Kongres Pelajar

Kongres ini diadakan bersempena muktamar (perhimpunan agung) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Komres sehari ini dirasmikan oleh Tim Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah bertempat di Wisma MAYC. Namun disebabkan sistem audio yang bermasalah, ucapana beliau tidak dapat diikuti dengan baik.

Saya sempat menghadiri 2 sesi pembentangan kertas kerja.

IMG_00011. Kepentingan Memahami Peranan dan Sumbangan Islam dalam Pembinaan Teras Kenegaraan”

Oleh: Y.Bhg. Prof. Dr. Wan Mohd. Noor Wan Daud, Felo Utama ATMA UKM

Pengulas: Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran, Timbalan Dekan IRK UIAM

Dahulu, saya sering mempersoalkan mengapa ketika dalam seminar tokoh atau sarjana yang dijemput membentangkan kertas kerja sering membacakan sahaja kerta yang disediakan. Sedangkan mereka adalah doktor dan professor. Hari ini saya mulai faham, terutama selepas pembentangan oleh Prof. dr. Wan Mohd Nor Wan Daud. Pembentangan tanpa kertas kerja selalunya akan menjadi berterabur dan tidak terarah. Lebih-lebih lagi seorang doktor atau professor yang tentunya kajian dan bacaan mereka sangat meluas, maka apabila tidak distrukturkan, maka 30 minit pembentangan akan menyumbatkan segala yang terlintas.

Justeru itu, atas kelemahan saya mencerap makna (mungkin), saya tidak memperoleh apa-apa poin dari pembentangan yang ini. Ya tidak mungkin langsung tidak faham, yang saya maksudkan ialah gagasan yang ingin dibawa.

Namun, kehadiran dr Mohd Shahran mengulas kertas ini menyelamatkan keadaan. Antara poin yang berjaya distruktuy keluar ialah adab berbeza pendapat dan sikap krtitikal dalam menilai sesuatu pendapat atau pandangan.

2. ”Liberalisasi Ekonomi: Peluang dan Cabaran Generasi Muda”

Oleh: Tn. Hj. Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Kewangan dan Korporat YAPEIM

Pengulas: 1. En. Daniel Alexander, TAC

Sidang kedua berjalan serentak. Saya sengaja memilih topik ekonomi dan melihat kepada pembentangnya. Pembentangan yang sangat baik. Beliau mempunyai kertas, namun memilih untuk bercakap tanpa terikat dengan teks, lebih-lebih lagi topik liberalisasi ekonomi mungkin kedengaran agak berat buat pelajar.

Dalam konteks Yapeim, menurut beliau, telah melaksanakan beberapa program untuk meningkatkan tarf sosio-ekonomi umat Islam. Antaranya mewujudkan program keusahawanan terdiri disamping menyediakan prasarana Ar-Rahnu. Ia sangat bemanfaat kepada golongan berpendapatan rendah terutama petani/pesawah dan peniaga kecil.

Dari aspek pendidikan, Yapeim menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang dari golongan anak yatim dan miskin. Buat ketika ini, menurut beliau lagi, Yapeim sedang membiayai hampir5480_142955386209_618971209_3711027_7571616_n 500 pelajar dari seluruh negara.

Pembentangan dan ulasan sesi ini sangat memuaskan hati saya. Walaupun terbatas dengan waktu.

Konvensyen ini dihadiri lebih 200 peserta menurut anggaran saya. Berlansung pada 08 Ogos 2009 (Ahad).

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: