Buku : 7 Formula Individu Cemerlang

Buku ini membongkar rahsia kejayaan dan kecemelangan individu sejak beribu tahun!’

Penulis : Dr Danial Zainal Abidin
Penerbit : Pts Millenia (6:2006)
Halaman : 362

1. Mengenali kehebatan diri dan potensi
2. Meledakkan taqwa
3. Melonjakkan ilmu
4. Hidup bermatlamat dan berwawasan
5. Memeliharan amanah
6. Berfikiran positif
7. Menyantuni manusia

Ini buku motivasi. Motivasi islami. Ia ditulis oleh seorang doktor perubatan yang pengetahuan ilmu Islamnya sangat baik. Juga pengetahuan ilmu-ilmu barat juga setanding. Justeru pembaca akan dapati buku motivasi ini sangat kaya dengan fakta sejarah mahupun sains. Hanya saja latar belakang sains pengarang adakalanya beberapa halaman dari buku ini terasa sesak dengan statistik dan analisis. Hanya beberapa bahagian kecil, selebihnya masih cermelang. Maka tidak hairanlah sehingga detik ulasan ini ditulis buku init telah pun dibaca lebih dari 20 ribu pembaca (berdasarkan jumlah cetakan).

7 formula yang digariskan oleh pengarang boleh dibaca secara berasingan. Saya amat terkesan dengan dua bab terakhir, berfikiran positif dan menyantuni manusia.

Berfikiran positif

Banyak konflik dalam dunia terjadi akibat persektif yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Faktanya tidak berbeza, hanya sudut pandang berbeza selaluny menjadi konflik. Sudut pandang yang berbeza akhirnya akan mengakibatkan tindakan yang berbeza. Sudut pandang dan persepektif ini ialah bagaimana cara kita berfikir dan melihat sesuatu perkara. Ia sangat penting. Kerana dari cara kita berfikir akan menentukan cara kita bertindak. Apabila sesorang individu itu berfikir dan percaya bahawa dia mampu lakukan sesuatu pekerjaan, maka dengan itu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Sebaliknya jika kita tidak percaya dengan kemampuan kita, maka usaha kita hanya akan main-main sahaja, kerana kita tidak yakin. Buat apa buat sungguh-sungguh, kalau akhirnya kita sudah tahu bahawa kita tidak akan berjaya. Buat apa bertanding, kalau kita tahu kita tidak akan menang. Manusia bertanding hanya apabila ada kebarangkalian untuk menang.

Tekanan dan masalah hidup harus dilihat dari sudut positif sebagai ujian untuk menjadikan manusia lebih baik dari sebelumnya. Bukan penghalang kepada matlamat dan kejayaan. Pengarang buku ini memetik kisah seorang kanak-kanak yang buta dan pekak sejak kecil. Kisah Hellen Keller dan kesunguhan gurunya Anne Sullivan. Kisah ini pernah difilemkan oleh Walt Disney bertajuk Miracle Worker. Akhirnya Hellen Keller berjaya hidup berdikari.

Kecacatan bukan penghalang. Ramai juga manusia yang kurang upaya berjaya dalam bidang yang mereka usahakan. Ray Charles dan Babyface adalah contoh dua orang ahli muzik yang genius lagi berjaya, sedangkan mereka berdua buta. Mereka berjaya bukan sebagai ahli muzik biasa, bahkan menjadi legenda dengan hasil ciptaan yang diingati.

Apatah lagi bagi manusia-manusia yakni kita-kita yang cukup sifat tentu sahaja cabaran dan dugaan kita tidak sehebat mereka. Apakah alasan bagi kita untuk tidak berjaya menjadiapa yang kita mahu. Jadilah seperti berlian yang lahir dari tekanan yang sangat hebat diperut bumi dan dibakar dengan bahang yang sangat panas. Kerana hanya dengan cara itu berlian dapat dihasilkan. Ini bermaksud hanya dengan usaha yang sungguh-sungguh dan kecekalan yang tinggi barulah sesuatu kejayaan itu akan terhasil.

Menyantuni manusia

Satu lagi bab yang menarik minat saya. Individu cemerlang tidak bersifat ananiah atau individualistik. Tidak akan ada manusia yang berjaya sendirian, melainkan bersamanya manusia-manusia lain ataupun organisasi. Manusia cemerlang berupaya memotivasikan manusia lan di sekelilingnya untuk cemerlang juga.

Nabi Muhammad cemerlang. Satu dari kayu ukur kecemerlangan beliau ialah dengan melihat manusia-manusia yang berada diekelilingnya. Manusia dari serata ceruk bumi, berbagai warna kulit dan latar belakang, semuanya menjadi manusia hebat di tangan beliau. Nabi Muhammad menggilap Bilal bin Rabah, seorang hamba berkulit hitam menjadi permata sejarah. Namanya disebut-sebut kerana tegarnya beliau mempertahankan tauhid sehingga direjam dengan batu ditengah panas. Bersama Muhammad juga Khalid Al-Walid, pahlawan perang yang sangat garang. Tidak pernah ada satu perang pun yang beliau sertai melainkan semuanya menang. Namun ketika jawatan panglima itu dilucut di medan perang oleh khalifah, semangat dan daya juangnya sedikit pun tidak luntur.
Bab akhir ini sebenarnya banyak berbicara tentang kepimpinan dan ciri-cirinya.

Kesimpulan

Setelah berpuluh-ribu orang menikmati karya pengarang ngetop ini, baru lah ia sampai kepada saya. Ini antara buku awal yang saya beli, namun antara buku yang paling lewat saya baca. Sayang sekali. Membaca mengikut mood inilah padanya. Apapun formula-formula dalam buku ini sangat berguna dan bermanfaat.

Gambar : Cover buku edisi Indonesia

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: