Jepun : Satu bangsa dunia

Bahasa

Prof Emiritus Dr Abdullah Hassan membandingkan orang Jepun dan orang Hawai. Kata beliau, sekira Maharaja Meiji bangkit dari kuburan melihat Jepun hati ini tentu beliau masih dapat mengenalpasti orang Jepun. Yang masih memakai kimono, tunduk ketika memberi salam hormat dan menutur bahasa Jepun. Sebaliknya jika nenek-moyang Hawai, tentu tidak dapat mengenal keturunan mereka. Ini lantaran pertuturan, pakaian dan cara hidup orang Hawai kini sudah jauh berubah.

Jepun membangun dengan mengekalkan bahasanya sebagai sistem pendidikan dan identiti. Ini menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa tanpa bahasa Inggeris sesebuah negara dan bangsa tidak akan maju. Jepun, Korea, Perancis dan China menjadi contoh negara yang menggunakan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan dan ia berjaya.

Produk budaya

Produk budaya dan seni Jepun sering diberi keutamaan sebagai tarikan pelancongan. Walaupun Jepun sebenarnya tidak kalah maju dan moden dari sudut teknologi automobile, marin dan infrastruktur. Pun begitu dalam sesi-sesi memperkenalkan negara matahari terbit ini, Jepun masih memilih pohon sakura sebagai lambing. Sebagai contoh baru-baru ini berlangsung satu pameran ‘Asian Netwotk of Major Cities 21’. j-kamakiri1Ketika kebanyakan negara-negara Asean menggunakan teknologi dan bangunan sebagai tema, Jepun memilih untuk memamerkan kimono (pakaian tradisi), kamakiri (permainan potong kertas) dan shakuhachi (seruling Jepun).

Berbanding Jepun, Taipe memperkenalkan menara tingginya, Menara 101. Apa yang menarik Kuala Lumpur menyediakan replica terowong SMART! Inikah produk pelancongan dari Malaysia?

Begitu Jepun menghargai khazanah dan budayanya, dan mereka juga mahu mengongsikan khazanah itu dengan masyarakat luar. Dimana-mana seluruh dunia wujud yayasan Jepun yang berusaha memperkenalkan budaya Jepun. Prose pen’Jepun’an berlaku di mana-mana. Baik menerusi Doraemon nya, atau Shinchan nya, atau Naruto nya. Tanya makcik-makcik, siapa yang tidak kenal dengan Oshin, atau siri Akantare

Filem

Industri filem Jepun merupakan antara yang paling besar di Asia selepas India dan China. Lagenda filem kita Tan Sri P Ramlee turut dipengaruhi oleh filem-filem dari Jepun. Bahkan beliau sendiri pernah mengadaptasi sebuah filem Jepun ke filem Melayu. Salah seorang pengarah filem yang berpengaruh besar kepada beliau ialah Akira Kurosawa. Beberapa babak filem araha Akira, Rashomon telah diceduk oleh P Ramle menerusi filem Semerah Padi.

Begitu besar dan signifikan industri filem Jepun, sehingga berjaya diberi pengiktirafan di majlis-majlis festival filem antarabangsa. Antaranya di Cannes, Venice dan Berlin. Ini merupakan 3 festival filem paling berprestij di dunia. Antara nama besar yang sering diberi pengiktirafan dari Jepun ialah Akira Kurosawa sendiri. Ini dinyatakan oleh salah seorang jawatankuasa penganjuran festival Venice, dalam satu simposium bersempena Kuala Lumpur International Film Festival 2.

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: