Forum : Political Change in Malaysia ? : A Review of 2008 General Elections

Perbicaraan politik tidak pernah menggamit minat saya untuk terus tekun dan sabar meneliti buah bual bicara. Bicara politik di Malaysia didominasi oleh gossip-gossip murah, skandal,dan serangan peribadi. Bukan tidak ada yang berwacana tinggi, namun hayatnya nescaya tidak panjang. Hatta manusia-manusia berkapasiti intelektual tinggi turut terjebak. Professor dan doktoral terpaksa merendahkan idea dan daya fikir demi meladeni minat dan antusiasi khalayak. Saya sama sekali tidak mengatakan itu salah dan tidak betul. Ia masih subjektif. Hanya saja saya katakan disitu bukan minat saya.
Namun petang ini, situasi berbeza. Seorang pembantu professor dan seorang doktoral berforum tentang perubahan politik yang berlaku di Malaysia.
Inpuma Forum Series
Political Change in Malaysia ? : A Review of 2008 General Elections
Panelis :Assoc. Prof. Dr. Edmund Terence Gomez, University of Malaya
Dr Bridget Welsh, John Hopkins University
Moderator : Prof. Dr. Mohd. Hazim Shah Abd Murad, University of Malaya
Penganjur : International Institute of Public Policy and Management, University of Malaya
Panelis pertama berucap seputar perubahan besar dalam pilihanraya Mac 2008. Fokus utama ialah transisi politik berasaskan kaum dan agama kepada politik merentasi sempadan kaum dan agama. PKR sebagai sebuah parti baru yang berbilang bangsa. Keputusan pilihanraya baru-baru ini menunjukkan hilangnya pengaruh parti politk berasaskan perkauman sebagai contoh MCA, MIC dan UMNO sendiri turut terjejas. Manakala DAP yang sebelum ini dikuasai oleh orang China (yang sangat kurang melayu) mula menampakkan perubahan apabila menerima kemasukan seorang kerabat raja Melayu memegang jawatan tinggi dalam parti.
Namun begitu panelis masih bimbang dengan trend politik perkauman dan bersifat keagamaan yang dimiliki oleh UMNO dan PAS. Pada beliau kedua-dua parti itu sebahagian besar masih bersifat terlalu ke-Melayu-an.
Panelis kedua pula membentangkan hasil kaji selidik yang dijalankan berkaitan persepsi pengundi terhadap calon yang mereka undi. Hasil dapatan beliau menunjukkan sebahagian besar dari responden (60-70 peratus) tidak tahu akan individu atau pasti yang mereka undi. Manakala selebihnya meletakkan faktor kepimpinan parti sebagai faktor utama. Kemudian diikuti oleh faktor calon iti sendiri.
Satu dapatan yang agak menarik ialah, pengundi tidak terpedaya dengan sogokan wang untuk membeli undi. Mungkin mereka menerima wang itu, namun itu tetap tidak mengubah pendirian pengundi untuk mengubah undi. Namun menurut Bridget lagi, ada dua situasi yang memungkinkan pengundi dipengaruhi oleh wang. Pertama ialah : pengungdi yang berpendapatan rendah kurang dari satu ribu ringgit. Yang kedua ialah sekiranya undi itu dibayar dengan nilaian yang wajar dianggap berbaloi, sebagai contoh nilai ribuan ringgit.
Majlis dihadiri kira-kira 50 orang. Diantara yang hadir ialah Prof K.S Nathan dari UKM dan seorang pegawai diplomat dari Kedutaan Bangladesh. Kedua-duanya memperkenalka diri dalam sessi soal-jawab. Menurut wakil dari Kedutaan Bangladesh iklim politk di Malaysia agak ‘membosankan’ dengan meminjam istilah monotamus. Namun tambah beliau lagi hanya selepas PRU-12 beliau berasa teruja untuk menjalankan tugas dalam situasi yang lebih variasi.
Walau bagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan bicara politk kali ini. Kedua-dua panel hanya memperihalkan (analisis) perkara-perkara yang telah berlaku. Dari analisis PRU 1969, 1990, 1999 hinggalah ke 2008. Yang mana kesemua PRU itu menyaksikan pasti pemerintah agak terjejas hingga hilang majoriti 2/3 pada 2008. Namun pada akhirnya panelis menyarankan agak sesuatu perlu dilakukan, ‘Umno perlu berubah’ atau ‘Pas perlu menilai semula agenda negara Islam mereka’. Apa yang saya harapkan dari golongan cerik-pandai ini ialah cadangan, saranan dan tunjuk jalan, tentang bagaimana sepatutnya politik negara kita boleh diperbaiki. Yang ada hanya cadangan dan saranan umum dan sekerat jalan.

Label: , , , , , , , , , , , , , , ,

Satu Respons to “Forum : Political Change in Malaysia ? : A Review of 2008 General Elections”

  1. sastro Says:

    politik meninggalkan kesan buruk jika tersalah percaturan, kawan bisa jadi lawan bahkan kawan lagi ‘bisa’ macam ular. kalau berpolitikpun janganlah kutuk orang sana sini. lepastu makan duit hasil mengutuk orang, berkat ke??????? alahai pemimpin, sebelah kaki neraka tunggu. berlaku adillah. contohi rasulullah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: