Maryamah Karpov

Saya diherdik kerana mengambil masa yang lama untuk melunasi pembacaan novel ini. Jika kalian membaca kerana ingin tahu akan ceritanya, hanya satu malam diperlukan untuk menamatkan novel  setebal 500 halaman ini. Yang paling tebal dalam tertalogi Laskar Pelangi.

Ibarat memakan sepotong kek yang enak. Saya menjamah Maryamah Karpov dengan teliti dan perlahan sekali. Seperti siput berjalan layaknya. Supaya setiap denai dan tebing saya jejak habis.

‘Cerita Andrea’ tidak saya ragui sejak Laskar Pelangi. Di mana-mana ada cerita, baik besar atau kecil. Saya menjamah Maryamah bukan kerana ceritanya semata. Sebaliknya menghayati bagaimana Andrea melukis kisah peribadinya  menggunakan huruf dan perkataan.

Sinopsismaryamahkarpov1

Maryamaha Karpov : Mimpi-mimpi Lintang merupakan sinambungan kisah hidup Andrea Hirata sekembali dari Perancis. 10 sahabat laskar pelangi berkumpul semula meneruskan misi hidup mereka. Sungguh Ikal (altar ego Andrea) ditakdirkan tuhan untuk melalui begitu banyak peristiwa mencabar. Dari mencabut gigi di klinik gigi hinggalah ke misi menyelamatkan amoi di kepulauan lanun mengalahkan cerita lanun Pulau Karibean. Sungguh!

Ulasan

Ada beberapa bahagian dari novel ini berkisah secara sangat teknikal. Terutama bab Ikal dan laskar pelangi membangunkan perahu yang kemudiannya dinamakan oleh Ikal sebagai Mimpi-mimpi Lintang. Ia dibaca sangat teknikal.

Saya memetik satu rangkap puisi Ikal

Buang yang paling manis dari berani bermimpi

Adalah kejadian-kejadian menakjubkan

Dalam perjalanan menggapainya

Saya sangat merekomen tetralogi ini. Selepas tetralogi Bumi Manusia, inilah bahan yang wajib dibaca oleh pencinta kehidupan.

3 Respons to “Maryamah Karpov”

  1. addyaholix Says:

    Aku cemburu. Haha!

    Bumi Manusia juga karya Pram kan? Macam mana nak tahu karya itu bagus atau tak? Aku tak tahu menilai.

  2. addyaholix Says:

    kau patut tulis puisi kau sendiri pyan =)

  3. ikatkata Says:

    Aku boleh kata aku suka karya Pram. Suka itu subjektif.

    Bagus sebab ramai yang kata bagus. Ramai itu dari kalangan pengkritik dan pengkaji. Karya yang baik merakam lebih dari sekadar watak dan cerita.

    Dalam karya Pram ada budaya, kritikan sosial, pandangan politik dan renungan hidup.

    Karya yang baik melontarkan buah fikiran dan persoalan yang membuat kita berfikir dan bertanya tentang hidup kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: