Asian Network of Major Cities 21 : Cultural Events

untitled3Saya terserempak dengan satu ekspo kebudayaan melibatkan beberapa kota utama Asean ; Kuala Lumpur (semestinya), Jakarta, Bangkok, Seoul, Taipei dan Tokyo. Acara ini berlangsung selama 5 hari bermula 19 hingga 22 November. Setiap hari selain booth pameran kebudayaan dan pelancongan, pelawat juga dihidangkan dengan persembahan kebudayaan dari kota yang terlibat.

Seoul

untitled1Seoul menampilkan Kumpulan Hanulsori. 4 pemain muzik memainkan instrumen gendang dengan diberi nafas moden. Yang uniknya acara gendang menggunakan bongkah ais. Habis basah lantai dewan dek percikan cebisan ais. Seoul, ibu kota Korea Selatan membawa imej kota moden dengan nilai tradisi yang masih kebal. Korea Selatan juga dikenali dengan pasukan bola yang gagah.

Saya suka sekali dengan penyambut tetamu di booth Seoul yang mengenakan pakaian tradisi mereka. Gaun kembang labuh ala-ala baju meksi. Di mana-mana pun saya nampak warna gaun kembang ini seakan sekata, yakni pink. Wajah-wajah penyambut tetamunya sangat manis dan tak lekang dengan senyuman melimpah. Bukan sahaha itu, bahkan lagi pandai ber’posing’. Macam model.untitled

Taipe

Taipe menjadikan Menara 101 sebagai tunggak utama pengenalan negaranya. Tidak tumpah cara negara kita memperkenalkan diri kepada dunia. Ibu kota negara serpihan China ini (Taiwan) menjolok-jolok pembangungan material. Dibalik poster-poster Taipie saya nampak benda alah bulat, Eye On Malaysia. Eh! Kalau di Taipei mungkin namanya Eye On Taiwan. Taipei ialah Kuala Lumpur versi mata sepet.

Kalau hanya berdasarkan booth Taipe, saya rela menghabiskan cuti saya di Ulu Yam atau Zoo Negara Ulu kelang. Bukan destinasi pelancongan yang menjadi pilihan.

Jakarta

Indonesia adalah negeri yang paling bertuah dalam dunia. Pulau nya sahaja sudah ada 17 ribu lebih. Khabarnya, angka tepat pulaunya masih belum selesai dikira. Bayangkan, kira pun belum selesai, apatah lagi teroka. Dan khabarnya juga pernah satu pasukan penyelidik National Geography merakamkan satu komuniti manusia kerdil separas di pinggang di sebuah kepulauan di sana. Ingat kisah Puteri Salji dengan 7 orang kerdil? Sayang sekali, pita itu dirampas pihak berkuasa dan dilarang sebarang rakaman lagi selepas itu. Atas alasan keselamatan.

Sayangnya di booth Jakarta hambar. Hanya ada kain batik Jawa yang dihambarkan atas meja. Mungkin menterinya sibuk dengan pemilihan presiden 2009, atau masih trauma dengan matinya 3 pengebom berani mati Bali.

Jakarta, khazanah yang dibiar malap.

Bangkok

Jangan kenyit sebelah mata mendengar nama ibu kota Siam ini. Bangkok banyak kali diundi sebagai lokasi percutian paling digemari di seluruh dunia. Awas ya !

Booth Bangkok dihiasi penyambut tetamu berpakain tradisi yang kemas dan cantik. Sesuatu yang menjadikan booth Bangkok ekstra ialah mereka menyajikan makanan pemanis mulut buat pelawat. Bermacam-macam jenis dijamu. Sesuatu yang tidak diperoleh dari booth lain. Memang patut Bangkok menjadi destinasi pilihan.

Tokyo

Berbanding semua-semua booth yang saya lawati, saya memilih booth Tokyo. Booth Tokyo paling memikat. Dihiasi dengan poster-poster yang menggambarkan budaya Jepun termasuk juga watak-watak komik Naruto dan Doraemon. Kalau kota lain hanya punya satu booth, sebaliknya Tokyo dua. Akan tetapi bukan itu sahaja.

Tokyo menyajikan persembahan 3 kali sekali di boothnya. Bermula dengan permainan potong kertas, Kamikiri. Kalau origami ialah seni melipat-lipat kertas. Sebaliknya Kamikiri ialah memotong kertas menjadi bentuk-bentuk objek. Termasuk wajah Doraemon, naga dan rama-rama. Tapi yang membuat saya hampir melompat dari kerusi dan bersilat ialah apabila Cik Kirigamist Chiaki memanggil seorang pemuda lantas terus memotong kertas ditangannya membentuk wajah sisi pemuda ini. Wow!

Persembahan kedua pula ialah petikan ‘gitar’ kecil. Saya pun tidak ingat apa namanya. Dan kemudian diikuti tiupan seruling buluh Jepun. Namanya shakuhachi.. Serulin ini memang buluh betul, masih jelas nampak ruas-ruas buluhnya. Dimainkan merdu oleh Encik Yoshiyuki Shichiku.

Mengikut sejarah, shakuhachi hanya boleh dimainkan oleh Komusu. Komusu ialah gelarang bagi ahli agama, seakan paderi bagi orang Kristian atau sami bagi orang Budha. Namun selepas Pembaharuan Meiji larangan itu ditarik dan semua orang bebas memaikan shakuhachi.

Begitu Jepun menghargai khazanah dan budayanya, dan mereka juga mahu mengongsikan khazanah itu dengan masyarakat luar. Dimana-mana seluruh dunia wujud yayasan Jepun yang berusaha memperkenalkan budaya Jepun. Prose pen’Jepun’an berlaku di mana-mana. Baik menerusi Doraemon nya, atau Shinchan nya, atau Naruto nya. Tanya makcik-makcik, siapa yang tidak kenal dengan Oshin, atau siri Akantare. Saya paling gemar dengan siri Elpecado De Oyuki.

Betapa jepun taksub dengan bangsa dan budayanya, percaya atau tidak pintu tandas pasaraya Jusco juga ‘Made in Japan’. !

Kuala Lumpur

Pembaca sekalian majoritinya orang Malaysia. Tidak banyak yang perlu saya kongsi. Persembahan kebudayaan Kuala Lumpur ala-ala sahaja. Saya masih menantikan siapakan yang akan mengangkat tarian zapin Johor yang lincah dan bergaya. Entah mengapa zapin-zapin luar Johor terasa tidak bermaya menari seperti perempuan dalam pantang.

Booth KL suram. Mana ada peyambut tetamu berbaju Melayu atau berkebaya. Kalau Taipei men’jual’ Menara 101 nya. Malang sekali KL menjual projek tebatan banjirnya. Adakah pelancong yang datang Malaysia kerana mahu melalui terowong SMART? Saya sendiri meragui, setiap inci besi cerucuk membina terowong itu datang dari mana? Produk Kuala Lumpur.

Label: , , , , ,

Satu Respons to “Asian Network of Major Cities 21 : Cultural Events”

  1. Hanip Says:

    man…you look old in the picture…😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: