Makanan Segar vs Makanan Sedap

Ada orang mati tidak cukup makan. Kebuluran melanda negara seperti Somalia, akibat dari peperangan. Pada negeri begini, ketiadaan makanan menjadi isu utama. Sebaliknya pula berlaku bagi negara-negara yang kaya, aman dan mewah. Punca utama kematian ialah kerana terlebih makan. Terlebih makan menjadi satu penyakit baru bagi negara-negara maju hari ini. Sebahagian besar kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami masalah lebih makan. Ia dinamakan obesiti.

Al-Quran menjelaskan semua haiwan dan tumbuhan yang wujud di atas muka bumi ini halal (dibenarkan) untuk di makan. Dari senarai panjang itu, hanya sebilangan kecil sahaja dikecualikan. Antara yang dilarang dengan jelas ialah bangkai haiwan dan babi. Selain dari itu sekiranya tiada komplikasi dari sudut kesihatan, maka ia dibenarkan.

Namun begitu, dalam bab makanan wujud satu lagi terma selepas halal, yakni baik (toyyiba). Dalam Al-Qurn disebut sebagai halalan toyyiba? Berhubung makanan.Nabi Muhammad (selawat dan salam buat baginda, ahli keluarga dan sabahat) berpesan supaya, hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dalam satu kes yang lain, Nabi menyatakan bahawa perut manusi terbahagi kepada 3 bahagian ; masing-masing satu untuk makanan, minuman, dan udara.

Peri-pentingnya ehwal makanan sehingga ia turut disentuh dengan jelas dalam Al-Quran dan hadith nabi. Justeru menjaga makanan dan cara makan itu merupakan satu dari tuntutan Islam.

Berhubung dengan makanan, satu syarahan perdana pernah diadakan pada tahun 2006 bertempat Dewan Persidangan Usm. Saya sempat menghadiri sessi bertajuk Food and Us’.

Makanan segar vs makanan diproses

1. Makanan segar

Makanan terbahagi kepada dua jenis. Pertama, makanan yang boleh dimakan oleh manusia dan haiwan tanpa diproses. Contohnya buah-buahan, sayuran dan dedaun, dan haiwan. Benar, haiwan boleh dimakan oleh haiwan lain tanpa proses. Seperti harimau memakan kijang, kucing memakan ikan dan tikus, ular memakan katak dan jerung memakan ikan kecil. Ia dimakan secara mentah dan tentunya segar.

Bahkan manusia juga begitu. Sebelum wujudnya teknologi menghidupkan api, manusia makan daging dan tumbuhan mentah-mentah. Setelah cara menghidupkan ditemui, barulah manusia mula belajar untuk memasak makanan. Itupun pada asalnya daging dipanaskan supaya dapat tahan lebih lama. Selain dari menggunakan garam dan direndam dalam wine, api digunakan untuk mengeringkan darah dan air dalam daging. Tujuannya ialah supaya dagingtidak cepat busuk. Memandangkan teknologi penyejukan makanan belumlagi wujud.

Dalam alam melayu, sebahagian menu masakan daging direka supaya tahan lama. Sebagai contoh rendang dan serunding daging. Dua menu ini boleh disimpan sehingga berbulan-bulan lamanya. Beginilah caranya masyarakat tradisi menyimpan makanan tanpa menggunakan peti sejuk.

Makanan masyarakat tradisi

Budaya memakan sayuran dan buah-buahan secara mentah bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan ia bukan sahaja wujud dalam budaya melayu. Dalam budaya melayu, makanan berasaskan tumbuhan mentah dinamakan ulam. Antara yang dikenali ialah ulam raja, pegaga, dan silum.

Kerabu

Satu lagi menu yang sedikit maju berbanding ulam ialah kerabu. Ia sejenis makanan melayu kampung yang menggabungkan beberapa jenis daun-daun yang digaul dan dicampur dengan sedikit garam, gula dan parutan kelapa. Varias kerabu ini pelbagai dari umbut kelapa, buah mempelam hingalah kepada makanan laut. Semuanya disajikan secara mentah, atau paling tidak pun secara separuh masak.

Salad

Budaya makanan tanpa masak juga wujud dalam tradisi orang-orang Eropah dan Barat. Ia dipanggil salad. Ada salad buah-buahan dan ada pula salad sayuran.

2. Makanan yang diproses

Kategori yang kedua pula ialah makanan yang perlu diproses sebalum ianya boleh dimakan. Ada makanan yang hanya perlu diproses sekali sahaja untuk dimakan. Contohnya ubi yang perlu direbus atau digoreng terlebih dahulu sebelum boleh dimakan. Agak sukar kita menemui manusia yang berupaya untuk makan ubi secara mentah-mentah sama seperti kita makan buah atau ulam. Tidak boleh tidak ia mesti dimasak.

Ada pula makanan yang diproses berkali-kali sebelum iaanya boleh dimakan. Contoh pertama ialah nasi. Bermula dari menuai padi dari jerami, kemudian menyisihkan sekam daripadi menjadi beras, dan selepas menjadi beras ia ditanak pula sebelum boleh dimakan.

Contoh lain ialah roti canai. Dari gandum menjadi tepung. Dari tepung diuli-uli sehingga kenyal dan dipetam semalaman. Kemudian hanya selepas dimasak barulah boleh dimakan. Bayangkan berapa banyak proses yang perlu dilalui oleh sekeping roti canai untuk siap di makan.

Kesimpulan yang dibuat pada majlis syarahan itu ialah, makanan kategori pertama lebih sihat untuk dimakan berbanding makanan kategroti kedua.

(Bersambung)

Syarahan Illuminati oleh Dr Sulamian Nordin. Pada bahagian pertama syarahan ini penceramah membentangkan formula makanan sihat. Akan saya catat dalam beberapa ketika.

Label: ,

2 Respons to “Makanan Segar vs Makanan Sedap”

  1. Saya laa Says:

    Saya tersenyum baca ‘post’ ini. Rasanye informatif. Tetapi walaupun apa u cakap itu betul. Tapi i tetap rasa u macam u tengah merepek2 dan sengal. But, good job. Hati senang bila baca.

  2. am Says:

    Ermm. What u wanna state here?

    We know. Raw food is wonderfull because it is rich in the vit n minerals which the healthy or sick body always needs for its immediate well-being.
    digestive tract stiap indvdu..slalunye , x mmpu nk handle sume bnde y eklusif cm 2..x kuat cm pewot lembu..or kambeng..haha.. mknan kategori 1..much better? nk dpt nsi mmg kna proses..xilang zat die..
    erm..entry y sesuwai RAW food vs Cooked food

    Makanan berkanji(starchy food) lebih senang dihadam boleh dah dimasak.Hidrolisis(tambah air), pra-proses untuk dihadam, haba dan air perlu untuk lembutkan kanji. Untuk jadikan dia mudah dihadam.

    All in all, kita perlu makanan diproses, dimasak, segar atau mentah.

    p/s :haha…cm dietician ar aku..
    p/s/s: OK je entri. Saja gatai komen..
    p/s/s/s : Nanti post. Camana nak rawat flu.
    p/s/s/s/s: Keep on your good work.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: