Seminar SN Arena Wati

Arena Wati (1925-2009)

Pada 9 dan 10 Jun DBP-KL telah menganjurkan Seminar Pemikiran SN Arena Wati. Sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan oleh ahli akademik dan pakar sastera.

Arena Wati merupakan pengarang yang giat menulis sehingga ke akhir hayatnya. Direkodkan beliau menulis leih 30 buah novel. Dan kebanyakan darinya bersaiz besar dan tebal-tebal. Tidak seperti SN yang lain adakalanya menulis naskah yang nipis seperti Shahnon Ahmad (Menteri) dan A Samad Said (Sungai Mengalis Lesu, Di Hadapan Pulau).

Saya hanya berkesempatan menghadiri pembentangan hari kedua oleh kerana faktor kesihatan.

Secara peribadi saya bukan individu yang dekat dengan karya-karya Pak Arena Wati. Novel-novelnya banyak yang saya miliki, bahkan pernah bertemu muka dengan Pak Arena kerana pada tahun-tahun akhir hayatnya saya beberapa kali bertembung dengan beliau dalam program-program anjuran DBP. Antara yang paling saya ingat ialah ketika beliau membantah seorang pembentang dalam sebuah seminar yang mengatakan SN tidak tegas mengkritik dasar-dasar pemerintah.

Saya banyak kali cuba meratah karya-karya Pak Arena, sayang sehingga hari ini tulisan beliau terasa berat untuk saya hadam. Hasrat tinggal hasrat. Mungkin faktor usia menetukan hal ini.

Dalam sessi pembentangan, beberapa ahli akademik ada menyebut akan perihal ‘readablelity index’ karya Pak Arena yang agak sukar dibaca. Terutama kepada golongan yang tidak punya latar sastera dan generasi muda. Ini disokong oleh beberapa sarjana yang hadir.

Namun sidang sepakat akan tema dan kandungan yang dibawa dalam setiap naskah Pak Arena. Intipati naskah beliau sangat ilmiah, kritis dan ada ketikanya mendahului zaman pembacanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: