Forum Pra-Ramadhan

Yang memaklumkan majlis ini kepada saya ialah Mohd Isa, seorang mahasiswa pemerhati di APIUM. Berbangsa China, memeluk Islam beberapa tahun yang lalu dan lulusan undang-undang tanpa ‘chambering’. Katanya, undang-undang sivil yang dipelajarinya tidak Islamik. Mohd Isa merupakan salah seorang sahabat yang banyak mendorong saya untuk terus ‘antutias’ dalam menuntut ilmu, walaupun sudah lebih 4 tahun meninggalkan alam mahasiswa.

Moderator : Dr Roslan Md Nor
Panel 1 : Prof Dr. Abdul Halim Mat Diah (Jabatan Sejarah, APIUM)
Panel 2 : Prof. Madya Dr. Zainur Rashid (Hospital IMU, Seremban)

Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Forum pagi ini menampilkan seorang ahli panel lulusan agama (Prof Abdul Halim) untuk mengupas puasa dari sudut hukum syara’. Manakala sorang lagi ahli panel (PM Dr Zainur Rashid) merupakan seorang pengamal perubatan. Beliau mempunyai bidang kepakaran sakit puan dan ibadah ketika sakit.

Puasa dari sudut syara’

Bahagian ini banyak disentuh oleh ahli panel yang pertama dengan memetik ayat fardu puasa dari Surah Al-Baqarah.

Panel kedua membentangkan keringanan-keringanan dalam berpuasa terutamanya kepada umat Islam yang sakit. Beliau memberika beberapa contoh perkara perubatan yang dibenarkan ketika berpuasa. Antaranya penggunaan ‘inhaler’ bagi pesakit athma, ‘eyedrop’dan proses pemindahan darah. Dalam kes-kes perubatan yang lain, menurutnya ia perlu dirujuk kes demi kes. Dalam sesetengah kes, pengambilan ubat boleh dijadual semula mengikut waktu bersahur dan berbuka, manakala bagi kes pengambilan ubat yang kritikal, ia dibenarkan berpandukan nasihat pakar perubatan dan ahli agama. Ini merupakan sebahagan keputusan Seminar Fiqh Perubatan yang disertai beliau pada tahun lepas.

Puasa dari sudut kesihatan

Pada bahagian kedua, beberapa fakta menarik dibentangkan oleh ahli panel.

1. Puasa menyebabkan proses penyahtoksidan berlaku pada tubuh badan.
2. Merehatkan sistem pencernaan. Sekaligus mengurangkan risiko penyakit gastrik, cirit-birit dan migrain. Panelis kedua membuktikan, kes-kes penyakit tersebut mendadak berkurangan pada bulan puasa di hospital dan klinik.

Pun begitu tambah beliau, hikmah kesihatan berpuasa tidak akan bermakna sekiranya umat Islam tidak mengawal pemakanan ketika bersahur dan berbuka puasa. Situasi yang berlaku ialah kita cenderung untuk makan berlebihan ketika berbuka puasa. Beliau menasihatkan supaya juadah berbuka puasa adalah sama seperi juadah makan tengah hari atau juadah makan malam pada bulan-bulan lain.

Puasa juga selain dapat mengurangkan berat badan, dapat meningkatan kebarangkalian untuk hamil kepada wanita yagn kurang subur. Ini kerana kebanyakan kes wanita tidak subur adalah berpunca dari berat badan berlebihan. 50 peratus dari masalah ketidak suburan dapat diatasi hanya dengan berpuasa (mengurangkan berat badan).

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Progran Ijazah Dasar, Prof Madya Dr Sharifah Hayati.

Saya sangat bepuas hati dengan pembentangan oleh ahli panel kedua selaku orang yang pakar dalam bidang perubatan.

Sebaliknya untuk ahli panel pertama, banyak pekara (pada saya) pelu dibaiki untuk menjadikan pembentangan beliau sesuai dengan gelaran professor yang dimiliki. Saya mengharapkan banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi dinukilkan. Juga contoh-contoh ibadah puasa yang dilakukan oleh para sahabat seperti puasanya para sahabat ketika perang Badar (langsung tidak disentuh)dan tentang ibadah yang disunnah kan oleh nabi.

Majlis ditangguhkan tanpa sesi soal-jawab. Seakan menjadi tradisi di sini, budaya bersoal-jawab sangat kontang.

Label: , , ,

Satu Respons to “Forum Pra-Ramadhan”

  1. sastro Says:

    kembangkan ilmu pengetahuan ke seluruh jagat raya.

    p/s: -tidak suka peminjam buku yang tidak bertanggung-jawab. jagalah hak orang lain melebihi hak diri sendiri.

    aku sayang koleksi buku aku. malas nak bagi pinjam kat orang tak tahu jaga buku. lipat sana, lipat sini. apapun jika mau baca belilah sendiri agar industri buku kita maju dan berjaya di dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: