Simposium KLIFF 2008

dsc08274

Beberapa pembentangan yang bermanfaat yang sempat saya ikuti ialah :

Nick Deocampo, Fellow API (Asian Public Intellectual) Yayasan Jepun dan Pengarah Pusat Sinema Baru, Filipina

401px-nickdeocampo1Beliau merupakan moderator bagi beberapa sesi forum dan mengendalikan satu slot khas berkaitan naratif. Beliau sangat obsess dengan teknik penceritaan. Memetik Rashomon oleh Akira Kurosawa yang dikatakan mahaguru filem Asia. Nick menegaskan bahawa filem era baru perlu diberi pendekatan baru dari sudut penceritaan. Dan tidak lagi hanya bergerak secara linear. Selain Rashomon, beliau merujuk Run Lola Run dari German.

morirPada saya kenyataan ini sebahagiannya benar. Saya sangat terkesan dengan Memento yang beccerita secara terbalik dan Morir o No (2000) (To Die or Not To Die).Morir o No pada saya merupakan filem paling bijak yang pernah saya tonton.

Namun dalam satu sesi yang lain kita akan lihat ada sedikit pertentangan pendapat.

Jeff Bollow, pengarah, penerbit dan panulis skrip dari Australia

mv5bmtgzntm1nze3m15bml5banbnxkftztcwndqwndc3mq__v1__cr00502502_ss80_Beliau yang saya maksudkan punya sisi pendapat yang lain tentang sebuah filem yang baik. Bollow mengabaikan kaedah bercerita. Pada beliau yang paling utama dalam sesebuah filem ialah cerita itu sendiri. Bukan bagaimana cerita itu disampaikan.

Beliau menekankan penerbit filem luar Hollywood perlu berhenti untuk menerbitkan filem ala-Hollywood. Pertamanya kerana Hollywood adalah sebuah industri yang sangat besar dan sukar disaingi. Keduanya penerbit luar Hollywood perlu menampilkan identity sendiri. Pun begitu beberapa pengajaran boleh diambil dari kejayaan Hollywood.

Antaranya filem-filem yang diterbitkan perlu mengemukakan cerita yang ‘high-concept’ dan ‘idea-idea besar’. Filem yang mudah diterima didunia luar adalah cerita yang mengangkat nilai dan idea besar.

Paolo Bertolin, Penyelasan program Asian, Festival Filem Venice

Venice merupakan penganjur festival filem antarabangsa tertua di dunia diikuti Cannes. Bertolin menegaskan benua Asia pernah bangkit menguasai festival filem antarabangsa seperti Venice, Cannes dan Berlin. Dua negara yang paling aktif ialah India dan Jepun. Akira Kurosawa sahaja memenangi anugerah tertinggi Cannes beberapa kali. Begitu juga beberapa nama lain.

Penyertaan ke festival antarabangsa begini sangat bergantung kepada inisiatif pihak kedutaan untuk mengetengahkan filem dari negara masing-masing. Sebelum adanya teknologi internet, pihak kedutaan yang berperanan untuk menghantar pencalonan bagi pihak masing-masing. Namun pada hari ini, inisiatif pembikin filem sangat penting untuk membawa filem mereka menyertai festival.

Kata beliau, ‘if you want to be seen, stand up. If you want to be heard, speak up?’

dsc08293Ini merupakan sebahagian dari beberapa siri pembentanga yang sempat saya ikuti. Dua buah filem dipilih untuk dibicarakan secara khusus di majlis simposium ini. Rashomon oleh Akira Kurosawa diulas oleh Nick Deocampo dan Pendekat Bujang Lapok arahan P Ramlee diulas oleh Hassan Mutalib.

Beberapa karyawan yang sempat saya perasan hadir termasuk pengarah Uwei Hj Shaari dan Mamat Khalid, pengkritik filem Mansor Puteh, pelakon Vanida Imran dan Sofea Jane,  Wafa Abdul Kadir.

Label: , , ,

Satu Respons to “Simposium KLIFF 2008”

  1. gerektua Says:

    Tak berkesempatan utk mengikuti, apapun terima kasih coz ada entri ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: