Hudud : Belum Duduk Sudah Berlunjur

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul meyakini semua kandungan Kitabnya wajib dilaksanakan. Tatkala gawat dengan gejala buang bayi, sumbang mahram dan bermacam-macam kerosakan yang lain, ada cadangan radikal supaya hukuman hudud dilaksanakan. 

Orang Islam meyakini wajibnya melaksanakan perintah Allah dan Rasul sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith. Bukan sahaja hudud, termasuk juga hukum-hukum yang lain seperti mentauhidkan Allah, menjauhi syirik, solat, puasa, zakat, dan hukum-hakam lain yang tertulis. 

Situasi Sosial Orang Arab Jahiliyah

Ketika Jazirah Arab dilanda kerosakan umat, Nabi tidak terus datang membawa undang-undang dan hukuman. Namun Nabi Muhammad yang disifatkan Allah sebagai rahmat kepada seluruh alam itu membawa petunjuk dan pendidikan. Ayat-ayat Al-Qur’an yang turun di Mekah sebelum hijrah penuh dengan agenda memurnikan keyakinan dan kepercayaan (akidah) umat manusia yang bergulat dengan syirik. 

Rasulullah Membina Perpaduan Sebelum Hukuman 

Sejarah mencatatkan perintah-perintah hukuman kebanyakannya berlaku di Madinah selepas peristiwa Hijrah. Situasi di Madinah jauh berbeza berbanding Mekah. Di Madinah umat Islam bersatu-padu. Kaum Aus dan Kaum Khazraj berbaik-baik semula selepas sengketa yang panjang. Lebih dari itu, orang-orang Aus dan Khazraj membentuk golongan Ansar sanggup berkongsi tanah menerima kehadiran ‘pendatang’ Muhajirin dari Mekah. 

Sarjana Islam terkemuka Ibnu Qayyim Al-Jawziyah menukilkan, “Rasulullah persaudarakan orang-orang Muhajirin dan Ansar di rumah Anas bin Malik. Mereka terdiri dari 90 orang, separuh dari mereka Ansar dan separuh dari mereka yang lain ialah Muhajirin. Beliau persaudarakan mereka agar mereka agar saling tolong-menolong, saling mewarisi harta jika ada yang meninggal dunia di samping kerabatnya. Waris-mewarisi ini berlaku hingga Perang Badar.” (Terjemahan Sirah Nabawiyah, Syaikh Sofiurrahman Mubakarfuri). 

Perpaduan merupakan satu syarat penting ke arah melaksanakan hukum dan undang-undang. Sebaliknya situasi hari ini jauh berbeza. Satu bangsa, satu agama pun masih bercakaran dan panas punggung untuk duduk semeja berbincang isu masyarakat dan negara. Masih ada puak yang degil dan keras kepala untuk melenturkan perseteruan. 

Tidak mengikut aturan dan sunnah nabi 

Melaksanakan hudud pada situasi hari ini ibarat duduk sebelum melunjur. 

Nabi membentuk masyarakat melalui pendidikan dan kesedara dalam urusan hubungan manusia dengan Tuhannya (akidah) terlebih dahulu. Bukan melalui pendekatan hukuman. 

Metode ini disahkan oleh isteri kesayangan beliau yang juga ibu bagi orang-orang beriman (ummul mukminin) Aisyah binti Abu Bakar (semoga Allah redha kepada mereka berdua). Kata Aisyah seperti yang dilaporkan secara sahih, 

Sesungguhnya surah yang mula-mula diturunkan adalah surah pendek yang di dalamnya disebutkan adanya syurga dan neraka, sehingga manusia telah memeluk Islam, maka diturunkan ayat tentang halal dan haram. Seandainya ayat yang pertama kali turun adalah “janganlah kalin meneguk arak” pastilah mereka berkata “kami tidak akan meninggalkan arak selamanya”. Kalau ayat yang pertama kai diturunkan ; “janganlah kamu berzina”, pasti mereka akan menjawab ; “Kami tidak akan meninggalkan zina selamanya”. (Bukhari)

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: