Assalamualaikum… maka jawabnya…

Buku : Menebar Salam Menuai Sayang
Penulis : Dr. Sa’id Al-Mushrifi
Penterjemah : Masturi Irham & Salafuddin Ilyas
Penerbit : Pustaka Al-Kautsar (2007)
Halaman : 119

Buku ini ialah satu lagi naskah buku yang dipinjamkan oleh Yasin kepada saya. Yasin ialah seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Yasin berasal dari Jakarta. Bagi memenuhi keperluan kewangan, Yasin bekerja secara sambilan di kedai saya.

Buku ini menghurai lafaz salam, ‘Assaalamualaikum’ yang disyariatkan kepada umat Islam. Memberinya sunat, namun menjawabnya fardu. Pahala memberi salam lebih besar berbanding yang menjawab.

Pengarang memetik sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim tentang salam.

Kalian tidak akan masuk syurga, sehingga kalian beriman. Kalian tidak akan beriman, sehingga kalian saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa saying-menyayangi? Tebarkan salam’.

Adab memberi salam

Dalam beberapa lafaz hadith, Nabi Muhammad menggariskan beberapa adab memberi salam.

1. Dari orang yang sedikit kepada orang yang ramai.
2. Dari orang yang berjalan kepada orang yang sedang duduk.
3. Dari orang yang berada di atas kenderaan kepada orang yang sedang berjalan.

Imam Bukhari dan Muslim merekodkan :

Hak seorang muslim kepada seorang muslim yang lain ada 5

1. menjawab salam
2. ziarah orang sakit
3. menghantar jenazah
4. memenuhi undangan
5. mendoakan…(lupa)

Dari Abdullah b Amru, dua orang bertanya kepada nabi, ‘Apa yang terbaik dalam Islam? Jika kamu memberi makan dan menebarkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal

Peranan salam dalalm Islam

Salam menurut penulis ialah berfungsi menyuburkan ikatan persaudaraan (silaturrahim). Salam ialah doa sejahtera kepada saudara kita. Dengan salam, masalah komunikasi dalam keluarga, organisasi dan masyarakat dapat diperbaiki.

Salam juga menepis tanggapan musuh-musuh Islam, bahawa Islam ialah agama kekerasan dan sering dicap teroris. Anjuran salam sesame umatnya membuktikan bahawa Islam mengutamakan kasih-sayang, harmoni dan diplomasi. Kekerasan dan tindakan tegas hanya dilakukan pada saat dan ketika tertentu sahaja.

Pengarang pada awal pendahuluan mencatatkan, bahawa buku ini dikarang dengan segera untuk menjawab tohmahan Islam menganjur keganasan. Hanya dengan menghurai salam dan fungsi  pembudayaan salam, terbukti sebaliknya.

Salam boleh mamadamkan api kemarahan dua saudara. Salam juga boleh memadamkan dendam dan permusuhan lama.

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: