Konvensyen Mahasiswa

Saya dipelawa oleh seorang teman untuk menyertai konvensyen kali ini. Walaupun saya sudah tidak lagi menyandang gelar mahasiswa, namun saya merasakan tidak terlalu tua untuk menyertai aktiviti orang muda ini. Lebih-lebih lagi ia akan disertai oleh beberapa figur tersohor. Prof Emiretus Dato’ Dr Khoo Kay Kim tidak hadir. Ia agak menghampakan saya. Pandangan beliau dalam ehwal semasa pada saya sangat relevan. Justeru terus saya mengagumi ahli sejarah selepas itu, seperti Ramlah Adam, Farish Nor dan perakan sejarah seperti Pak Subky Abd Latif dan A SamadIismail.

Yang hadir ialah novelis (kontroversi) Faisal Tehrani, Dr Farid Shahran (UIA), Dato’ Hassan Ahmad (Yayasan Karyawan) dan ucap utama oleh Prof Awang Sariyan.

Isu yang disentuh seputar Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Hendak sentuh Dasar Ekonomi baru, rasanya mungkin akan kontroversi dan sensitif, justeru penganjur yakni Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia memilih Dasar Kebudayaan Kebangsaan atau singkatannya DKK.

Beberapa yang saya ingat.

1. Faisal Tehrani. Faisal adalah orang muda yang penu dengan idelisme. Sedang menyiapkan phd dan bakal bergelar doktor. Lewat dua sesi perbincangan yang melibatkan Faisal (sebelumnya di Finas, Bicara Haru Biru) sesuai dengan situasi beliau, Faisal senang memberikan definisi yang panjang lebar tentang sesuatu perkara. Dan kadang-kadang tidak sempat pun menyentuh isu yang ingin dibicarakan. Pun begitu saya suka, sebab ia banyak sekali membantu hadiri untuk memahami perkara yang dibincangkan terutama dalam sesi-sesi yang lain. Definisi budaya diberikan oleh Faisal sangat bagus, memetik tulisan Malek Bennabi.

Dalam pada itu dengan nada sinis banyak kali juga Faisal menyembur peluru terhadap pengkritik-pengkritik beliau. Terutama tuduhan terhadapnya sebagai seorang Syiah.

2. Dr Farid Shahran. Beliau dari Jabatan Akidah Kuliyah Ilmu Wahyu UIA. Saya berharap sangat beliau, dengan latar pendidikan agamanya dapat mengupas ‘kebudayaan’ dari kaca mata Al-Qur’an dan Sunnah. Sayang sekali tidak. Dr Farid melahirkan kekecewaannya terhadap khalayak yang terbatas. Kata beliau orang muda sudah tidak minat kebudayaan. Namun pada saya yang sering mengikuti majlis di DBP, khalayak pagi itu adalah yang membanggakan. Seingat saya seminar yang menampilkan tokoh-tokoh nusantara pun hanya separuh dewan sahaja yang penuh.

3. Dato Hassan Ahmad. Tulisan beliau yang saya amat-amati ialah dalam majalah Dewan Masyarakat dan antologi esei beliau dalam Imbasan. Beliau intelek, namun saya berkira-kira juga mengapa lewat konflik yang berlaku dalam negara kita, suara beliau agak tidak terdengar. Kemudiannya baru saya tahu. Pandangan beliau tentang Melayu, ketuanan Melayu dan hal-hal yang berkait sangat mempertahankan status quo. Bunyinya sangat rasis dan agak ultra-melayu (meminjam istilah yang dipakaikan kepada Tun Dr M). Justeru padangan beliau dalam sesi itu tidak mahu saya kutip.

Beberapa kali saya melepaskan peluang untuk memberikan pendapat dan soalan. Kerana saya fikir biarlah adik-adik yang bergelar mahasiswa sahaja yang mengambil ruang itu.

Apa yang ingin saya tegaskan ialah makna budaya itu hari ini sudah menjadi sempit. Iya. Inikan zaman semuanya sempit dan sendat. Baju pun sempit. uingai pun sudah makin sempit. Hutan pun sudah makin kecil. Makna budaya ialah mak yong, zapin, baju melayu, baju kurung (yang mengurung syariat seperti kata Faisal), bersanding dan pulut kuning. Itulah sebab orang sudah tidak berminat lagi dengan budaya. Lihat sahaja bagaimana Dewan Budaya mengisi halaman majalahnya. Makna budaya itu harus dikembalikan kepada yang asal. Dimana budaya berfikir, budaya membaca, budaya berniaga orang melayu, dan bermacam budaya lagi. Mengapa perlu sempit seperti kebaya nyonya yang singkat sahaja.

Saya hanya sempat mengikuti sesi pagi sahaja. Sessi petang Forum Mahasiswa, saya kira itu bukan lagi medan saya. Saya tinggalkan majlis.

Label: , , , , ,

2 Respons to “Konvensyen Mahasiswa”

  1. sastro Says:

    FAISAL TEHRANI

    Tahniah buatnya yang bakal mendapat PHD dan gelaran Dr-nya itu. masyarakat yang cepat melatah memang suka membuat tuduhan melulu. fahami insan dengan hati yang ikhlas tanpa prejudis. jika benar dia mengumumkan dirinya syiah, barulah dia syiah. sama juga dengan orang murtad kena tunggu dia isytiharkan dirinya murtad barulah kita laksanakan tanggung-jawab kita pula selepas itu. bukankah menuduh dan berprasangka itu berdosa?
    so, kembalikan ia kepada Allah Maha Besar.
    salam.

  2. Riduan Khairi Says:

    Tuan Sastro yang dihormati,

    Rukun iman Syiah ditambah satu lagi yakni ‘taqiyyah’ bermaksud berpura-pura. Yang paling beriman dikalangan mereka ialah yang paling pandai taqiyyah. Lambat lagi orang-orang Syiah di Malaysia kita ini mahu mengumumkan ke’syiah’an mereka.

    Pun begitu kita tidak tuduh mereka sembarang. Ada banyak tanda-tanda dan simptom-simptomnya. Salah satu tanda awalnya ialah mencerca sahabat-sahabat nabi. Mereka selalunya akan bermula dengan Muawiyah. Faisal menerusi novelnya Karbala memburuk-burukkan Muawiyah. Dan banyak lagi simptomnya. Sehingga mempertikai perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah selepas Rasulullah. Mereka akan memuliakan Ali lebih dari Abu Bakar dan Umar. Sedang ulama Ahlussunnah sepakat mendahulukan Abu Bakar dan Umar ke atas Ali. Dan Faisal membangkitkan pertikaian ini melalui dramanya Ghadir Kum. Alasannya, atas nama wacana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: