Buku : Genius Muhammad b Abdullah (2007)

Penulis : Roziah Sidik
Penerbit : Pts Islamika (2007)

‘Mengungkap kepakaran seorang nabi dalam pelbagai dimensi hidup’.

Sirah

Lazimnya buku-buku yang bercerita susuk tubuh manusia agung Muhammad bin Abdullah (selawat dan salam buat beliau, ahli keluarga dan sahabat) ini mengikut kronologi. Dari lahir, membesar dan menjadi nabi lalu wafat. Yang paling dikenali ialah Sirah Ibnu Hisyam,merupakan ringkasan dari buku gurunya Sirah Ibnu Ishak yang dikatakan hilang.

Fikah Sirah

Kemudian wujud pula satu genre lain yang mengupas pengajaran dari setiap peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad. Ini dikenali sebagai Fikah Sirah. Antara fikah sirah mutakhir yang tersohor ialah karangan Dr Said Ramadhan Al-Buti, Maulana Sayyid Ali Al-Hasani An-Nadwi dan Muhammad Al-Ghazali. Namun yang paling direkomendasi ialah karangan Syeikh Mubarakfuri. Buku tulisan beliau telah memenangi pertandingan menulis sirah Nabi. Di negara kita terdapat juga beberapa ilmuan tempatan yang menulis sirah nabi. Sebagai contoh Sirah Nabawiyah oleh Abdul Hadi b Awang.

Namun Genius Muhammad b Abdullah membuka dimensi baru untuk mengenali Nabi Muhammad. Penulis meneliti kepakaran Nabi Muhammad dari sudut-sudut lain. Antaranya Nabi Muhammad sebagai pakar startegi, ahli diplomasi, pakar strategi perang, pakar hubungan antara kaum dan ahli pembangunan sumber manusia.

Saya menuggu pula buku-buku lain yang mengkaji kepakaran nabi Muhammad dalam bidang-bidang yang lain. Contohnya dalam bidang pengurusan, cara mengendali mesyuarat, kaedah berunding, cara berniaga dan banyak lagi bidang-bidang yang boleh dikaji.

Saya tertarik dengan beberapa sifat Nabi Muhammad ketika berurusan dengan masyarakat. Pertamanya, beliau akan memanggil seseorang dengan nama yang penu atau gelaran yang disukai dan yang baik-baik. Tidak pula kita penah membaca nabi memanggil isterinya dengan Chah sahaja atau Jah sahaja, melainkan beliau memanggil dengan nama yang sempurna ‘Khadijah’ dan ‘Aishah’. Ataupun dengan nama gelaran yang baik-baik seperti ‘Ya Humaira’ yang membawa maksud ‘pipi merah’, satu panggilan manja kepada Aishah.

Bersambung…

Label: , , , , , , ,

4 Respons to “Buku : Genius Muhammad b Abdullah (2007)”

  1. sastro Says:

    buku cadangan: Muhammad saw oleh Martin Lings, best of the books talking about the prophet Muhammah (pbuh).

    ucapkan-lah solawat kepada baginda rasul kerana Allah swt dan malaikat-Nya bersolawat ke atas Nabi. amin.

    best of luck.

  2. Riduan Khairi Says:

    Guru-guru saya banyak merekomenkan buku sirah Nabi yang ditulis oleh Syaikh Sofirurrahman Mubarakfuri. Buku ini memenangi pertandingan menulis sirah nabi. Sudah diterjemah dan diterbitkan oleh YaDIM. Fakta-fakta di dalamnya lebih teliti dan sahih.

  3. adihazmi Says:

    Assalamualaikum abg,abg saya ni still budak sekolah menengah dan saya sebenarnya sangat-sangat berminat dan mengimpikan untuk memiliki buku Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam jilid 1-4.Dari dulu lagi saya idam-idamkan buku ni.Saya nak buku ni sebab saya masih jahil tentang sirah Nabi Muhammad SAW dan saya yakin bahawa buku ini sangat baik dan bagus lagi sahih.Kalau abg berkemampuan/boleh,abg sedekahkanlah/hadiahkanlah kepada saya buku ni bagi menambah saham akhirat abg.saya cadangkan abg beli online di http://www.sjr.com.my/shopping_cart.php?osCsid=6fc0f66994d924ddbcad456807e7c6b2
    .Dekat laman web tu ada jual buku Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam lengkap dari jilid 1 hingga 4.harganya ialah RM139.00 .Abg mesti nak maklumat penghantaran kan.takpe abg bagi email abg kepada saya.Nanti saya bagi alamat dan nombor telefon saya.Saya minta sangat-sangat budi baik abg.Kalau saya nak beli sendiri tu mungkin tak boleh kerana ada sebab-sebab tertentu.Assalamualaikum abg.

  4. adihazmi Says:

    abg, silap link lah.ni link yang betul http://www.sjr.com.my/product_info.php?products_id=711&osCsid=6fc0f66994d924ddbcad456807e7c6b2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: