Dakwah dan penjara (sekatan penguasa)

Dakwah atau mengajak manusia kepada perkara makruf dan mencegah perkara munkar adalah satu tanggungjawab besar. Ganjaran yang Allah berikan juga bukan calang-calang. Ini kerana tugas berdakwah ini rintangan tidak sedikit.

Demi masa, sesungguhnya semua orang benar-benar berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman, beramal salih, saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran, ” (QS. al-’Ashr : 1-3).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya(HR Muslim).

Cabaran dakwah

Salah satu cabaran besar dalam dakwah ialah tentangan orang-orang yang berkepentingan. Dalam konteks Arab Jahiliyah, kepentingan itu datang dari pembesar Quraisy yang bimbang kuasa mereka akan hilang. Begitu juga dengan pendeta Yahudi dan Nasara yang bimbang pengaruh ke’arif’an mereka akan hilang selepas dakwah Muhammad Rasulullah saw itu menyebar.

Hari ini, antara golongan yang menentang dakwah ialah golongan agama sendiri. Dr Mohd Asri Zainal Abidin sebagai contoh semasa, ditahan oleh jabatan agama sendiri. Hanya atas alasan tanpa tauliah. Padahal beliau merupakan bekas mufti kerajaan yang dilantik. Kini merupakan pensyarah di universiti tempatan. Lagi pula tulisan beliau menyebar luas dibaca melalui laman web dan kolum mingguan beliau di akhbar Mingguan Malaysia.

Ini bukan kes pertama seumpama ini. Sebelum ini jabatan agama (sebuah negeri lain) telah menahan seorang pendakwah dari Johor Bahru, Ustaz Rasul b Dahri atas alasan yang sama. Sedangkan beliau telah berkali-kali memohon tauliah namun ditolak. Maka bermalamlah orang tua soleh itu di lokap.

Penjara sebagai peneguh karya

Namun sejarah mencatatkan, jeriji besi dan dinding batu bukanlah penghalang dakwah. Quran sendiri menceritakan Nabi Yusuf as tetap melangsungkan tugas dakwahnya di dalam penjara.

Diikuti senarai panjang tokoh pelbagai bidang dan pendakwah yang menghabiskan banyak umur di dalam penjara. Antaranya Imam Ahmad b Hanbal, anak murid kesayangan Imam As-Syafie. Kemudian Ibu Taimiyah. Dari senarai kontemporari pula ialah Syed Quthb yang akhirnya digantung dan Buya Hamka.

Penjara tidak pernah melemahkan mereka, sebaliknya menjadi semakin kuat. Hamka dalam memoarnya mencatatkan, tidak mungkin tafsirnya dapat disiapkan sekiranya beliau tidak terpenjara. Begitu juga sasterawan tersohor nusantara Pramoedya Ananta Toer melahirkan tertalogi (kisah 4 jilid) Pulau Buru semasa 30 tahun dipenjara.

Dakwah dan halangan golongan agamawan

Pergeseran pendapat kelompok-kelompok dalam agama perlu ditangani dengan hemat dan bijak. Ini lantaran catatan sejarah telah merakam begitu banyak yang terkorban akibat perselisihan dalam agama.

Sebelum ditahan, Dr Mohd Asri menitipkan kisah hidup Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari. Pada hayatnya beliau disingkir dari negerinya Naisabur akibat fitnah yang dilontarkan terhadap beliau. Akibat fitnah itu beliau berselisih faham dengan gurunya Muhammad binYahya az-Zuhli. Kedua-dua mereka ini tokoh dan dipercayai dalam bidang hadith. Hidup ukhari berakhir ‘dalam buangan’ dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke negeri yang sudo menerimanya. Begitulah berakhir riwayatt hidup seorang tokoh.

Namun tamadun Islam mengenal Bukhari dan hampir melupakan az-Zuhli. Benar kata pepatah Arab, ‘yang kekal hanya yang terbaik’.

Semoga Sahibus Samahan Dr Mohd Asri juag pendakwah-pendakwah lain cekal dan tetap atas aqidah yang benar.

 

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: