Buku: Hikmah Terapi Air Mata : Menangis Kerana Allah

Penulis : Hasan bin Muhammad Ba’i Mu’aibid
Penterjemah : Mohd Basri Yusof
Editor : Dr Mohd Puzhi Usop
Penerbit : Al-Hidayah 2008
Harga : RM 6.00

Wanita menangis 64 kali setiap tahun. Manakala lelaki secara puratanya hanya 17 kali. Ini kajian yang dibuat oleh pakar-pakar kesihatan jiwa (psikologi). Statistik ini berkadaran dengan jangka hayat wanita yang jauh lebih panjang berbanding lelaki. Manakala di kalangan wanita juga, yang lebih banyak menangis ternyata lebih sihat dan lebih panjang usianya berbanding denganyang kurang menangis.

Menangis dan simbol lemah

Seringkali menangis dikaitkan dengan symbol lemah jiwa dan kekalalan. Ini tidak benar sama sekali. Bahkan di dalam Al-Qur’an dan hadith sendiri disebut beberapa kali tentang anjuran menangis. Antaranya dari ayat Al-Isra’ 109 dan Surh Maryam 58.

Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk’.

Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis’.

Nabi Muhammad juga menangis. Para sahabat juga menangis. Kita baca juga betapa ramai pahlawan-pahlawan dan sarjana Islam menangis dan merintih dihadapan Allah. Justru menangis bukanlah lagi symbol lemah dan tidak kuat.

10 jenis air mata

Ibn Qayyim, serorang sarjana Islam tersohor membahagikan tangisan kepada 10 jenis:

1. Tangisan rahmat dan kasih sayang
2. Tangisan takut dan bimbang
3. Tangisan cinta dan rindu
4. Tangisan gembira dan bahagia
5. Tangisan putus asa
6. Tangisan sedih
7. Tangisan lemah dan ketidakupayaan
8. Tangisan kemunafikan
9. Tangisan kepalsuan
10. Tangisan persetujuan (menangis apabila orang lain menangis)

Tangisan dan penyakit

Air mara secara biologisnya berfungi membersihkan mata dari kekotoran dan bacteria. Air mata juga mengawal kelambapan mata. Juga air mata mengalirkan bersama kandungan racun yang tumbuh dalam tubuh badan manusia. Pendapat ini dikemukan oleh seorang pakar perubatan dari Fakulti Perubatan Universiti Kaherah, Dr Ala Syahim.

Banyak lagi kajian-kajian pakar perubatan dimuatkan dalam naskah buku kecil ini.

3 Respons to “Buku: Hikmah Terapi Air Mata : Menangis Kerana Allah”

  1. addyaholix Says:

    orang selalu cakap lelaki yang menangis selalunya lelaki yang lemah. ya. kadang-kadang lelaki juga lemah. cuma stereotype bila kita asyik anggap lelaki itu gagah dalam semua perkara. memang sepatutnya lelaki perlu kelihatan gagah. sentiasa kuat untuk tempuh apa-apa. lelaki juga punya emosi. dan menangis juga kadang-kadang terapi terbaik untuk kamu ubat hati kamu yang luka. aku juga kadang-kadang. dan bila lelaki menagis tak bermakna dia hilang kelelakiannya.

  2. ikatkata Says:

    Ha. Baca buku ini. Lelaki-lelaki paling gagah dalam dunia ini, siangnya bagai singa melawan musuh, malamnya merintih dan menangis di depan tuhan memohon pedoman.

  3. Kiroro Miraie Says:

    Buku yang mesti di miliki oleh smua…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: