Kesempurnaan vs Kemaafan

‘Imperfection makes us human’, kata Nisah Haron , seorang pengarang muda yang sedang meningkat naik. Maksudnya (bagi pembaca yang kurang pandai bahasa Inggeris) ‘ketidaksempurnaan menjadikan kita lebih manusia’. Itu coretan Nisah ketika membuat kueh raya.

Ada orang tidak meminati penyanyi Celine Dion kerana ‘dia telalu sempurna’. Jimi mencatit perihal ini beberapa catatan yang lalu. Begitu juga saya yang agak sukar meminati Datuk Siti kerana ‘dia seakan sempurna’. Baik dari nyanyiannya, peribadinya atau rupa parasnya. Saya tidak nafikan kualiti suara dan nyanyiannya.

‘No body is perfect, so be nobody’. Sukar saya hendak terjemahkan kata-kata ini kedalam bahasa melayu dengan mengekalkan ritmanya.

Sebelum ini saya sangat obses dengan sesuatu yang sempurna. ‘Perfectionist’ adalah istilah yang mungkin sesuai. Ingat watak Bree Van Der Kamp dalam drama Desperate Housewives.

Akhirnya saya memenui jawapan, bahawa kesempurnaan itu bukan milik kita, manusia. Sifat manusia itu serba kekurangan. Kalau kucing terjun dari pucuk pokok, kemudian mengeliat boleh jalan semula. Tetapi kita manusia terlecek satu anak tangga pun, mungkin beberapa hari berlajan rengkot.

Tuhan tidak perintah kita jadi sempurna. Nabi pun tidak suruh. Nabi pun sakit. Nabi pun sedih. Nabi pun menangis. Nabi pun sakit. Nabi pun luka dalam perang. Inikan pula kita. Hanya manusia biasa.

Yang Allah dan Rasul mahukan ialah sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari masa ke masa. Hari ini perlu lebih baik dari semalam. Dan esok seharusnya lebih baik dari hari ini.

Dan dari ketidaksempurnaan itu wujudnya kemaafan. Yang kurang kita redhai. Yang salah kita betulkan dan maafi. Tiada dosa yang tidak terampun. Hanya syirik yang kekal dalam hati sahaja tidak diterima ampunannya.

Dan bersempena dengan Syawal yang mulia ini, saya memulakan dengan memberi kemaafan kepada kenalan dan saudara mara, untuk salah dan silap yang dilakukan. Dan untuk itu juga saya memohon kepada Allah agar membuka pintu hati hamba-hambanya memberi kemaafan kepada saya.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Label: , , , , ,

3 Respons to “Kesempurnaan vs Kemaafan”

  1. dija Says:

    yup..strOngly agreed..ehehe..tho i’m virgo gurl who really love perfaction..hv to admit that there is no such perfection..especially in lOve..jgn cr ksmpurnaan, cr keserasian..

  2. hanip Says:

    selamat hari raya. it’s my 3rd aidilfitri w/o those people i love and those food that I’ve been having for 18 yrs…hmmm… maaf zahir batin dr perantauan.

  3. addyaholix Says:

    Setuju.
    Tuhan tak pernah suruh kita jadi sempurna.
    Nabi tak pernah arahkan umatnya kelihatan sempurna.
    Mak ayah juga tak pernah paksa.
    Kawan-kawan apatah lagi, langsung tak peduli.
    Tapi aku sendiri yang mendesak diri untuk jadi sempurna.

    Sebab ketidaksempurnaan buat aku rasa tak senang duduk.
    Contohnya kerja mesti tepat dan teliti.
    Langsung tak boleh salah atau silap.
    Tulisan mesti guna “font” yang sama.
    Tajuk mesti di “bold” kan.
    Semua mesti kelihatan sempurna.

    Bos aku sendiri pernah merungut.
    Sebab aku nak semua nampak sempurna.
    Tengok ! bos merungut sebab aku nak sempurna.
    Susah !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: