Ust Zahazan : Tarbiyah Anak-anak

Hari ini (Ahad 07 Februari) saya sempat mengikuti syarahan oleh Ustaz Zahazan Mohamad. Syarahan selama 1 jam 30 minit ini mengupas Tarbiyah Anak-anak dengan Zikir dan Doa.

Al-fadhil Ustaz Zahazan membawakan ayat-ayat dari Surah Luqman sebagai asas perbincangan. Ayat-ayat yang dibawakan merupakan beberapa wasiat Luqman kepada anaknya.

Ternyata Luqman bukan orang biasa. Beliau ada lelaki soleh yang dirakam oleh Allah perkataanya sebagai pedoman.

Aqidah

Luqman menegaskan keutamaan aqidah sebagai nasihat pertama. Beliau melarang anaknya dari melakukan syirik.

Ustaz Zahazan menjelaskan, menyampaikan kisah-kisah nabi kepada anak-anak termasuk dalam hal yang boleh mengukuhkan akidah anak-anak. Ini kerana beriman kepada rasul-rasul termasuk dalam rukun iman yang 6.

Sebahagian dari ibu bapa hari ini, lebih senang menceritakan cerita-cerita rakyat yang diragui kesahihannya dan pendomannya.

Solat

Antara asas penting dalam mendidik anak ialah solat. Apabila baik solat seseorang manusia itu, nescaya urusan lainnya akan baik juga.

Ustaz Zahazan membawakan beberapa panduan untuk membudayakan solat dalam jiwa anak-anak. Antaranya :

1. Mengajar anak cara wudhu yang benar.
2. Mengajar anak cara solat yang benar.
3. Membawa anak-anak berjamaah ke masjid sedari kecil.
4. Salat bersama-sama keluarga ketika berada di rumah.
5. Mengutamakan salat walaupun dalam keadaan musafir. Beliau mencadangkan salat untuk orang yang musafir dilakukan ketika dalam perjalanan untuk menegaskan peri pentingnya salat.
6. Doa. Selalu mendoakan agar anak-anak tetap menjaga salatnya walaupun berjauhan dari perhatian keluarga.

Akhlak

Yang masuk syurga kelaknya banyak dari kalangan orang-orang yang punya akhlak mulia.

Luqman mewasiatkan anakanya agar tidak sombong. Antara perbuatan yang sombong yang disebutkan ialah mendongakkan wajah seperti unta yang sakit lehernya.

Sebelum berakhir, Ustaz Zahazan membawakan serangkap kata pujangga dari Pendeta Za’ba :

Berbuat baiklah wahai teman,
Walau tidak dikenal insan,
Walau dicampak ke tengah lautan,
Walau tidak di makan ikan,
Tuhan tahu ia kah bukan.

Syarahan diadakan di Palma Villa Club House, Bandar Putra Kulai.

Label: , , ,

2 Respons to “Ust Zahazan : Tarbiyah Anak-anak”

  1. al alamin Says:

    apa maksudnya cakap bercabang cabang…ular ada dua lidah.. lidah yang pertama cakap tuhan yang berkuasa lidah yang kedua kata syaitan juga berkuasa… lidah yang pertama kata tuhan berada di mana mana,, lidah yang kedua kata di tempat yang kotor ada syaitan… boleh keketoran melemahkan kehadhiran tuhan… apa beza nya wahyu yang di turunkan dengan pertolongan perantaraan seperti malaikat,, dan wahyu yang di turunkan tanpa perantaraan… wahyu mana yang banyak bercakap bercabang cabang atau dalam bahasa english nya di kata DUALITY THOUGHTS

  2. Riduan Khairi Says:

    Saya tidak faham ayat-ayat panjang dan berpintal yang ditaipkan. Pun begitu saya luluskan untuk tatapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: