Satu Juta Penonton Filem Malaysia (bahagian satu)

Norman Abdul Halim, Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM)

1. 77 panggung dengan 79,363 kerusi.

2. Saiz pasaran RM 330 juta setahun.

3. 65 % penonton filem Hollywood, 15 % filem Cina, 10 % filem Melayu, 10 % filem asing.

4. Kawasan yang tidak punya panggung : Labuan, Perlis, Terengganu dan Kelantan. (Kelantan dan Terengganu pernah menyumbang kutipan RM 1 juta untuk filem Sembilu).

Menurut Norman lagi pecahan ini ada kaitan rapat dengan krisis identiti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Berbanding Indonesia dan Thailand, rakyatnya sangat mementingkan bahasa ibunda berbanding, hinggakan terdapat filem luar yang terpaksa dialihbahasa ke dalam bahasa sendiri. Saya kata ini mesti rujuk dasar pendidikan negara yang sangat mengagungkan bahasa luar dan meminggirkan bahasa ibunda.

Norman banyak bercakap tentang fasiliti, bajet dan isu-isu teknikal.

Dr Anuar Nor Arai : Filem Besar Memerlukan Kanvas yang Besar

Kenyataan Norman yang sungguh-sungguh mahukan fasiliti dan bajet ditinggatkan nampaknya tidak dipersetujui oleh Dr Anuar Nor Arai (Johny Bikin Filem arahannya tidak pernah ditayangkan). Dr Anuar menyifatkan ia sebagai ‘meletakkan pedati sebelum kuda’.

Isu utama yang perlu diberi perhatian dalam membikin filem adalah kandungan filem itu sendiri. Adakah ia mengangkat tema dan persoalan yang besar. Beliau membahagikan filem kepada komersial dan paralel.

Uwei Hj Shaari : Filem dan Anugerah Antarabangsa

‘Saya pelacur tua yang dah letih, tiba-tiba mucul perempuan sundal baru masuk kampung iaitu digital.’

Uwei kata anugerah tidak mempengaruhi kutipan tiket. Tapi Hassan Mutalib membantah. Katanya filem Adik Manja contohnya hampir gagal di pawagam, namun bangkit selepas mendapat anugerah. Ini mungkin kes terpencil.

Saya tonton filem berdasarkan anugerah dan ulasan pengkritik. Mungkin saja kelompok komuniti seperti saya sangat minoriti. (Tidak mungkin mampu membentuk kerajaan, walau dengan majoriti mudah!).

Menurut Uwei, filem terbahagi kepada dua jenis. Satu filem mimpi dan satu lagi filem realiti. Filem mimpi ialah filem yang usai ditonton dan ianya tidak akan dibicarakan. Laksana mimpi, selepas bangun dari tidur ia terus dilupakan.

Filem realiti pula bercerita, usai bercerita ia seolah-olah bertanya, ‘Ini kisah aku, kamu bagaimana pula?’. Filem realiti mengajak penonton merenung. Ia seolah-olah menginginkan penonton terlibat sama dalam babak-babak seterusnya.

Tambah beliau lagi, wacana tentang filem sangat kurang di Malaysia. Yang banyak hanyalah laporan dan ulasan. Sedangkan pada beliau kritikan filem adalah sangat perlu untuk melahirkan filem yang berkualiti. Menurutnya lagi, pujian dan kritikan adalah sama merdu untuk didengar.

Seminar Ke Arah Sejuta Penonton Filem Malaysia ; Menjana Masa Depan Industri Perfileman Malaysia
29 Mac 2008
Balai Seni Lukis Negara
Anjuran : Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM

Label: , , , , , , , , , , , ,

2 Respons to “Satu Juta Penonton Filem Malaysia (bahagian satu)”

  1. Wan Azli Says:

    Salam bro. Quote U-Wei itu ko tulis tu ko pakai kaedah chinese whisper? Dah lari ayatnya, sebab aku dengar dia cakap macam ni: Sebagai pembikin filem saya ini dah macam pelacur tua. Dah letih dah. Sekarang ada sundal baru masuk kampung, orang panggil digital! >> untuk faham apa yang dia kata itu, perlu faham analog dan digital dalam proses bikin movie😉

    Ikatkata : Wa alalaikumussalam. Terima kasih kerana betulkan petikan saya. Harap U-wei tak ambil pusing. Maksudnya belum lari lagi. Apapun terima kasih kerana sudi betulkan.

  2. fadz Says:

    menarik!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: