Syarahan Umum Prof Dr Donald L Horowitz

“An Inside Job: Indonesia’s Path To Constitutional Democracy”

INPUMA Public Lecture series XIV

Prof. Dr. Donal L. Horowitz

Prof. Dr. Donal L. Horowitz

oleh : Professor Dr Donald L. Horowitz

Professor Undang-undang dan Sains Politik, Universiti Duke, USA.

Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya

Syarahan umum 2 jam ini mengupas perkembangan politik dan demokrasi di Indonesia. Menurut Horowitz, demokrasi pilihanraya paling bersih hanya wujud di Indonesia pada tahun 1955. Kemudian pada zaman BJ Habibie. Tidak dapat dinafikan pada zaman BJ Habibi, media diberikan ruang yang paling bebas dalam sejarah Indonesia moden. Begitu juga parti-parti politik muncul tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Dan dengan sistem demokrasi dan kebebasan itu juga lah, pemimpin sebaik Habibie ditendang keluar hanya selepas beberapa tahun secara sah. Ia satu dari realiti demokrasi. Pemimpin sebaik mana put tidak mampu dikekalkan.

Saya sebaliknya punya idea tersendiri tentang demokrasi. Saya menyertai kumpulan ulama’ dari satu-satunya negara yang masih suci dari dinodai oleh demokrasi dan pilihanraya, Arab Saudi. Demookrasi menurut mereka tidak menepati tuntutan syarak. Lebih-lebih lagi demokrasi yang dipraktiskan pada hari ini. Penuh dengan umpatan, cacian, makian, rasuah, sogokan dan perlanggaran hak.

Demokrasi : Alat atau tujuan?

Demokrasi pada asalnya merupakan alat untuk memerintah. Namun hari ini demokrasi menjadi tujuan. Memakmurkan negara dan memerintah dengan adil dan saksama tidak lagi menjadi tujuan utama sesebuah kerajaan. Pemimpin saling bercakaran merebut kerusi dan kuasa, sedang rakyat jerit-perih berpagi-pagi mencakar tanah mencari rezeki.

Demokrasi tidak berupaya mengekalkan pemimpin yang baik

Contoh pertama ialah BJ Habibi. Contoh kedua ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi. Manakala sejarah sepanjang zaman demokrasi mulai lahir, hanya mampu mengekalkan pemimpin yang zalim dan kuku besi.

Demokrasi sebagai alat membentuk kerajaan Islam

setakat hari ini masih belum ada bukti menunjukkan demokrasi berjaya memihak kepada umat Islam. Contoh pertama ialah kemenangan parti Islam di Algeria, FIS. Keduanya Parti Hamas di Palestin. Walaupun memenangi kerusi dengan mejoriti yang sangat selesa dan besar, namun hasrat itu tertangguhkan. Ternyata memenangi pihanraya semata-mata tidak mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang berdaulat.

Ini sekadar senggolan saya tentang demokrasi.

06 Ogos 2009

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: