Forum : Intellectual Forum on Futures Studies

Jabata Sains dan Teknologi, Fakulti Sains
Universiti Malaya

Moderator : Prof Datin Dr Azizan Baharuddin
Panel 1 : Adjunct Prof KJ Kohn
Panel 2 : Prof Dato’ Dr Mohd Jamil Maah
Panel 3 : Prof Emiretus Dato’ Osman Bakar
Panel 4 : Prof Dr Hazim Shah Abdul Murad

Futures Studies, ‘atau studi masa depan’ terjemahan bebas dari saya, adalah sesuatu yang agak baru dalam wacana intelektual tempatan. Dan inilah beberapa sarjana dalam kampus UM sedang merencanakan sebuah kursus khas bernama ‘Futures Studies’. Merancangan perkara yang akan datang bukanlah perkara yang baru, namun disiplin khusus yang mengariskan metod dan teori tentang masa hadapan masih belum ada.

Pertama kali saya didedahkan tentang ‘futures studies’ ialah oleh Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu seminar berkaitan filem di DBP beberapa tahun yang lepas. Beliau menegaskan bahawa ‘futures studies’ digunakan bagi menentukan corak filem yang diterbitkan di Holywood. Ini lantaran pengaruh filem yang sangat berleluasa dan berkesan, terutamanya kepada generasi muda. Sebagai contoh, generasi yang membesar dengan siri kartun Doraemon punya perbezaan dengan generasi yang membesar dengan siti animasi Naruto.

Forum anjuran Jabatan Sains dan Teknologi ini menampilkan Prof Datin Dr Azizan Baharuddin sebagai moderator. Beliau merupakan Pengarah Pusat Dialog Peradaban. Manakala panel yang terlibat pula ialah Adjunct Prof KJ Kohn, Prof Dato’ Dr Mohd Jamil Maah, Prof Emiritus Dato’ Osman Bakar dan Prof Dr Hazim Shah Abdul Murad. Dari senarai panjang ini saya hanya pernah mengikuti syarahan Prof Osman Bakar. Ketika itu di USM, Syarahan Perdana yang bertajuk, Wacana gerak Andalusia. Manakala saya sempat menghadiri satu forum yang dihadiri sama oleh Prof Dr Hazim di Rimba Ilmu UM. Forum berkaitan situasi politik semasa sehari sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Panel 1 : Adjunct Prof KJ Kohn

Pembentangan berjalan lancar. Prof John menceritakan pengalaman syarikat minyak Shell yang berhadapan dengan krisis minyak pada tahun 70’an. Shell hari ini adalah satu-satunya syarikat minyak yang pernah berdadapan dengan situasi itu.

Panel 2 : Prof Dato’ Dr Mohd Jamil Maah

Pembentangan Prof Jamil menarik perhatian saya apabila beliau menyebut ‘futures studies’ berkait dengan kreativiti. Beliau menyenaraikan beberapa ‘tool’ kreativiti, antaranya pemikiran lateral, pemikiran strategik dan enam kaedah berfikir (Edward De Bono).

Panel 3 : Prof Emiritus Dato’ Osman Bakar

Menurut Prof Osman, hatta diperingkat antarabangsa pun sebenarnya ‘futures studies’ masih belum dibangunkan dengan sempurna, baik disiplin atau pun metod. Panel ini sangat dikenal dengan usaha meng-Islam- kan sains. Hanya saja saya meragui Islam versi apa. Kerana pembentang dilihat sangat cenderung mengutip pnadangan falsafah. Dalam siri syarahan beliau, agak sukar menemui hujah yang beliau sandar terus kepada nas. Bahkan mengutip hadis pun nampak semberono. Hari ini beliau meriwayatkan sepotong lagi hadis yang mengatakan bahawa mimpi adalah satu dari 40 petanda.
Panel 4 : Prof Dr Hazim Shah Abdul Murad

Pembentangan keempat yang paling saya suka. Jalur berfikir Prof hazim jelas. Beliau menyorot ‘futures studies’ dari perspektif Al-Quran. Beliau memetik kisah mimpi Nabi Yusuf dan juga mimpi sultan yang ditafsir oleh Nabi Yusuf. Tambah beliau, Al-Quran sendiri menyedikan rujukan buat merancang masa depan. Dalam kes Nabi Yusuf ia berkait dengan ekonomi.

Kemudiannya lagi, yang lebih mengujakan, pembentang menitip kisah komplot membunuh Nabi Muhammad dengan menjatuhkan batu besar pada sebuah laluan beliau. Beliau beralih dari satu laluan kepada laluan yang lain. Ketika menjawab soalan sahabat tentang hal itu, beliau berkata,’Aku berubah dari satu takdir kepada takdir yang lain’.

Dari ini kita faham, bahawa masa depan sangat bergantung kepada tindakan kita.

Forum ini ditutup dengan baik sekali oleh moderator. Beliau menegaskan bahawa sains dan islam itu sebenarnya bergerak sangat seiring. Beliau mengukuhkan pandangan Prof Osman bahawa Islam dan sains itu saling lengkap-melengkapi.

Forum ini sebenarnya diadakan bagi menyediakan silibus dan kurikulum bagi kursus ‘future studies’ yang akan ditawarkan di fakulti. Usai perbincangan ini, jabatan sains dan teknologi akan mengusahakan sebuah persidangan khusus bagi membincangan ‘futures studies’ secara lebih detil.

Apa yang menariknya seorang orang kuat penganjur menyapa saya, ‘Kalau encik ada apa-apa pandangan, bolehlah sertai kita sebagai pembentang untuk persidangan akan datang’.

4 Respons to “Forum : Intellectual Forum on Futures Studies”

  1. SifuPTS Says:

    Haaa?

    “Beliau mengukuhkan pandangan Prof Osman bahawa Islam dan sains itu saling lengkap-melengkapi.”???

    Kalau Islam melengkapi sains, itu iya.

    Kalau sains melengkapi Islam… Ha??? Islam tidak lengkap??? Haaa????

  2. Riduan Khairi Says:

    Sifu,

    Adakalanya, apa yang diucapkan berbeza dengan apa yang ingin dimaksudkan sebenarnya. Saya percaya penceramah tidak bermaksud menyatakan Islam tidak lengkap. Atau saya yang salah petik!

  3. jhebat Says:

    anda sedang diperhatikan

  4. harpexpesetty Says:

    Hello. It is test.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: