Buku : Karenamu Aku Cemburu; Curahan Hati Seorang Isteri (2008)

Penulis : Asma Nadia, dan kawan-kawan

Penerbit : Lingkaran Pena

Ada 14 catatan di dalam buku ini. Sama seperti antologi catatan Asma Nadia dkk yang saya ulas sebelum ini. Sesuai dengan judulnya, Curahan Hati Seorang Isteri. Catatan-catatan dalam naskah ini merupakan luahan dan rintihan seorang wanita bergelar isteri kepada suami, seputar subjek cemburu.

Cemburu lelaki

Dalam susuk lelaki, cemburu menjadikan seorang lelaki itu bekerja lebih kuat untuk menandingi orang yang mereka cemburu. Satu sisi yang lain, cemburu berlebihan tanpa kawal boleh menjadi konflik pukul-pukulan atau lebih dahsyat lagi bunuh-bunuhan. Namun subjek cemburu dalam diri lelaki dirungkai dengan mudah, bertegang urat atau bersilang kapak (bunuh).

Cemburu Wanita

Namun cemburu sisi wanita jauh lebih kompleks. Bukan cara menangani, sebaliknya punca cemburu itu sendiri makin kompleks. Maaf cakap, kadang-kadang terasa sangat bodoh. Ketepikan cemburu seorang isteri kerana suaminya punya hubungan intm dengan wanita lain, kerana ini cemburu yang perlu. Wanita itu boleh cemburu dengan ibu mertuanya / menantunya. Ada ibu yang menagguhkan perkahwinan anak lelakinya kerana bimbang kasih saying anaknya akan berbelah bagi dengan isterinya.

Sebuah novel tulisan Siti Hasneeza Abdul Hamid (Cemburu Seorang Perempuan) menceritakan cemburu dengan sanagat baik dan menarik. Wanita itu boleh sahaja cemburu dengan madunya (sudah tentu), dengan rakan sepejabat suaminya,pembantu rumahnya, juga denga kereta baru suaminya. Menakjubkan bukan.

Yang paling mengujakan saya ialah apabila seorang teman memberi nasihat. Katanya, awas ketika isteri kamu melahirkan anak, ada potensi isteri kamu akan cemburu kepada kamu sekiranya kasmu mengasihi anak itu berlebihan dan mengabaikan isterinya. Dengan anak sendiripun mahu cemburu.

Saya membaca naskah Asma Nadia ini secara santai dan pintas-pintas. Nafas kewanitaan sangat kuat dalam naskah ini. Justeru saya kiran amat sukar menjadi lelaki dan dalam pada masa yang sama membaca naskah feminis ini. Inilah sifat wanita yang gemar meluahkan dan berkongsi emosi. Tidak seperti lelaki yang lebih senang berkongsi aktiviti.

Saya teringat satu babak tentang hubungan lelaki-wanita dalam filem M Night Syhamalan’s The Village. Ivy Walker, seorang wanita separuh buta bertany kepada teman lelakinya, ‘Kenapa kamu tidak mengucapkan apa yang terlintas difikiran kamu. Mengapa kamu tidak meluahkannya?’. Soalan ini dijawab dengan baik oleh teman lelakinya , ‘Kenapa kamu (wanita) mengucapkan semua yang terlintas dalam fikiran kamu. Sekiranya saya ingin ucap, maka saya akan ucap, tanpa perlu sesiapa arah’.

Seumpana Mars dan Venus, lelaki dan wanita berdiri di dua kutub yang saling bertentangan. Namun percaya atau tidak, keduanya saling memerlukan.

Label: , , ,

2 Respons to “Buku : Karenamu Aku Cemburu; Curahan Hati Seorang Isteri (2008)”

  1. ginjoy666 Says:


    Mustahil Orang Kristian Bisa Menjawab

    mustahil-kristen-bisa-menjawab.blogspot.com

  2. tita Says:

    aku cemburu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: