Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan (i)

Penghargaan kepada ASWARA dan KPPK atas usaha mengajurkan seminar yang bermanfaat ini.

Saya ingin mengutip beberapa catatan menarik :

Salleh-26Jun2006-094954Menurut Prof Muhammad Hj Salleh, sastera Melayu ialah sebuah sastera yang besar. Beliau membuat perbandingan dengan sastera Inggeris, China, Jepun dan German. Untuk syair sahaja sastera Melayu memiliki tidak kurang dari 100 naskah karangan syair termasuk Syair Seratus Siti dan Syair Siti Zubaidah.

Beliau menambah lagi, menurut Professor Hank Mayer yang mengkaji sastera, bahasa Melayu mempunyai lebih 50 diealek. Manakala prosa pantun yang berasal dari sastera Melayu kini menjadi sangat popular di peringkat antarabangsa. Ia lebih unik dan indah dari puisi Jepun ‘Haiku’. Hari ini lebih 50 bahasa dunia membuat pantun.

Satu lagi fakta yang beliau kemukakan ialah hasil kajian Universiti Terbuka. Dalam tempoh 30 akan datang bahasa Melayu akan menjadi bahasa ke-4 dari sudut jumlah penutur. Mendahului bahasa Melayu ialah Mandarin (1), Sepanyol (2) dan Bahasa Inggeris hanya menduduki tempat ke (3).

Beliau juga turut melahirkan rasa kebimbangan terhadap senario semasa yang tidak memihak kepada bahasa Melayu. Beliau membuat perumpamaan, ibarat “jejak rumah yang rapuh, yang gelegarnya hampir patah“.

Dalam sesi berikutnya pembentang memberi fokus kepada pembelajaran sastera di peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Dr Amida memberikan contoh menyampaikan cerita untuk pelajar. Gaya penyampaian beliau sangat kreatif dengan memberikan contoh-contoh cerita dan dengan gayanya sekali.

Manakala Dr Misran Rokimin menceritakan pengalaman pertama beliau dengan buku. Dengan latar belakang keluarga yang kurang kemampuan, tentu sahaja akses beliau kepada buku sangat terhad. Namun beliau didedahkan dengan novel-novel yang dimenangi oleh abangnya. Beliau mula membaca Siti Nurbaya (Andul Moes), Salah Asuhan (Marah Rusli). Menurut beliau lagi, dek kerana ingin tahu beliau tetap membaca novel-novel ini walaupun masih belum faham. Ketika itu beliau hanya berusia 12 tahun. 

a20samad20saidBegitu juga dengan Pak Samad. Beliau sejak zaman sekolahan sudah mengunyah karya-karya Charles Dicken, Joseph Conrad, Hamzah Hussein, SM Ardam dan Pramoedya Ananta Toer.

Senarai penuh pembentang dan tajuk :

1. SN Prof. Dr. Muhammad Hj Salleh (USM) : Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia

2. Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah  (UPM) : Kaedah Bercerita yang Mengasyikkan dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah

3. Hjh Zalilah Sharif (DBP) : PURNAMA dan Bahan Bacaan Sastera untuk Peringkat Prasekolah

4. Zainiah Mohamed Isa (UPSI) : Apresiasi Sastera dalam Pendidikan Peringkat Sekolah

5. Prof. Madya Dr. Misran Rokimin (UKM) : Kesusasteraan di Sekolah Rendah : Kepentingannya kepada Pembangunan Negara

6. Dr. Amida Abdul Hamid : Apresiasi Sastera dalam Pendidikan Peringkat Sekolah Rendah

7.  Faizah Sulaiman (IPG) : Drama sebagai Bahan Aktiviti Pendidikan Kesusasteraan yang Berkesan di Sekolah Rendah

8. SN Dato’ A. Samad Said : Kesusasteraan dan Bahasa : Mengangkat Martabat Bangsa

Ulasan saya

Isu utama yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian dan dewan ialah :

1. Akses masyarakat dan pelajar kepada buku-buku sastera. Ramai pelajar dan guru mengeluh kerana buku-buku di perpustakaan ‘out of date’ dan terlalu usang. Sehingga ada sekolah yang masih memuatkan buku-buku yang sudah kusam dan lunyai. Amat pelik, jika pelajar yang masih disalahkan kerana tidak minat membaca!

2. Jumlah judul sastera remaja yang tidak mewah-pilihan. Sebahagian penerbit masih ragu-ragu untuk terjun menerbitkan buku-buku kanak-kanak dan remaja. Kata mereka ‘tiada yang mahu beli’. Tiada yang mahu membeli atau tiada yang mahu menjual?

3. Dalam hal ini usaha Perpustakaan Negara Malaysia patut dipuji, apabila nampak lebih bersungguh-sungguh dan telus menambah koleksi buku. PNM mula membuat pembelian terus dari penulis. Usaha ini dapat mengurangkan birokrasi dan ruang korupsi.

4. DBP perlu berusaha membaiki kualiti bahagian pemasarannya. Adalah sesuatu yang sangat mengejutkan sirkulasi majalah-majalah terbitan DBP sebelum dan selepas penswastaan DBP jatuh merudum berkali-kali ganda. Sebelum ialah sekitar 100 ribu dan selepas diiswastakan hanya sekitar 15 ribu. Ini dinyatakan oleh pegawai DBP sendiri.

Seminar bersambung. . .

Label: , , , , , , , , , ,

Satu Respons to “Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan (i)”

  1. Seputar Seminar Kebangsaan Pendidikan Kususasteraan : : SangPelangi Says:

    […] saya, Riduan Khairi, ada mengulas juga berkenaan seminar ini di blog beliau. Sila klik untuk baca, SATU dan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: