Aktiviti

Semalam dan hari ini sedang berlangsung Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Akademi Islam UM. Saya sempat singgah untuk satu slot pembentangan. Sayang, sesi dalam bahasa Arab dan kemudia diterjemahkan. Bukan sayang sesinya dalm bahasa Arab, sebaliknya sayang saya yang tidak mahir berbahasa Arab. Pun begitu konten pembentangan tidak begitu kuat dan menarik. Iya! Pertama kerana manhajnya.

Petang ini pula nanti akan berlangsung satu Syarahan Perdana oleh Prof Mohse di Dewan Tuanku Canselor UM. Saya cuba hadirkan diri. Ada rezeki saya cuba titipkan dapatan daya nanti.

Sementara Sabtu nanti saya akan menyertai Konvensyen Mahasiswa (tapi saya sudah tidak lagi mahasiswa) di DBP. Yang memancing saya untuk turut serta ialah speaker yang dibariskan. Saya diberitahu yang bakal terlibat ialah Prof Emiritus Dr Khoo Khay Kim, Dr Awang Sariyan dan Faisal Tehrani.

Label: , ,

3 Respons to “Aktiviti”

  1. annidxam Says:

    eh content sudah dimelayukan ke?🙂

  2. Hazimin Says:

    Pun begitu konten pembentangan tidak begitu kuat dan menarik. Iya! Pertama kerana manhajnya.

    Apa komen anda tentang manhaj ahli sunnah? Ia tidak begitu kuat dan menarik disebabkan pembentangnya atau memang dari asal tanggapan menyatakan Ahli Sunnah wal Jamaah bukan manhaj terbaik sehinggakan apa yang dibentangkan oleh pembentang tidak di anggap baik?

  3. ikatkata Says:

    Sdra sahabatku Hazimin,

    Yang mengaku Ahlus Sunnah itu ramai. Syi’ah pun dalam keadaan-keadaan tertentu terpaksa memakai baju Sunni, dan itu disyariatkan dalam akidahnya. Taqiah.

    Namun manhaj maksud saya ialah versinya. Yakni kaedah mengambil hukumnya. Adakah versi Sufi-falsafi, versi Asya’irah, Maturudiah, atau apa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: