Buku : Berfikir Secara Logik dan Kritis (2006)

Penulis : Ainon Mohd & Abdullah Hassan
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
Halaman : 291

Senario

Saya tidak mahu gopoh-gapah menyudahkan bacaan buku ini. Sama seperti Dato’ Seri yang tidak mahu gesa-gesa membentuk kerajaan baru.😉. Pertama ; kerana saya mahu menikmati naskah ini. Disebabkan posisi kewangan, agak lama lagi untuk saya memiliki buku penulis yang seterusnya (khususnya Psikologi Orang Berjaya).Justeru saya membaca buku ini perlahan-lahan. Kedua ; saya membaca buku ini bergilir-gilir. Saya gelar mereka berdua sebagai pembaca bersama. 1. Rakan kongsi saya. 2. Seorang pelanggan kafe saya. Entah apa yang membuatkan beliau tertarik. Dalam banyak-banyak buku yang saya susun di rak, sengaja saya asingkan naskah ini. Dan judul ini yang pelanggan saya pilih. Tidak mengapa. Lagi ramai yang membaca, mudah-mudahan lebih besar manfaatnya.

Isi kandungan

Sebahagian dari buku ini pernah diutarakan penulis dalam beberapa naskah judul beliau yang lain. Pengulangan beliau tidak menganggu saya. Bahkan ia menjadi satu ulang kaji kepada saya agar lebih ingat dan faham. Bahkan di dalam Al-Qur’an pun punya banyak pengulangan. Yang paling ketara ialah Surah Ar-Rahman. Namu tidak sedikit pun nilaiannya berkurang.

Ainon Mohd (Puan) dan Abdullah Hassan (Prof Emiritus Dr) sebenarnya menilai semula cara berfikir logik dan kritis. Secara umumnya, berfikir secara logik dan kritis penting dan perlu dipelajari. Seorang guru perlu menjadi sangat kritis ketika menilai jawapan soalan peperiksaan pelajarnya. Begitu juga, seorang jurutera bangunan amat-amat dituntut untuk melihat fungsi lif atau jambatan yang dibina secara negatif dan sangat kritikal.

Namun menggunakan cara fikir kritis dan logik dalam semua hal adalah tidak munasabah. Adakah logik sebuah binaan besi berenjin di campak ke laut kelaut tanpa tenggelam. Atau di lambung e langit tanpa jatuh. Dokumentari pencipta kapal terbang membuktikan bahawa betapa mereka dicemuh dan dikutuk kerana ingin terbang. Sehinggakan institusi gereja ketika itu mengeluarkan fatwa ‘haram’ membuat kapal terbang. Kenyataan mereka, ‘Jika Tuhan mahu kita terbang, nesaya kita diberi sayap’.

Bab yang menarik

Antara bab yang saya tekuni betul-betul ialah Andaian (hal 34-49) dan Paradigma (164-177).

Isaac Newton, ‘Tidak ada penemuan besar yang bermula dengan andaian berani’ (hal38).

Dulu kita selalu terdengar istilah ‘anjakan paradigma’. Tetapi apa it paradigma, ia tidak dijelaskan dengan mudah. Adakah ia sebuah bongkah seperti almari yang perlu ditolak (anjak). Atau kenderaan beroda yang boleh disorong (anjak). Paradigma ialah proses memadankan apa yang kita lihat/dengar/tahu dengan dengan apa yang kita faham. Kita akan memadankan perkara-perkara baru dengan persamaan dan perbezaan yang sudah kita tahu.

Ia adalah cara kita melihat. Seorang wanita cantik dalam minda melayu ialah kulit kunig langsat, bibir merah (bak delima merekah), pinggang ramping (macam kerengga), dan dagu panjang (bujur sirih). Justeru apabila ada orang kata wanita gempal dan gebu-gebu itu cantik, secara automatik kita menolak pendirian itu. Sedangkan wanita yang cantik bagi orang-oragn Arab ialah yang gebu-gebu dan montel-montel. Manakala di Afrika pula, lagi hitam kulit seorang wanita lagi di pandang cantik.

Dalam ilmu Islam boleh saya katakan paradigma ialah manhaj. Paradigma baru vs paradigma lama menurut kata mantan KP sebuah institusi ‘status quo vs anti-establishment’ (TH Isemaail Basri). Justeru apabila dibawakan satu dalil yakni Al-Qur’an dan Hadis yang sama dan jelas, masih ada yang tegar memilih tafsiran yang berbeza. Oleh yang demikian, memilih paradigma / manhaj yang betul dalam memahami teks suci adalah amat penting dan perlu. (Rujuk Tinjau).

Kesimpulannya

Saya sangat berpuas hati dengan kupasan Ainon Mohd (Puan) dan Abdullah Hassan (Prof Emiritus). Dan saya sangat berharap untuk bertemu dengan tulisan berkaitan topik yang sama lebih mendalam. Mungkinkah dalam buku-buku mereka berdua yang seterusnya. Atau di mana? Sesiapa punya cadangan?

Label: , , , ,

Satu Respons to “Buku : Berfikir Secara Logik dan Kritis (2006)”

  1. fayz doman Says:

    terima kasih di atas ulasan saudara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: