nilai2 murni untuk diterapkan dalam diri pembaca..
    terutama melalui watak kadir dan piah sebagai pengukuh institusi kekeluargaan..
    dari situ kita dapat melihat bagaimana kasih sayang dan maruah keluarga dijaga walaupun ada aggota keluarga yang tak sempurna..
    watak antagonis seperti usin singai dan sudin memberi pengajaran tentang realiti masyarakat yang suka mengada cerita..
    dan juga bagaimana ujang telah berjaya membuat para penggemarnya terlontar kepada suasana kampung..
    sehinggakan mereka yang tak pernah merasai suasana tersebut juga berasa hidup dengan watak anak pedalaman..
    terima kasih ujang kerana telah melahirkan kualiti pada setiap bait..
    tahniah..

  12. zafran Says:

    Jibam dari satu sudut hanyalah kelihatan seperti sebuah novel humor yang ringan dan santai.Namun setelah berulang-kali membacan saya menemui suatu pengalaman baru dan makna yang tersirat di dalam jalinan ceritanya.Penulis seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu rahsia yang lebih dalam dan berat dari apa yang pernah kita gali dari novel-novel biasa.
    Ada unsur-unsur sufisme di dalam bentuk penulisan ini sebagaimana juga karangan hikayat nasarudin atau jenaka sufi.
    Menanggapi karya ini sebagai novel popular pda hemat saya hanyalah menelanjangkan kegagalan si pengkritik menghadam bahasa-bahasa kerohanian yang di selindungkan dengan humor yang menghiburkan dan merantai kita untuk terus membacanya sehingga usai.
    Setiap kali selesai mengulangi pembacaan membuatkan saya terlalu ingin menemui penulisnya untuk menerangkan hakikat sebenar yang ingin di sampaikan.

  13. JiebBaM Says:

    kat mane nk cari novel nie??
    aku da puas cari kat sume kdai2 buku tp xjumpe2..

  14. jebek Says:

    mana nak cari novel jibam puas dah cari. mamak kedai cakap cari kat damansara…. jauh tu!!!!!!!!!!!!!!

  15. jebek Says:

    tolong cari kan novel jibam tak tau nak cari kat mana

  16. jebek Says:

    hidup jibam!!!!!!!!! sesiapa yang ada stok lebih hulur2 la kat org sini,,,,,,

  17. jebek Says:

    sesiapa yang membaca di luar sanaa tolong la pd mak org ni tolong carikan novel jibam

  18. aisya Says:

    wahhhh… rindu nye nk bc blk novel ni, now dh x de… 2 le, dlu x nk simpan elok2… konpem nangis bl bc…huhu

  19. mamat Says:

    salam..sape2 yang nak dapatkan novel ni,
    boleh oder je melalui facebook bro.ujang.
    melalui pos, terus ke rumah anda..:)

  20. maizura Says:

    ape facebook bro ujang tue?

  21. shikin Says:

    dlu dah penah bace jibam ni..bes sgt…nak carik balik..tp xjumpe la..

  22. zaraSa Says:

    aku dah baca jiba banyak kali. kali pertama masa tingkatan 2. masa tu tak banyak buku novel melayu yang ada kat pasaran. sekali baca, mmg bestla. ditambah lagi dengan ayat power yg kelakar tetapi penuh dengan sindiran dan nasihat. siap aku nak bayangkan kalaula aku jadi kadir( abg si jibam) mmg aku nak tunjal aje kepala tuk ngah tu.

    14 tahun berlalu, aku ada pergi bookfest festival kai pwtc. dlm belek punye belek, aku terjumpa balik novel ni, apa lagi, terus aku beli, yg bestnya masa aku beli buku nie, dah la murah ada diskaun lagi, siap ada abag ujang kat situ. dia ada signature nama dia kat depan buku aku tu. samapi skrg ia menjadim antara harta aku yg paling berharga. susah nak cari buku ni lagi kat pasaran skrg

  23. 26life Says:

    apa kata tulis surat pada creative enterprise dan tanya.
    no tel : 03 2282 4970

    aku beli hari sabtu minggu lepas kat booth CESB dalam area GIANT batu caves..cetakan ke 10 2007

  24. Nurul Says:

    DUlukan Ak ada novel ne tp da ilang kena pjam.. ak nak beli baru la nak baca Blik BeST GILA.. tp tensennya aK buku ne susah nak jumpa..

  25. su Says:

    baru jer bercerita ngan bebudak ni pasal kehebatan novel jubam ni..mana nak cri yer..dulu dh baca tp skang nak baca lg

  26. pepat Says:

    nurul: banyak je aku jumpe…apsal xde plak

  27. silantera Says:

    frist time baca novel…novel jibam…masa tu ting 1 (1998) ..kat asrama…sampai orang gelar aku jibam….suruh main bola aku stay kat atas katil …kusyuk baca novel nie….memang best…hope dapat baca balik novel coz jalan citer nye aku dah lupa…tapi yang masih ingat kesudahan nye jibam nie mati…betul kan ?

  28. Miss Aina Says:

    first time baca novel ni masa saya tahun 5 di sekolah rendah… suka sangat….. dulu pinjam kat library sekolah je… ni rasa nk beli pulak….

  29. ummi Says:

    saya ada satu novel ini kat rumah…sebelum beli novel ini pun, saya dah baca banyak kali dan akhirnya jumpa jugak kat kedai..beli novel jibam pada tahun 2000 dan masih elok saya jaga sampai sekarang…sangat suka kat JIBAM yang mencuit hati…tak sabar nak tunggu filem jibam..

  30. orga comec Says:

    Jibam x mati la..last dia jadi best pren ngan Tok Ngah Sudin…ada satu citer lain…yg tu watak utama dia mati eksiden…penulis pun bro ujang gak. tukang lukis kartunis Aie klu x salah..Tajuk dia ABE.

  31. AinAssyifa Atul Says:

    baca sampai nanges-nanges…buku ni still d simpan wat koleksi utk d baca lg wat sekian kalinya..

  32. misae-nohara Says:

    jibam karya yang malar segar sepanjang zaman. ujang pandai buat kita ‘masuk’ ke dalam cerita. macam jugak karya ‘aku budak minang’ yang sgt berjiwa. pertama kali baca ujang masa darjah 6 (1993) kat perpustakaan sekolah. mmg xnak berhenti baca. jibam ada dijual dalam website creative enterprise kat sini: http://cesb.net.my/cari/jibam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: