Seminar Kebangsaan Kekuasaan dalam Sastera Melayu Nusantara

Sejarah Melayu

Sejarah Melayu

Berlangsung di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia. Saya sempat meluangkan masa selama 2 hari bermula sesi kedua Sabtu (25 Julai) dan sepanjang sesi pada hari Ahad (26 Julai).

Seminar kali ini memberi tumpuan kepada aspek kuasa dalam naskah sastera Melayu. Kuasa dalam sastera tradisional lebih merujuk kepada pemerintah atau raja. Bahkan sebahagian besar dari naskah sastera klasik ditulis oleh individi yang dekat dengan istana. Pertama, ia adalah perintah pihak istana sendiri untuk merakam susur galur keturunan. Keduanya, untuk menimbulkan rasa kagum dan besar institusi istana pada mata rakyat.

Justeru itu tidak hairanlah apabila ada sebahagian teks mengagungkan orang istana dengan tokok tambah yang melampau-lampau. Sehingga tidak sedikit teks yang mengaitkan sultan atau raja dengan keturunan dewa atau nabi. Seperti Sri Tri Buana dalam Sejarah Melayu yang dikatakan turun dari Bukit Seguntang berketurunan Iskandar Zulqarnain.

Tidak ketinggalan juga, sebahagian teks memburuk-burukkan sebahagian raja yang lain. Sebagaimana Sultan Mahmud mangkat dijulang digambarkan sebagai raja yang zalm dan suka berfoya-foya.

‘Sejarah diitulis oleh pihak yang menang’, kenyataan ini ada benarnya. Teks sejarah tamadun Islam juga tidak sunyi dari kutukan dan cercaan yang kadangkala dirasakan  keterlaluan terhadap sesuatu pemerintah. Kerajaan Bani Umaiyah sebagai contoh menerima kritikan yang sangat tajam dari penulis-penulis sejarah. Perlu diingat fasa penulisan sejarah Islam berkembang pesat pada Zaman Bani Abbasiyah, justeru itu tidak hairanlah apabila teks sejarah cenderung memberi kredit kepada Kerajaan Bani Abbasiyah dan merendahkan Bani Umaiyah.

Oleh yang demikian itu latar belakang sesuatu teks itu sangat penting untuk diketahui sebelum sesuatu penilaian itu dibuat.

Seminar anjuran DBP dan USM ini menampilkan sarjana dari bidang sejarah, sastera dan sains politik. Antra yang menari perhatian ialah dari pakar sejarah Prof Dr Ramlah Adam, Dato’ Siti Hawwa Salleh, Prof Dato Zainal Kling, Prof Madya Zainal Abidin Borhan, Prof Dr Nodiahn Muhamad dan beberapa yang lain.

Siti Hawa Saleh

Siti Hawa Saleh

Antara teks yang dikaji ialah Sulalatus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Pahang, Syair Pahang, Syair Perang Makasar, Misa Melayu, Hikayat Pahang dan beberapa lagi.

Ulasan saya

Sebahagian pembentang berjaya menarik minat hadirin terutama nama-nama yang saya sebutkan. Faktor pengalaman menjadikan penyampaian mereka dinanti-natikan terutama Dato Siti Hawa Salleh. Namun terdapat juga beberapa pembentang yang punya skil pengucapan awam yang sangat teruk seperti berbisik-bisik sendirian. Juga ada pembentang yang hanya menceritakan @ meringkaskan semula apa yang dibaca. Sedangkan hadirin menginginkan analisis dan kupasan dari sudut kepakarang yang dimiliki oleh pembetang.

Secara keseluruhannya, seminar ini memberi manfaat tentang kekayaan khazanah melayu Nusantara. Puluhan dan ratusan tahun yang lalu umat Melayu telahpun pandai menulis dan membaca.

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: