Syarahan Umum : Bring The Future to The Present

Oleh : Prof Dr Moshe Rubinstein, Sekolah Kejuruteraan Universiti California.

Sesuatu yang mengujakan saya, beliau telah dinamakan sebagai ‘Top-20 professor for the last century’. Menarik bukan. Dr Moshe memiliki kepakaran dalam bidang kreativiti dan penyelesaian masalah.

Antara isu utama yang beliau bincangkan ialah soal membina-bangsa ‘building nation’, atau istilah moden yang sering kita gunakan ialah, modal insan. Beliau lebih senang menyebut modal insan sebagai ‘manusia’ sahaja. Ia lebih jelas dan konkrit. Yang paling penting mahu dibangunkan dalam mana-mana masyarakat ialah manusia itu sendiri.

Dr Moshe, sedari awal lagi menegaskan beliau tidak mahu menyampaikan syarahan, sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman.

Selaku orang yang pakar dalam bidang pemikiran dan kreativit, beliau menyarankan audien untuk mengamalkan cara fikir culang-caling. Jangan hanya terikat kepada gaya fikir logik. Dengan memberi contoh ‘a picture worth thounsand words’ dan ‘a word worth thousand pictures’. Ada benarnya juga. Atau istilah lain yang beliau gunakan berfikir atas-bawah (think upside-down).

Selain itu, beliau juga menyentuh soal pemimpin yang berkualiti. Dr Moshe meletakkan satu ciri pemimpin yang hebat ialah keupayaan menyampaikan cerita. Pemimpin yang hebat ialah juga pencerita yang hebat.

Syarahan ‘Bring The Future to The Present’ selebihnya mengupas keupayaan pemimpin untuk membuat gambaran yang jelas tentang matlamat. Jutseru matlamat itu dinamakan visi yang diambil dari kata visual. Semakin jelas visi itu dapat divisualkan, semakin tinggi potensi visi itu dicapai.

Islam dan kekuatan visi

Manakala di dalam Islam, sejak dari asas lagi visi itu ditanamkan dalam hati dan fikiran ummatnya. Tujuan penciptaan ialah untuk laksana perintah Tuhan. Arah dan tujuanna itu ialah akhirat. Banyak kali Al-Quran dan Sunnah menggambarkan visi hidup manusia. Justeru dalam Islam, yang paling awal ditanamkan ialah visi atau nama lainnya kepercayaan. Al-Qur’an menamakannya Iman.

Muslim yang patuh ialah manusia yang mampu menanamkan kukuh kepercayaan akan adanya hari pembalasan. Akan adanya syurga bagi orang yang patuh dan taat, dan ada juga neraka pada yang ingkar. Sekiranya Muslim itu dapat membayangkan kehidupan akhirat itu benar, dan yakin akan wujudnya hari selepas mati itu, sudah tentu tindak tanduknya akan teliti pada perintah dan larangan Allah.

Ummat Islam paling beruntung kerana arah dan tujuan hidup mereka jelas. Kemana hala tujuan selepas disimpan dalam perut bumi. Apabila jelas visi, maka kemudian barulah kita tahu bagaimana caranya.

Ini adalah sebahagian kutipan saya dari syarahan Prof Dr Moshe. Juga beberapa tenggapan dan ulasan  berdasarkan kefahaman saya. Syarahan berlangsung di Dewan Tuanku Canselor UM pada 9 Julai 2008. Lebih 500 hadir pada majlis tersebut.

Label:

Satu Respons to “Syarahan Umum : Bring The Future to The Present”

  1. sastro Says:

    baguslah………………..

    salam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: