Fitnah ; Apa maksudnya?

Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat melayu kita sebagai ‘menuduh secara tidak benar’. Namun perkataan fitnah apabila digunakan oleh al-Quran dan Sunnah tidak pula bermaksud demikian. Perkataan fitnah dalam al-Quran dan Sunnah membawa berbagai maksud. Antaranya; syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.

Maka ramai ustaz yang tersilap apabila memahami ayat Allah (maksudnya) “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191) dengan maksud menuduh orang itu lebih dahsyat dari membunuh. Itu fahaman secara melayu, seperti menyamakan tuak di Kelantan dengan tuak di Kedah. Bukan itu maksudnya, tetapi yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat tersebut adalah ‘syirik’.

Adapun apabila disebut sebagai zaman fitnah ianya bermaksud zaman ujian dan cubaan yang boleh menggugat keimanan dan ketenteraman hidup. Ianya menjadikan manusia keliru dalam membuat pendirian atau begitu sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian dan tekanan yang wujud pada waktu tersebut.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin (http://drmaza.com/?p=216)

Berkaitan
http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=100&Itemid=86
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Hip/20080403060914/Article/
st-gallery.com/index.php?option=com_content&task=view&id=263&Itemid=1

Ulasan filem Fitna akan menyusul.

Label: , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: