Boikot

Sekali lagi saya mengutarakan perihal boikot.

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu seminar berkaitan Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Seminar ini menampilkan pembicara utama dari Indonesia, seorang tokoh agama yang dikenali dan disegani, Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawwas. Beliau seorang yang aktif melakukan kerja-kerja menterjemah buku-buku agama dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu-Indonesia. Selain itu, beliau juga turut menulis beberapa buah buku dan makalah berkaitan Islam.

Beliau sempat menjawab satu soalan berkaitan memboikot barangan keluaran Yahudi, lantaran kes serangan Semenanjung Ghaza oleh puak Zionis.

Jawapan beliau :

1. Apapun tindakan kita, jangan sampai kita mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan Rasul atau menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul. Muamalat dengan Yahudi secara amnya adalah harus. Nabi Muhammad saw sendiri berurusan dengan orang Yahudi. Ini terbukti apabila Nabi sendiri semasa wafat baju besinya tergadai dengan seorang Yahudi.

2. Sejauh mana urusan memboikot ini mendatangkan manfaat kepada umat Islam. Atau adakah ia mendatangkan mudarat kepada umat Islam. Ada beberapa situasi memboikot merugikan umat Islam. Ini terjadi kerana Yahudi menguasai ekonomi dunia. Begitu banyak produk dan teknologi dirintis oleh Yahudi. Sekiranya kita memboikot teknologi dan produk yang mereka keluarkan, maka kita akan rugi dan ketinggalan.

Pun begitu ada situasi boikot memberi kesan. Sebagai contoh ketika kes kartun yang menghina nabi Muhammad. Dunia Islam sepakat memboikot produk-produk dari Belanda. Natijahnya mereka tertekan dan memminta maaf secara terbuka kepada umat Islam. Jika ianya dilakukan secara sepakat, maka barulah ia bermanfaat dan berkesan.

Untuk tujuan itu tidak boleh tidak, pihak pemerintah yang harus memainkan peranan. Bukan sekadar badan-badan bukan kerajaan atau individu.

Kesimpulan dari dapatan ini. Boikot perlu dilakukan secara muafakat dengan komitmen pemerintah. Sekiranya ini tidak berlaku boikot hanya akan merugikan kita yang memboikot.

Saya pula berpendapat, apabila kita diberi pilihan untuk tidak menggunakan produk-produk dari Yahudi maka itu lebih baik. Selagi mana ia tidak memudaratkan kita dan umat Islam secara keseluruhannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: