Buku : Syoknya… Berpuasa (2006)

Kandungan buku agama tidak pernah berubah sejak dari Al-Qur’an diturunkan. Ada beberapa perkara mengalami perubahan seiring dengan perubahan zaman. Namun lebih banyak perkara agama itu tidak pernah berubah mencakupi urusan aqidah dan ibadah khusus. Agama berbeza dengan sains yang sentiasa mengalami perubahan. Jika sebelum ini saintis menjangkakan bumi ini mendatar, beberapa ketika kemudian didapati fakta itu tidak benar. Bumi ternyata bulat.

Walaupun kandunga agama itu banyaknya tidak berubah berbanding ilmu-ilmu lain, namun pasaran buku agama sentiasa malar dan segar.Al-Qur’an sebagai sebuah kitab agama menjadi kitab yang paling banyak di baca sepanjang zaman.

Justeru kehadiran buku agama berperanan penting sepanjang zaman untuk menyampaikan kandunga agama mengikut huraian semasa. Kandungannya tetap tidak berubah, namun cara penyampaian, huraian dan contoh mungkin saja perlu megikut kefahaman pembaca semasa.

Penulis : Rajendra Kartawira
Penterjemah : Bibi Ratna Maidinsah
Penerbit : Pt Hikmah 2004 – Pts Millenia 2006
Tebal : 188 halaman
Kandungan : 16 bab

Buku Syoknya berpuasa menampilkan satu sisi huraian yang lain tentang puasa. Seorang anak menanyakan beberapa soalan tentang puasa kepada ibu dan bapanya. Kesemua 16 soalan itu dijawab dengan rapid dan mudah oleh ibu bapanya. Ini menjadikan 16 bab kesemuanya.

Mengapa manusia wajib berpuasa?

Soalan pada bahagian pertama ini dihurai dengan begitu baik sekali. Saya suka memanjangkannya di sini. Umat Islam diwajibkan berpuasa, yakni tidak makan dan tidak minum pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Umumnya begitu. Adakah umat Islam sahaja yang berpuasa. Pelikkah arahan Allah ini?

Penganut agama Kristian juga berpuasa, begitu juga penganut agama Hindu. Hanya saja cara mereka berpuasa berbeza. Ada yang berpuasa tanpa memakan daging sahaja,dan ada pula yang berpuasa dari memakan makanan yang berdarah.

Menurut penulis, bukan manusia sahaja yang berpuasa. Haiwan juga berpuasa. Beruang kutub dan haiwan yang tinggal di kawasan sejuk juga berpuasa. Istilahnya hibernasi, yakni  tidur selama berbulan-bulan yang tentu sahaja tidak makan dan minum.  Manakala bagi haiwan dikawasan panas juga tidur pada musim cuaca sangat panat. Istilahnya pula ialah aetirasi. Ada juga haiwan yang berpuasa pada musim mengawan, contohnya ikan salmon, penguin, angsa dan itik laut.

Anjing pula akan berpuasa apabila marah atau kematian tuannya. Puasa anjing ini kadang-kala berlarutan sehingga berminggu-minggu.

Bersetubuh ketika puasa

Antara beberapa soalan lain yang menarik ialah, mengapa manusia tidak dibenarkan bersetubuh pada hari puasa. Jawapannya amat mudah. Kerana proses bersetubuh menggunakan banyak tenaga, dan akan membahayakan kesihatan sekiranya dilakukan pada bulan puasa.

Puasa dan kesihatan

Secara saintifiknya puasa menyihatkan badan. Seorang doktor pakar mengesahkan bahawa bilanga pesakit pada bula Ramadhan menyusut dengan ketara sehinggakan menjejaskan bisnes klinik dan hospital swasta.  Dokto tersebut juga menegaskan bahawa separuh dari kes kegagalan wanita untuk hamil pulih hanya dengan berpuasa.

Ulasan

Buku ini menggunakan gaya bercerita dan santai. Ia dilakonkan oleh watak anak yang bertanya kepada ibu bapanya.

Selain hikmah puasa, buku ini secara tidak langsung menerapkan kaedah psikologi menangani soalan dan kerenah anak-anaka kecil. Setiap soalan anak dijawab dengan semudah mungkin. Tidak ada soalan yang dimatikan atau diabaikan begitu sahaja. Ini bersesuaian dengan naluri kanak-kanak yang penuh rasa ingin tahu.

Cadangan

Buku ini benyak menggunakan hujjah saintifik bagi merasionalkan perintah Al-Qur’an. Dari sudut ini saya memiliki pandangan yang berbeza. Ini kerana fakta sains berubah-ubah sesuai dengan sifat sains itu sendiri yang tidak statik. Berbeza dengan perintah Al-Qur’an.

Sebagai contoh kes bumi sebagai hamparan yang diebut dalam Al-Qur’an. Suatu ketika dahulu sains mengatakan bahawa bumi ini mendatar, maka ada ulama yang terburu-buru mengesahkan dengan dalil dari Al-Qur’an. Sedangkan sains juga kemudiannya menyebutkan sebenarnya bumi ini bulat. Natijahnya manusia akan mula meragui kebenaran Al-Qur’an, sedangkan sebenarnya yang silap itu ialah kajian sains bukannya AL-Qur’an.

Oeh yang demikian, menyandarkan mana-mana peritah Al-Qur’an dengan rasional sains bukanlah cara baik. Pada satu ketika ia dilihat dapat membuktikan kebenaran Al-Qur’an, manakal dalam ketika yang lain ia berpotensi mewujudkan keraguan manusia kepada Al-Qur’an sekiranya terdapat perubahan fakta sains. Dan sains itu ternyata suatu ilmu yang berubah-ubah dan tidak statik.

Label: , , , ,

2 Respons to “Buku : Syoknya… Berpuasa (2006)”

  1. JHaZKiTaRo Says:

    salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba..🙂

  2. sastro Says:

    bersetubuhlah waktu malam. halal tu…………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: