Mengapa kita takut Kristian menggunakan perkataan Allah?

Mengapa kita takut Kristian menggunakan perkataan Allah.

1. Kerana Kristian akan menggunakan perkataan Allah untuk mengajak manusia mendalami Injil dan masuk ke agama ini. Dakwah Kristian banyak menggunakan dari Injil. Terutama ayat-ayat tentang kebahagian, kasih sayang dan jalan selamat menuju surga. Pendakyah Kristian mahu menggantikan kalimah God dari bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu sebagai Allah.

2. Sebaliknya (sebahagian) ustaz dan penceramah (yang suka memakai gelar pendakwah bebas, namun menetapkan harga bayaran dakwah), berdakwah tidak (atau sangat kurang) menggunakan kalam Allah (Al-Quran) atau kata Nabi (hadith). Sebahagian ustaz kita suka meriwayatkan kata-katanya sendiri. Mungkin kerana meraka kurang hafal dalil atau obses dengan hujah dan akal sendiri. Ini bezanya.

Dakyah Kristian guna Bible vs dakwah Islam (Melayu) guna kata-kata peribadi.

3. Lebih menyedihkan lagi, mereka berkempen berpegang kepada kitab fikih dan sarjana Islam, lebih kuat dan teguh berbanding kempen berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.

4. Bahkan sangat mendukacitakan, orang-orang yang berdalilkan Al-Quran dan Sunnah pula dikecam sesat, menyeleweng dan Wahabi!

5. Dakwah Kristian menggunakan pendekatan membawa khabar gembira, lemah lembut dan bermuka manis. Walaupun risalah yang meraka bawa itu tidak benar dan telah diselewengkan.

6. Sebahagian pendakwah Islam mula guna pendekatan marah-marah. Hampir dalam setiap ceramah, kuliah dan khutbah, nadanya marah-marah. ‘Orang-orang yang tidak solat diancam masuk neraka“, padahal yang dengar itu semuanya sudah solat. Pendakwah sendiri ‘menghalau’ sasarannya.

7. Sedang metod nabi bagaimana? Itulah, kita harus kembali meneliti ayat Quran dan Sunnah dengan serius. Bagaimana sahabat berinteraksi dengan dalil ini. Begitu juga para tabi’in dan taibi’ tabi’in seperi Abu Hanifah, Malik b Anas, Muhammad Idris dan Ahmad b Hanbal. Mereka semua itu imam kita. Namun kita meninggalkan sikap dan akhlak mereka. Mereka adalah generasi emas, generasi yang dijamin Allah dan Rasul. Merekalah salafussoleh.

Makanya apabila Kristian mahu menggunakan perkataan Allah dalam akhbar mingguan mereka yang hanya terbit seminggu sekali, kita melompat. Di mana fungsi puluhan akhbar dan majalah bahasa Melayu yang dikendalikan oleh orang Islam. Bukankah meraka sangat sedikit sekali memberi ruang kepada kalam Allah dan Rasul.

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: