Seminar Kebangsaan Pendidikan Kebangsaan (ii)

scan0001Hari kedua.

Antara yang banyak disentuh oleh panelis ialah pemilihan teks kesusasteraan. Rata-rata tidak berkenan pilihan teks yang kurang berkualiti. Lim Swee Tun menyarankan agar teks komsas dipilih dari karya penulis mapan dan naskah yang sudah teruji. Bahkan lebih dari itu Mohd Salleh Rahamad mencadangkan agar teks sastera Inggeris juga dipilih dari karya penulis tempatan yang diterjemahkan.

Menurut beliau, yang ingin dipelajari ialah bahasanya, bukan nilai dan budaya yang terkandung dalam naskah sastera Inggeris. Terbukti seuah karya sastera tidak sahaja mengandungi keindahan bahasa, bahkan lebih dari itu ia membawa budaya dan nila. Setidak-tidaknya, jika tidak ada sekalipun naskah tempatan yang mempunyai ciri yang sesuai, maka, karya dari luar perlu dipilih dari negara Asia atau tanah bekas jajahan Inggeris. Ini kerana, kita berkongsi citra yang sama terhadap penjajah.

abdullah hassan

Abdullah Hassan

Pada sebelah petang pula, Prof Emiritus Abdullah Hassan menegaskan proses memperkasa bahasa hanya boleh dibuat dengan bahasa tinggi. Bahasa rendah seperti bahasa slanga, bahasa pasar atau bahasa sms boleh digunakan, namun ia tidak membantu mengangkat martabat bahasa.

Tambah beliau lagi, karya yang menggunakan bahasa tinggi terbukti hayatnya lebih lama bertahan. Sebagai contoh novel Salah Asuhan(Abdul Moes) dan Siti Norbaya (Marah Rusly) masih dibaca hingga hari ini kerana laras bahasanya. Hal ini terjadi juga kepada filem dan lagu. Lihat sahaja filem P. Ramlee era Jalan Ampas masih ditonton hingga hari ini. Ini berbeza dengan filem P. Ramlee era Studi Ampang yang mula menggunakan bahasa rendah.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar. Beliau mengisahkan pengalaman beliau sepanjang terlibat dalam dunia seni, budaya dan bahasa.

Senarai penuh pembentang:

1. Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin

Lim Swee Tin

Lim Swee Tin

2. Azman Ismail (ASWARA)

3. Mohd Salleh Rahamad (UM)

4. Prof Dr Rahman Shaari

5. Prof Madya Dr Rahman Napiah (UTN)

Mana Sikana a.k.a Rahman Napiah

Mana Sikana a.k.a Rahman Napiah

6. Prof. Mokhtar Abu Hassan (UM)

7. Prof. Madya Dr. Krishanan Maniam (Um)

8. Prof Dr Teo Kok Seong

9. Prof. Emiritus Dr. Abdullah Hassan (UPSI)

10. Datuk Johan Jaafar (Media Prima & DBP)

Label: , , , , , , , , , , ,

Satu Respons to “Seminar Kebangsaan Pendidikan Kebangsaan (ii)”

  1. Seputar Seminar Kebangsaan Pendidikan Kususasteraan : : SangPelangi Says:

    […] saya, Riduan Khairi, ada mengulas berkenaan seminar ini di blog beliau,  SATU dan DUA (sila klik untuk baca). Biar jauh di Timur Tengah, sahabat saya, Syafiq Zulakifli turut juga […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: