Olimpik, Putrajaya dan Kg Jasa

Ketika malam majlis pembukaan Sukan Olimpik baru-baru ini, berpusu-pusu pelajar warga Tanah Besar China mengerumuni dewan tayangan televisyen. Seperti ada gula-gula yang keluar melimpah dari peti berkaca itu untuk dikaut. Saya bena tak bena. Sambil bekerja sambil menjeling sahaja.

Hanya saja ketika malam majlis penutupan sempat saya tenung skrin besar yang berkelip-kelip memadan imejan dari Shanghai itu. Dek kerana kagum dengan persembahan ribuan penari yang berewang-rewang membentuk gaya dan pergerakan, maka ada yang bertepuk.

Apa-apa sahaja majlis yang melibatkan penyertaan warga antarabangsa, semahu-mahunya diadakan dengan segah yang mungkin. Penganjur semahu-mahunya meletuskan sebanyak-banyak boleh bunga api. Andai terdaya mahu saja diledak mana-mana gunung berapa berdekatan biar gegarnya terasa. Mungkin juga ada yang bercita-cita mengait bulan atau bintang buat menyuluh stadium.

Khabarnya satu temasya sukan besar sebelum ini membelanjakan lebih 200 juta hanya untuk majlis pembukaan. Sebuah syarikat perundingan ‘event management’ dari Australia dikatakan memenangi tender penganjuran majlis berprestij itu. Yang paling pasti ialah menelan belanja yang tidak sedikit.

Gah. Memang gah. China sebagai sebuah negara mewakili peratusan besar penduduk dunia. China sebagai sebuah bangsa di dunia mewakili kuasa ekonomi baru. Itu semua kita tahun. Namun menonton majlis gilang dan gemilang lagi cemerlang, ada satu rasa yang terbit.

Rasa itulah yang menjelma bagai sejuk mencengkam ketika subuh berkabus membaluti, ketika pertama kali tapak retina saya mencerap wajah Putrajaya. Dengan bangunan-bangunan indah yang saya kira lukisan jurutera nya sahaja sudah boleh membeli seluruh rumah dan isi rumah kampung kita.

Rasa itulah agaknya menusuk-nusuk baju kurung kusam Opah memembus rasa ketika berziarah ke rumah salah seorang anaknya ; besar, agam, indah, berpagar emas dan tinggi, berbumbung genting hujan-tidak-berbunyi.

Rasa itulah agaknya ; sebak.

Sampai hati anaknya berumah agam, sedang bumbung pondok ibunya bocor. Sampai hati Perdana Menteri menyuluh seluruh jengkal tanah Putrajaya membela badak, sedang rakyatnya masih ada yang berakit ke sekolah, berpelita menyiapkan kerja rumah. Dan dua ekor badak itu namyan terlentang dan berkubang.

Sampai hati. Justeru memandang ke layar kaca menyaksikan kemewahan di stadium sarang burung itu dilebur dan dibakar, begitu menyayat hati. Sampai nya hati mereka.

Label: , ,

Satu Respons to “Olimpik, Putrajaya dan Kg Jasa”

  1. sastro Says:

    olimpik dilaksanakan zaman yunani kuno untuk memuja zeus. zeus dianggap sebagai raja tuhan-tuhan yunani kuno. negara kota-negara kota yang sedang berperang melakukan genjatan senjata semata-mata mahu bersukan memuja zeus. zeus tu sapa? wujud ke zeus? Allah Maha Besar dan Maha Suci dari apa yang mereka persekutukan dengannya. Allahuakbar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: