Warkah Terbuka Buat YB Teo dan YB-YB bukan Islam Yang Lain

Warkah Terbuka Buat YB Teo dan YB-YB bukan Islam Yang Lain

Bismillahirrahmanirrahim

Dari hamba Allah rakyat Malaysia yang beragama Islam Riduan Khairi kepada YB Teo dan YB-YB bukan Islam lain yang prihatin.

Kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk, percaya dan membenarkannya.

Seterusnya :

Kami menyeru agar tuan-tuan beriman kepada Allah semata, yang tiada sekutu bagi-Nya. Masuklah Islam, nescaya tuan-tuan akan selamat. Masuklah Islam, nanti Allah akan memberikan ganjaran pahala berkali-kali ganda terhadap amal kebaikan yang tuan-tuan telah lakukan sebelum ini. Namun jika tuan-tuan berpaling, maka tuan akan menanggung dosa.

Manifesto Allah kepada Orang yang Masuk Islam

Kata Allah dalam Kitab-Nya,

Katakanlah kepada orang-orang kafir itu, “Jika mereka berhenti (dari kekafiran), tentu Allah akan ampunkan dosa-dosa mereka yang telah lalu”. (Surat Al-Anfal, ayat 38)

Tawaran ini diteguhkan lagi dengan jaminan dari Nabi Muhammad,

Apabila seseorang masuk Islam kemudian Islamnya menjadi baik, nescaya Allah akan menghapuskan segala kejahatan yang telah dilakukan. Setelah itu, ia akan diberi balasan iaitu setiap kebaikannya akan dibalas Allah sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda. Sedangkan kejahatannya dibalas (hanya) setimpal kejahatannya itu, kecuali jika Allah memaafkannya.” (Kitab Sahih Bukhari)

Ciri Pemimpin Unggul

YB Teo dan YB-YB lain yang prihatin,

Usaha tuan-tuan YB yang prihatin terhadap rakyat tanpa mengira agama dan warna kulit amat dihargai. Tidak sedikit dari YB-YB bukan Islam yang komited membantu rakyat bawahan. Bahkan ramai juga yang tidak lokek bahkan sangat ringan tulang untuk mengorbankan wang peribadi untuk kepentingan masyarakat. Walaupun mungkin sebahagian nilainya tidaklah begitu besar, namun bak kata pepatah Inggeris, “The thinks thats count”. Inilah ciri-ciri pemimpin unggul yang dicari oleh umat Islam. Komited dan sungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab.

Amal Baik di Dunia dan Akhirat

Namun begitu YB,

Kebaikan yang YB usahakan hasilnya diperoleh setakat di dunia sahaja. Sedang hidup atas muka bumi ini jarang yang mampu bertahan lebih dari 100 tahun. Alangkah singkatnya kehidupan di dunia, untuk kita kerja dan kejarkan. Banyak juga kerja-kerja amal dan perkara baik yang kita lakukan tidak dihargai di atas dunia. Sejarah mencatatkan begitu banyak tokoh-tokoh perjuangan masyarakat yang berhabis-habisan bak kata pepatah Melayu ‘bergolok-bergadai’ berbakti. Namun sehingga akhir hayatnya kebaikan mereka hilang dan padam dalam ingatan masyarakat.

Jika kehidupan dunia berakhir dengan kematian semata-mata, maka ramai di kalangan kita akan rugi. Ramai juga orang yang jahat lagi zalim, mati dalam istana megah tanpa dihukum atas kesalahannya. Tidak sedikit orang baik yang miskin lagi susah, matinya terus dalam suasana miskin dan hina. Namun hidup tidak sebatas usia sahaja.

Orang-orang Islam yakin adanya kehidupan yang lain selepas mati. Namanya hari pembalasan. Dan kami sangat berharap kebaikan dan jasa YB-YB di atas dunia juga mendapat ganjaran yang banyak dari Allah, Tuhan Sekelian Alampada hari pembalasan tersebut.

Seorang sahabat Nabi Muhammad menceritakan,

Sesungguhnya Allah tidak zalim terhadap amal baik orang-orang yang beriman. Di dunia diberi balasan, juga di akhirat. Sedangkan orang kafir hanya diberi balasan atas amal baik yang telah dilakukan kerana Allah di dunia. Sehingga ketika ia sampai di hari akhirat, tidak ada lagi ganjaran baik baginya” (Kitab Sahih Muslim)

Berdasarkan kefahaman dari kata-kata nabi ini, YB hanya perlu melafazkan iman untuk mengesahkan amalan-amalan YB sehingga hari akhirat.

Islam Agama Untuk Semua Bangsa, Semua Kaum

YB Teo yang dihormati,

Islam adalah agama buat semua manusia, tidak mengira warna kulit atau bangsa. Jika dahulu ramai orang beranggapan Islam ekslusif untuk orang Arab dan Melayu sahaja. Anggapan ini silap. Ramai orang bukan Arab dan bukan Melayu masuk Islam dan akhirnya menjadi orang Islam yang lebih baik dari orang Islam yang asal. Peninju antarabangsa Muhammad Ali, penyanyi popular Cat Steven, pendakwah berbangsa Cina Ustaz Hussein Yee, Brother Shah Kirit (berbangsa India) dan Dr Ridhuan Tee antara contoh-contoh orang Islam bukan Melayu dan bukan Arab. Tidak keterlaluan kami katakan pegangan Islam mereka jauh lebih baik dari sebahagin orang Islam dari bangsa Melayu dan bangsa Arab.

Hal ini ditegaskan oleh Nabi Muhammad seperti yang disebutkan oleh sahabat beliau Abu Hurairah,

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, tidak juga kepada harta kalian, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kalian.” (Kitab Sahih Muslim)

Tambah beliau lagi dalam teks yang lain,

“Wahai sekalian manusia, sesunggunya Tuhan kalian adalah satu, ayahanda kalian adalah satu (Nabi Adam), ingatlah..!Tidak ada keutamaan lebih bagi orang Arab atas selain mereka, tidak pula bagi non Arab atas orang-orang Arab, tidak pula yang berkulit merah lebih utama dari yang berkulit hitam tidak pula yang berkulit hitam lebih utama dari yang merah, tak lain yang membuat lebih utama melainkan karena taqwa”. (Kitab Musnad Ahmad)

Polemik YB Teo Memasuki Masjid

Mutakhir ini YB Teo dan rakan-rakan yang lain dikecam hebat kerana tindakan hadir di rumah ibadah orang Islam. Kami tidak berhasrat membincangkan hal itu, kerana sudah ramai yang pakar dan yang ‘tumpang sekaki’ mengulas isu ini.

YB Teo sudahpun mengenakan pakaian yang sopan, bahkan pernah mengenakan selendang ketika hadir di perkarangan rumah ibadah. Manakala YB-YB bukan Islam yang lain sudah mula membuat bacaan dan kajian terhadap ajaran Islam, sehinggakan ada YB yang sudah mahir membacakan beberapa baris ayat Al-Quran dalam ucapannya. Dari beberapa sudut ia satu perkara yang positif.

Jemputan Untuk Masuk Islam

YB sudah mengenali Islam, YB juga sudah mengenakan busana secara Islami tanpa rasa kekok dan YB juga sangat prihatin lagi mengambil berat akan situasi orang-orang Islam dalam kawasan YB. Tinggal selangkah lagi YB dapat menandingi kebaikan dan kemuliaan orang-orang Melayu Islam yang lain. Yakni melapangkan dada dan hati YB untuk menerima petunjuk dan hidayah dari Allah, Tuhan sekelian alam.

Tolak ketepi sikap segelintir orang Islam yang memalukan. Lupakan seketika birokrasi dan ketidak-cekapan pengurusan intitusi yang berkaitan dengan Islam. Kita fokus sahaja kepada sumber Islam yang asli lagi asal iaitu Al-Qur’an dan Sunnah. Pihak kami sentiasa bersedia menerima undangan dari YB atau pihak-pihak lain untuk bercerita secara harmoni dan intelek mengenai Islam.

Sebagai penamat kami memetik kata-kata Perdana Menteri kita YAB Dato’ Seri  Najib Tun Razak berkaitan bangsa yang dihormati,

Sejarah juga membuktikan bahawa apabila orang Melayu berpegang teguh kepada amalan Islam, mereka menjadi bangsa yang dihormati” (Menakhoda Zaman)

Makanya kami meyakini apabila YB dan YB-YB bukan Islam lain bersedia menerima Islam sebagai panduan hidup, YB akan menjadi lebih mulia dan dihormati dalam masyarakat. Bahkan tidak keterlaluan kita kami katakan, berdasarkan sikap dan komitmen YB, kami percaya YB akan lebih dihormati dan diharga berbanding sebahagian YB lain yang sudah sedia Islam.

Label: , , ,

Satu Respons to “Warkah Terbuka Buat YB Teo dan YB-YB bukan Islam Yang Lain”

  1. Ben Othman Says:

    Salam Akhi,
    Saya setuju benar dgn pendapat yg diutarakan.Buat masa ini kita ketepikan ‘motive” sebenar ahli ahli politik ini mendekati rumah ibadat Muslim.Dengan izin Allah mereka akan dipancari taufiq dan hidayah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: