Forum Dunia Ekonomi Islam (2010)

Ini kali pertama saya menyertai majlis anjuran WIEF. Organisasi WIEF masih beluam dikenali lantaran usianya masih muda. Namun begitu, ia tidak boleh dipandang sebelah mata. Saya sangat teruja menlihat barisan pembentang acara Pre-Forum.

Membariskan nama-nama besar dana bisnes dan korporat dari ceruk pelusuk dunia Islam. Walaupun sesia agak singkat dan tergesa-gesa, saya dapat menangkap beberapa poin penting dari ucapan panelis.

Dato’ Seri Nazir Tun Abdul Razak, CEO CIMB Bank

Sekali pun beliau tidak ber’abang’kan Perdana Menteri, saya yakin ketokohan beliau akan meletakkan namanya pada tempatnya. Beliau menyertai CIMB pada tahun 1981 dan menjadi CEO paling muda pad usia 33 tahun.

Beliau membawakan beberapa senario yang berlaku pada era 70-an. Ketika itu ramai pemimpin muda diangkat mengetuai jawatan kerajaan dan organisasi korporat. Berbeza hari ini, generasi muda tidak dberi kepercayaan seperti itu lagi. Soalannya, sama ada generasi muda yang tidak mencukupkan diri dengan kelayakan atau generasi tua yang kata beliau “protecting themenselve”.

Satu tips yang beliau titipkan untuk berjaya ialah,

  1. Kerja keras (hardworking)
  2. Sanggup bekerja dalam tempoh waktu yang panjang (tidak cukup hanya 8-10 jam sehari)
  3. Berani bersuara (speak up)

Azran Osman Rani, CEO Air Asia X

Baru saya tahu Tuan Azran Osman datang dari ‘media’. Tony Fernandez dan Aziz Bakar dulu pun orang media. Justeru tidak hairan mengapa Air Asia melonjak dengan cepat. Tentu sahaja, selain perancangan rapi, faktor yang tidak dipandang enteng ialah publisiti dan pemasaran.

Air Asia, sebuah syarikat bebas tanpa bantuan kerajaan dan tanpa subsidi, namun tetap berjaya melangkah dengan cepat untuk meletakkan namanya sebagaisyarikat tambang murah terbaik dunia.

Saya berpandangan, Air Asia berjaya menghimpunkan pekerja terbaik (skil dan pengalaman) dari industri lain.

Satu perkara yang dapat saya kesan tentang Air Asia ialah, mereka berani mengambil risiko dan sangat agresif. Dalam ramai-ramai panelis yang hadir berbaju kot hitam dan kemeja putih (pakaian formal), Tuan Azran hadir dengan baju batik merah menyala. Ucapannya juga sangat pendek, menjadikan air liur beliau mahal.

Saya teringat, Aziz Bakar tidak mempunyai kad bisnes (begitu juga eksekutif Air Asia yang lain) untuk menjimatkan kos.

Tengku Farith Rithauddeen, Group CEO SKALI

Skali tidaklah sepopular Air Asia. Namun begitu SKALI sangat dikenali dalam dunia bisnes dan korporat. Saya tidak punya maklumat yang banyak tentang Tengku Farith ataupun syarikatnya SKALI.

Saya sudah miliku buku tulian beliau. Insya Allah dalam masa terdekat saya akan habiskan bacaan dan catat sedikit rebiu di blog encikbaca.

Antara panelis lain yang berucap termasuk :

  1. Sir Iqbal Scaraine – MCM Charitable Foundaton UK
  2. Nadia Roumani – American Civic Muslim Leadership Institute
  3. Sumaya Kazi – TheCulturalConnect USA
  4. Omar Faruk – Eco Muslim UK
  5. Sofiah Jamil – The Centre for NTS Studies Singapore
  6. Steve McCoy – Countepoint Malaysia
  7. Aziz Senni – Youth Entrepreneurs France
  8. Atia Riaz – JP Morgan UK
  9. Toni S. Leviste – Leviste Equestrian Management Philipines

Bahasa Pengantar

Sidang dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, macam biasa. Sehinggakan pelayan minum petang pun! Semua panelis bercakap dalam Bahasa Inggeris, kecuali Aziz Senni menggunakan bahasa Perancis.

Penganjur menyediakan perantri alih-suara. Ada pilihan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Perancis. Sayang sekali Bahasa Melayu tidak ada. Sudahlah bercakap tidak Bahasa Melayu, terjemahan pun tiada dalam bahasa Melayu.

Saya hadir sebagai pemerhati. Alhamdulillah, saya dapat dua contact untuk bisnes. Satu dari Acheh dan satu lagi dari Bangladesh.

Label: , , ,

2 Respons to “Forum Dunia Ekonomi Islam (2010)”

  1. fh4 Says:

    I like it

  2. klcitizen Says:

    pertama kali di sini dan memilih entri ini untuk meninggalkan jejak
    sangat menarik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: