Friendly Critical Discussion : Shariah dan Budaya

Panel 1 : Khalid Jaafar

boikot2Saya meminati Pak Khalid Jaafar sejak pertama kali membaca ‘Tumit Achiles‘ nya. Kemudian saya mengikuti idea dan gagasan pemikiran Pak Khalid menerusi artikel beliau melalui beberapa majalah dan laman web dan blog. Seperti yang dicanang-canang, tulisan Pak Khalid membawa pencerahan. Pencerahan bukan bermaksud wahyu atau hidayah atau petunjuk. Sebaliknya perspektif yang baru.

Panel 2 : Salman

Salman pula, seorang pembahas diberi gelar Best Asian Debater. Namun ilmu dan pengalaman beliau sebagai pembahas tidak banyak membantu dalam acara diskusi sebegini. Tradisi berdebat warisan Yunani dan Greek jauh berbeza dengan tradisi dialog dan muzakarah. Justeru itu sepanjang diskusi, seperti acara debat dan bahas yang lain, pendekatan Salman ialah menyerang dan defensif. Sedang kita semua maklum matlamat diskusi bukanlah untuk memenangkan sesiapa ataupun mengalahkan sesiapa.

Saya tidak berminat untuk mengulas inti perbincangan ‘Shariah dan Budaya’. Kerana bak kata moderator mana mungkin kita menjustifikasi perbincangan selama beberapa jam itu, untuk melabel terus yangitu salah dan si anu benar. Ini baru permulaan. Akan ada hujah baru, akan ada hujah tambahan dan maklumat tambahan yang lain. Hanya selepas sesuatu itu diperjelaskan beberapa kali, kemudian barulah kita boleh menilai sejauh mana ketepatab sessuatu maklumat itu.

Hanya yang menarik perhatian saya ialah metod yang diguna pakai oleh kedua-dua panelis ini. Pak Khalid tidak berapa jelas hujung pangkalnya. Beliau bermula dengan baik ketika memberi takrif budaya. Cemerlang. Salman perlu belajar untuk menyusun maklulat dan hujah seperti yang Pak Khalid lakukan pada definisi budaya. Namun apabila memasuki bab shariah, Pak Khalid nampak agak longgar dan cuai ketika memberi takrifan. Beliau hanya memetik definisi menurut bahasa dan definisi yang diberikan oleh At-Tobari (Ibn Jarir At-Tobari).

Manakala Salman pula cuba memuatkan secara sendat isu-isu yang membelenggu seputar permasalan islam dan liberal. Idea dan gagasan Salman itu besar dan pada penilaian saya itu benar, namun dek kerana kerakusan Salman melambakkan isu pada satu sidang diskusi yang singkat akhirnya audiens gagal mengikuti arus perbincangan. Banyak yang hilang arah. Ini terjadi dan audiens sedikit pun tidak menyentuh isu-isu yang dibawakan oleh Salman, begitu juga tiada respons dari Pak Khalid sendiri.

Pun begitu, sebagai permulaan perbincangan ini bermula dengan sangat baik dan harmonis. Soalan dan pandangan dari pendengar sedikit sebanyak membantu pemahaman audinens. Terutama celahan yang dibuat oleh penulis Hafiz Firdaus Abdullah.

Label: , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: