H1N1 dan ‘ubat’nya

Setiap hari angka kematian virus H1N1 meningkat. Dunia buat seketika

foto dari Malaysiakini

foto dari Malaysiakini

terhenyak dan kaget. Walapun ini bukan kali pertama penduduk dunia dikejutkan dengan penyakit yang menular. Kita sudah dilanda SARS yang mengakibatkan terjejasnya sebahagian aktiviti ekonomi. Ketika itu saya bekerja di restoran francais di selatan tanah air. Jualan harian restoran francais nombor satu itu jatuh hampir 50 peratus.

Kemudian adanya selesema burung, penyakit kuku dan mulut dan JE. Namun influenza A sangat digeruni kerana keupayaanya untuk menyebar hanya melalui udara pernafasan pesakit.

Penyakit berjangkit yang paling teruk pernah direkodkan ialah Spanish Flu yang melanda pada tahun 1918-1919. Dilaporkan lebih 50 juta manusian menjadi korban wabak ini. Jumlah itu ialah 1/3 penduduk dunia ketika itu (1.6 billion).

Jika H1N1 yang kita lalui hari ini sangat berisiko kepada kanak-kanak, orang tua dan wanita mengandung, sebaliknya Spanish Flu menyerang orang dewasa yang sihat.

Saya melakukan sedikit bacaan dan analisis berkaitan dengan penyakit ini, supaya penduduk dunia boleh mengambil pelajaran dan pengajaran.

HishamudinRaisKonspirasi

1. Saya suka dengan komentar Hishamuddin Rais di Malaysiakini berkaitan punca wabak ini keluar dan dalang-dalangnya. Menurut beliau, semuanya terancang. Pun begitu, bacaan saya lebih menjurus kepada bagaimana menangani dan mengambil iktibar supaya tidak berulang lagi.

2. Sudah banyak juga temubual dan iklan dibuat untuk mendidik masyarakat tentang kaedah mengawal dan mencegah jangkitan. Antaranya menjaga kebersihan, mencuci tangan selepas bersin dan memakai topeng pernafasan bagi mereka yang mempunyai simptom.

Penyakit dan minda

3. TV9 menerusi Nasi Lemak Kopi O pagi ini  menemubual dua orang pakar perubatan berkaitan penularan wabak yang amat ditakuti ini. Perbincangan dua pakar ini sangat mearik perhatian saya. Kerana dari sudut saintifik dan ilmu ia boleh menjadi pegangan.

Prof Dr Muhaya Mohamad merupakan salah seorang dari mereka. Yang

Prof Dr Muhaya

Prof Dr Muhaya

seorang lagi seorang profeso madya dari UPM.  Sayang, saya tidak sempat mencatat namanya. Antara perbincangan yang menarik:

  1. Badan manusia mempunyai sistem ketahanan (antibodi) yang sangat kuat untuk menangkis serangan virus. Buktinya, setiap hari manusia terdedah dengan macam-macam bakteria, kuman dan virus. Ia disebarkan melalui udara yang tercemar, pergaulan dan haiwan. Namun hanya sebahagian kecil menjejaskan kesihatan manusia.
  2. Virus atau bakteria hanya menyerang individu yang daya tahan (antibodi) nya lemah. Selalunya kanak-kanak,orang tua, wanita mengandung dan mereka yang sedang mengidap penyakit lain. Virus adalah agen, manakala tubuh manusia ialah hos. Hos yang sihat dan kuat berupaya menghalang kemasukan agen (virus).
  3. Satu cara untuk meningkatkan antobodi ialah dengan memakan makanan yangsegar dan berkhasiat. Antara keperluan paling asas dan penting bagi tubuh ialah air yang mencukupi. Sebahagian besar masyarakat Malaysia kurang minum air. Dan dari jumlah air yang diminum itu adalah dari jenis yang kurang berkhasiat, seperti air bergula dan air bergas.
  4. Prof Dr Muhaya menambah lagi, satu lagi faktor utama untuk membentuk antibodi yang kuat ialah dengan minda yang positif. Minda yang selalu risau dan takut akan menjana hormon yang akan menurunkan tahap antibodi. Apabila kita terlalu takut dan risau, maka secara otomatik antibodi kita akan menurun, dan memudahkan serangan virus. Ini dinamakan sebagai plasebo effect.
  5. Yang lebih mengagumkan saya apabila kedua-dua orang pakar ini menegaskan bahawa sesuatu penyakit itu tidak akan sama sekali menular tanpa izin dari Allah.

Bagaimana sikap Islam terhadap penyakit?

Saya ingin menegaskan semula apa yang disebutkan oleh Prof Dr Muhaya. Sebagai seorang yang beriman dengan Al-Quran dan Rasul, tentu kita mahu mengutip pandangan Kitab dan hadis tentang penyakit berjangkit.

Setiap sesuatu yang terjadi dan berlaku semuanya adalah atas kehendak dan keizinan Allah. Merebaknya virus ini adalah dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Justeru itu tawakkal kita kepada Allah harus bulat dan terus utuh.

Islam mengajar kita supaya tida pernah putus dari berdoa dengan Allah. Kerana Dia yang memberi penyakit dan hanya dia yang menyembuhkan. Hanya Allah sahaja.

Namun ini tidak bermakna Islam hanya meminta umatnya berserah semata-mata tanpa bertindak. Tawakal itu ialah ‘mengikat unta dan bertawakal kepada Allah’ bukan membiarkan unta itu terlepas dan hanya berserah kepada Allah’ (petikan hadis yang sahih).

Allah melalui lisan Nabi memberikan beberapa saranan menghadapi penyakit berjangkit. Antaranya perintah kuarantin orang yang dijangkiti. Nabi melarang manusia pergi ke kawasan yang dilanda penyakit, dan melarang juga penduduk kawasan yang dijangkit dari keluar dari kawasan itu. Lanjutkan bacaan saudara ke laman berikut untuk hadis-hadis berkaitan penyakit berjangkit. Bacan tambahan.

Label: , , , , , ,

3 Respons to “H1N1 dan ‘ubat’nya”

  1. am Says:

    Overview H1N1 dari perspektif Islam.Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya adalah bahaya tapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran.Cuma ingin menambah info lagi.

    Influenza A(H1N1) bukanlah virus baru kerana ada salur galur yg sama dengan Spanish Flu(1918-1919.) yang hampir melenyapkan umat manusia.Setiap larangan pasti tersimpan hikmah tersendiri.Pengharaman memakan daging bab,tidak kurang dari 4 tempat dalam Quran :2:173, 5:3, 6:145 and 16:115.Malah dalam Bible juga melarangnya.Leviticus chapter 11 verse 7 and 8.

    Bacaan saya dari jurnal virology.Babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya dan menukarya kepada yang lebih bahaya.Virus hidup subur didalamnya.H1N1 adalah kombinasi campuran gen dari manusia ,avian(burung) dan babi.Dan ada sedikit campuran gen dari Eurasian Flu, yang ditemui pada mangsa di Hong Kong(Swine Flu tahun 1999).Jadi konklusi saya,ia bukanlah penyakit baru,tetapi telah bermutasi.Perumahnya tentulah babi.

    Fakta-fakta yang dapat dikongsi dari jurnal-jurnal dan ilmu sedia ada;
    1.Badan babi,majoritinya adalah lemak dan hanya sedikit tisu
    otot.Obes!Lemak ini boleh sebabkan hypertension dan heart attack.Jadi tak hairan 50% rakyat AS,derita hypertension.

    2. Babi salah satu binatang paling jijik di muka bumi.Tinggal diatas najisnya sendiri dan “best scavenger”/pembangkai terbaik. Ini krn,di kampung2 yang tidak mempunyai tandas moden,mereka hanya lepas secara “open air” dan dibiarkan bersih oleh babi.Walaupun ada di Aussie,membelanya didalam air-cond.Tetap jijik,krn masih memilih hidup ats najisnya.

    3.Paling tidak malu.Satu-satunya haiwan yang menjemput rakanya,untuk mengawan bersama pasangannya.Sebab itulah mereka yang makan babi,amalkan “wife swapping” dan perbuatan keji laen.

    4.Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lebih70 jenis penyakit.Atheis dan non-muslim tentu mahukan alasan ,logik dan sains.Baaeklahhh.Pemakan bertuah mungkin dapat pelbagai jenis cacing Helminthes:roundworm(cacing bulat),pinworm, hookworm & dll.
    Paling bahaya adalah Taenia Solium( cacing pita). Ia akan dilindungi di dalam usus dalam tempoh sangat lama.Ovumnya(telu) akan memasuki salur darah dan akan smpai kesemua organ dalam badan.Jika memasuki otak,akan sebab kehilangan memori.Jika di hati,boleh dapat heart attack.

    Satulagi Taenia Tichurasis.Misconception yang umum,ovum(telurnya) akan mati bila dipanaskan pada suhu 160°F/70°C. Satu projek kajian dari AS, mendapati 24 org menderita sebab Taenia tichurasis.Walau, 22 darinya,telah masak dengan baek.Terbukti,telurnya tak dapat mati dalam suhu biasa.

    Seorang tabib terkenal(Dinasti Cing) juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang tersebut & beritahu tentang bahayanya.

    Wabak selesema ini dari perspektif Islam(hanya tampal)
    Ada 9 pandangan Islam tentang wabak berjangkit seperti ini :

    1.Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

    “Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari).

    2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

    “Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

    Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

    3.Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

    ” Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

    Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

    4.Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

    Nabi saw bersabda:
    “Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)

    Nabi saw bersabda:

    “Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)

    5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

    Nabi saw bersabda:

    “Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

    6.Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

    Aisyah ra bertanya berkata:

    “Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari).

    Baki yang laen.Boleh lawat :
    http://kopihitamlegam.blogspot.com/2009/07/wabak-selsema-babi-menurut-pandangan.html

    Ulasan saya:

    1.Siapa yang memakan babi,virusnya akan terus diturunkan dari generasi ke generasi.Tidak akan lupus.Mustahil, ia dibawa oleh orang Islam.
    2. Doa senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini.Tak mungkin manusia leh kawal udara perskitran.
    3. Amalkan basuh tgan.Bukan baru pada kita,sebab sentiasa wuduk.
    4.Peluang untuk kita berdakwah.
    “Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran”-Dr. Danial Z.A

    5. Maaf pyan,tumpang blog…

  2. mohamadkholid Says:

    pada saya , sekarang sudah tiba masanya diistiharkan dharurat kesihatan. pengesanan suhu badan sepatutnya dijalankan menyeluruh. tak mustahil swine flu akan mengikut jejak langkah spanish flu…

    Riduan Khairi : Dato Seri Dr Khir Toyo juga berpandangan begitu. Selaku seorang pengamal perubatan, saya fikir pandangan beliau kali ini perlu diberi perhatian serius.

  3. am Says:

    Darurat megikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),angka kematian perlu melebihi 0.4%.Malaysia masih dibawah 0.1%.Munkin KKM ingin mencatat peratus tertinggi agaknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: