Seminar Penulis Pasca PRU-12

Buat pertama kali saya menyertai program kerajaan PR. Saya bukanlah peminat ceramah-ceramah politik, walaupun saya amat mengagumi beberapa tokoh politik. Tidak berapa kerat sahaja ahli politik yang mampu memberi isi kepada ceramahnya ketika berada di depan rostrum politk. Ramai yang senang memilih khabar gembira memuaskan hati penyokong dari menyatakan perkara benar itu, memberatkan kalimah dengan gossip, spekulasi dan skandal. Ini yang disebut oleh seoraang pembentang, Hishamudin Rais dalam kertas kerja beliau. Menurut beliau manusia berbicara seputar 3 perkara pada 3 peringkat. Peringkat pertama ialah bicara tentang manusia, gossip. Inilah yang tahap paling rendah dan murah. Kedua ialah peristiwa atau kejadian. Ia seperti berita. Dan tahap yang paling tinggi ialah bicara tentang idea, konsep dan falsafah.

Saya memilih menghadiri seminar ini bukan kerana penganjurnya. Bukan juga kerana tema ‘Pasca PRU-12’ nya. Akan tetapi saya hadir kerana magis barisan panelisnya. Saya sangat selektif mutakhir ini. Ada Sifu saya, Puan Ainon. Ada mentor saya juga, Mufti Perlis. Hishamudin Rais juga merupakan penulis kegemaran saya. Analisis beliau tentang kapitalis dan minyak sangat kritikal. Hanya sahaja beliau (mengaku sendiri dalam tulisan) tidak beragama. Panelis lain yang hadir Anbakri (SU MB Kelantan), Tan Sri Dato Dr Nordin Kardi, SN S Othman Kelantan (diganti oleh Sutung Umar S) dan Amir Muhammad. Iya! Bukankah barisan panelisnya menggiurkan.

Sebagai sebuah organisasi baru, penganjuran PAKSI punya beberapa kelemahan ketara. Pun begitu dari sudut yang lain saya sungguh teruja dengan kemampuan PAKSI menampilkan panelis dari pelbagai latar belakang. Jarang sekali satu majlis punya kepelbagaian begini. Yang paling saya kagumi ialah keterbukaan Tan Sri Dato Dr Nordin Kardi. Ternyata saya mengagumi ucapan dan idea beliau. Untuk adil,kita tidak boleh sembarangan memborong seseorang berdasarkan kem atau keahlian parti politik. Hatta tidak semua yang berada di dalam penjara itu jahat dan bersalah. Tolak DS Anwar Ibrahim atau Nelson Mandela yang ‘bersalah atau tidak’nya itu masih ada yang sangkal dan debat. Nabi Yusuf adalah contoh orang yang ‘dijamin’ baik, namun masuk penjara. Imam Ahmad b Hanbal juga di dalam penjara kerana dia pertahankan perkara benar. Begitu juga Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah, Buya Hamka dan Syed Qutb. Saya tidak menyama-ratakan darjat mereka, namun terpenjaranya mereka yang saya samakan.

Beberapa kutipan yang sempat saya catit.

Pembetangan

SN S. Othman Kelantan
Hishamuddin Rais
AnBakri Harun
Dr Mohd Asri

Forum

Tan Sri Dato’ Dr Nordin Kardi
Pn Ainon Mohd
Amir Muhammad

… bersambung …

Label: , , , , , , , ,

Satu Respons to “Seminar Penulis Pasca PRU-12”

  1. sastro Says:

    forum elok-elok, jangan gaduh-gaduh.

    tabik tuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: