Matt Romeo

Saya tidak tahu di mana Matt Romeo berada. Mungkin ‘orang-orang’ Creative Enterprise tahu. Di tangan saya sekarang ini ialah naskah Jantan Romeo. Akibat magis Kandang Cinta Kita. Sayang, tema dan ceritanya tidak memaut saya untuk terus baca hingga ke halaman terakhir. Mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Humornya mengingatkan saya kepada Jibam oleh Ujang. Sememangnya tidak banyak penulis yang punya ‘sense of humor’ yang baik. Di kalangan blogger saya senang sekali menerima humor Mat Jan dan Tok Rimau. Akan tetapi sebenarnya saya paling meminati tulisan Encik Khairul. Saya sekali belakangan ini sudah beberapa tahun blognya jarang dikemaskini. Di Indonesia, saya amat meminati catatan blog Raditya Dika yang memenangi Blog Terbaik 2003. Raditya sudah me’ngompil’ tulisannya dalam empat buah buku (semua saya ada). Naskah pertama antologinya sedang difilemkan. Hebat bukan.

Membandingkan Matt Romeo dan Andrea Hirata? Itu keterlaluan. Masing-masing tidak dinafikan punya kelebihan tersendiri.

Label: , , ,

25 Respons to “Matt Romeo”

  1. Ramlah MS Says:

    pernah baca Anak Dara Menteri & Madu Impian dulu beberapa tahun dulu.

    Ada beberapa ayat dr buku dia yg ingat-ingat lupa
    “Laa.. kau baru tau ke kau bodoh. Aku dah lama tahu”
    “terkejut beruk mcm nampak suami baru keluar dr bilik org gaji pagi-pagi buta sambil peluk bantal”

  2. mattromeo (ex?) Says:

    Terima kasih kerana masih mengingati saya.
    Saya masih ada, tapi sudah memperlahankan langkah dalam penulisan humor. Anak Dara Menteri 3 mungkin menjadi karya terakhir saya dengan nick Matt Romeo.
    Mungkin juga tidak. Ada hajat hendak menamatkannya dengan membawa ‘romeo’ itu kembali ke pangkal jalan. Tetapi kadangkala ragu-ragu dengan kemampuan terkini. Takut nanti yang jadi bahan ketawa bukan saja ceritanya, tapi dengan si penulisnya sekali!
    Lagi sekali terima kasih atas segala bentuk sokongan pada karya-karya saya yang tak seberapa itu selama ini.

    Salam seikhlasnya.
    Saya.

  3. lizA Says:

    saya ada koleksi semua novel matt romeo. masih ternanti-nanti novel terbaru.

  4. mattromeo (ex?) Says:

    Salam Liza,

    Saya sedang berkira-kira (heh, macam buat akaun pulak) untuk menghasilkan novel baru – dan mungkin terakhir. Judulnya pun dah dapat…iras-iras ‘Surah Terakhir’. Doakan saya panjang umur dan punya ruang untuk melaksanakan impian itu.

    Terima kasih.

  5. ain Says:

    Hi Matt Romeo,

    Saya memang peminat setia awak. Boleh dikatakan semua novel, saya ada… tak sabar nak tunggu novel terbaru. Juga masih tercari-cari siapakah Matt Romeo sebenarnya.

  6. orang Says:

    salam matt romeo,
    saya mmg sgt memintai matt romeo. setahu sy sejak kecik2 lagi sy sudah minat karya matt romeo neh (dlm majalah gila2) msa tu sy msh belum kenal novel. novel pertama matt yg saya baca ialah keranamu ainon. memula tgk tajuk mcm tak best, tp cuba baca. wah mmg best. sejak itu, sy mula baca hampir kesemua novel matt. tapi, saya masih tunggu novel2 terbaru. tapi, hampa sbb memang matt tak buat novel baru kan? dan yang satu lagi, saya teringin benar ingin melihat wajah matt. agak2nya bila lah ye, semua peminat matt boleh menatap wajah matt romeo???

  7. munchkeen (aini) Says:

    matt romeo,
    anak dara menteri 3 dah keluar ke belum?
    kenapa nak bersara pulak?
    i really love your novels…
    its like few of your quotes reminds me of myself..
    seriously….

    -aini-

  8. cekau Says:

    ala matt romeo, nape ttibe je lesap ni. puas la aku cari karya ko. kat kedai2 buku pun skarang payah nak jumpak novel anak dara menteri 3

  9. cekau Says:

    satu lagi, matt romeo, cuba ko tunjukkan wajah kau tu… tertanya tanya jugak matt romeo ni cmana la agaknya

  10. Annie Says:

    Salam Matt Romeo, merujuk kpd maklum bls awk ,, awk mungkin menghasilkan karya awk yg terakhir. Pe maksudnye tu? adakah awk akn berhenti dr menulis? Diharapkan tidak krn sy juga ternanti2kan novel awk yg terbaru.. Tak ada novel yg blh membuatkan saya membaca sampai 3,4,5 kali…..

  11. nornazlina Says:

    salam encik matt romeo..
    tolong jangan hentikan karya encik yang amat menggelikan hati kami nie…susah nak cari penulis novel macam yang encik hasilkan….ramai penulis novel menulis dengan tajuk2 yang sangat hebat tapi ceritanya sangat la lawak adan tak ada kena mengena dengan tajuk novel tu…jangan pencen lagi….please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  12. nazir Says:

    encik mat romeo ooii, nape nak pencen? kering edia dah ke? ke mat romeo dah tua xleh jadi romeo lg?

  13. kn Says:

    hai mat romeo…semua koleksi awak saya dah ada.cuma anak dara menteri 3 je tak der.tapi akan saya cari jugak smp dapat.novel yang ada tu dah berkali kali saya khatam baca.saya nak tau matt ni orang kedah ke?kalau boleh nak kenal dengan matt romeo.boleh?

  14. Don Alfian Says:

    Bro matt romeo, aku ni peminat setia novel2 ko, janganla pencen dulu, masih belum ramai penulis lelaki kat Malaysia ni. Semua novel ko ada dlm simpanan aku, daripada Jantan Romeo, Kandang Cinta KIta, Bohsia, Keranamu Ainon, Madu Impian, dan Anak Dara Menteri 1,2,3 semua ada.. Diharap bro akan terus berkarya walaupun dah jadi otai…romeo tetap romeo…

  15. sastro Says:

    salam kudus.

    tak pernah baca tulisan matt romeo.

    best ker? em….boleh difikirkan.

    minat Paulo Coelho.

  16. horatio adzrin Says:

    askum bro matt romeo..pe yg awk tlis skit sebyk mcm ksh hdup sy la..ttg pemainkn pmpn dlm ank dara mnteri 1 dan 2..hmm..apa pn sbg lelaki sy rs kta xslh kn memilih yg trbaik utk jd tmn hdup..apa2 pn moga trus menulis agr ayat2 kaw dr awk dpt djadikan inspirasi…hehehe

  17. Safura Says:

    Salam Matt Romeo,

    Tolonglah jgn berhenti menulis lagi. Last koleksi novel yg saya ada Anak Dara Menteri 3 – tak tau dah berapa ratus kali ulang baca demi nak melepaskan rindu sy pada awak (gulp..! ayat maut ni)
    Baru-baru ni sy ada beli Gila-Gila Julai 2010. Ada tanda-tanda awak nak timbul balik. Yahoooo! Best gile rasenya! Teruskan menulis ye…monolog pun monolog lah🙂

  18. mohd noor Says:

    Salam Matt Romeo,

    Saya ada 11 koleksi novel.. tak pasti adakah lengkap.. (ada berapa semuanya..) Saya dah lama nanti keluaran terbaru Matt Romeo ni. Setiap kali jualan buku di PWTC pasti saya pie kt Creative dan bertanya buku terbaru.. Harap-harap Matt Romeo kembali berkarya dengan bahasanya yg pasti terhibur dan giler2.. Saya pun telah membeli gila2 semula, bila dapat tahu Matt Romeo telah kembali. Teruskan perjuanganmu Matt Romeo!!!

  19. ramli Says:

    slam wat abg matt romeo joget cinta pertama novel paling saya suka .saya harap dapt abg matt romeo menhasilkn novel terbaru

  20. Cik Semma Says:

    Matt Romeo & Mohd Noor,
    Berapa jumlah kesluruhan novel Matt romeo sbnarnye? & ape tajuk2 dia. Cik Semma nak g borong kat booth CESB masa international book fair 2011 6ti. Cik Semma ade Anak Dara Menteri, Bohsia dan Keranamu Ainon je😦

  21. faraheen Says:

    assalamualaikum, selamat sejahtera MATT ROMEO KUKUUUUUU…. hang jangan la pencen awai sangat?, biaq pi umoq dah tua tapi ati mau ROMEO…maksudnya romeo dalam berkarya ja la. Untuk pengetahuan hang, aku sangat merindui karya2 romantik + gila2 sikit hang jadik klu hang nak pencen awai, kebuloq lah aku sbb x dpt nak baca hasil kreatif hang…uhuk…uhuk…uhuk…

  22. nuri Says:

    assalamualaikum matt romeo..

    plzz jgn berhenti menulis..karya matt romeo sgt best dan terbaek..terkenang-kenang sampai sekarang..dah lah susah nak cari..sya nak kumpul semuanya kalau dapat..tapi susah mey mau cari..plzzzz selkai lagi jgn berenti…sob sob

  23. mohd noor Says:

    Salam..
    Cik Semma.. saya tak pasti berapa ada semuanya novel-novel matt romeo tu.. saya rasa ada 12.. saya kurang satu.. kt Creative pun banyak dah tak da.. klu nak kena rajin-rajin cari kt kedai buku sekitar Jln Tuanku Abd Rahman, KL. Dan klu nak saya tolong.. emailkan (mrnoor9191@yahoo.com) atau Facebook saya (Mohd Noor bin Shamsuddin). InsyaAllah.. klu terjumpa saya maklumkannya..

  24. Zaqie Says:

    We miss u matt romeo

  25. Zephyrouz Says:

    Novel bertajuk ‘Joget Cinta Pertama’ patut difilemkan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: