Bantahan Terhadap Dakyah Syiah Faisal Tehrani di Seminar Pencinta Buku ITNM

Petikan kertas kerja Shariati, Rumi & Saya : Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan : Perspektif Penulis Oleh Dr Hj. Mohd Faizal bin Musa (Faisal Tehrani), Pensyarah Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

“Abu Hurairah melaporkan, “Kami sedang duduk bersama sahabat Rasulullah SAW ketika surah al-Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat, “…dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang…” Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami ada Salman al-Farisi. Rasulullah SAW berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, “Sekiranya iman berada di bintang Surayya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya.” (Sahih Muslim, Kitab Fadhail as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108)

Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38 berfirman, “Dan jika kami berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, “Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Surayya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Parsi.” (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, halaman 182)

Ulasan saya

Hadith pertama saya semak di dalam buku Ringkasan Sahih Muslim oleh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, terjemahan dan terbitan Gema Insani Jakarta. Hadithnya benar dengan sedikit perbezaan pada terjemahan, yang tidak membawa perubahan apa-apa.

Manakala perenggan kedua saya semak di dalam Tafsir Ibnu Katsir yang disusun oleh Dr Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh terjemahan dan terbitan Pustaka Imam Asy-Syafie, Jakarta. Namun dalam terjemahan ini, sepertinya kisah Salman dan bangsa Parsi yang didakwa oleh Faisal tidak ada. Ada bebarapa faktor, pertama mungkin kisah itu sudah ditahkik (nilai semua kesahihannya) oleh penulis kemudian dipadamkan. Kedua, mungkin kisah ini sudah disebutkan dalam ayat yang lain, oleh itu penyusun memadamkan untuk meringkaskan tafsir.

Imam Muslim dan Ibnu Kathir Hanya Batu Loncatan

Faisal sengaja membawa dua petikan dari dua sumber Ahlus Sunnah yang paling berotoriti iaitu Sahih Muslim dan Tafsir Ibnu Katsir. Di sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kitab hadith yang paling tinggi otoriti ialah Sahih Bukhari, kemudian Sahih Muslim. Manakala dalam bidang tafsir pula, antara kitab tafsir yang disusun secara paling lengkap dan paling berotoriti ialah Tafsir Ibnu Katsir disusun oleh Imam Abu Fida’ Ibnu Katsir. Beliau merupakan salah seorang anak murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Sengaja saya menyebutkan nama Ibnu Taimiyah di sini kerana ia turut disinggung oleh pembentang lain yang menterjemahkan Rehlah Ibnu Battutah.

Faisal menuduh Imam Muslim dan Imam-imam Hadith yang laih sebagai tidak amanah dengan menggunakan perkataan ‘one sided’. Saya catatkan di sini,

“Menurut pandangan saya, kitab-kitab hadis besar ‘kita’ (ya saya sunni) onesided terhadap ahlul bait.” Teks penuh di sini.

http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/07/kopitiam-ghadir-menjawab-rebecca.html

Ini bermakna Faisal tidak mengiktiraf Sahih Muslim sebagai kitab yang berotoriti. Beliau menerima dan menolak hadith Sahih Muslim mengikut selera Syiahnya.

Ibnu Kathir

Sejak bila pula orang Syiah menerima Tafsir Ibnu Katsir sebagai rujukan?

Perlu diberi catatan, bahawa Ibnu Katsir merupakan anak murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Beliau merupakan anak murid seorang tokoh yang paling dibenci oleh oleh orang Syiah. Ibnu Taimiyah antara ulama yang tegas lagi keras menghujjat golongan Syiah.

Perbincangan Ibnu Taimiyah ini turut dibangkitkan oleh penterjemah Rehlah Ibnu Batutah dalam kerta kerjanya pada sesi yang lain. Beliau melahirkan rasa kecewa akibat dikecam menterjemah Rehlah Ibnu Battutah.

Perlu difahami, jika bukan kerana catatan yang salah Ibnu Battutah terhadap Ibnu Taimiyah, tentu sahaja Rehlah Ibnu Battutah tidak dikritik sedemikian rupa. Fitnah terhadap Ibnu Taimiyah dalam catatan tidak cermat ini memberi impak besar.

Ini kerana di belakang Ibnu Taimiyah berdirinya khazanah ilmu Islam yang sangat besar. Anak-anak muridnya sendiri sangat tersohor dalam bidang kelimuan seperti Ibnu Katsir, Adz-Dzahabi dan Ibnu Qayyim Al-Jawziyah. Apabila fitnah ini lekat, maka secara perlahan-lahan khazanah agung Islam di belakangnya perlu ditolak. Ini maksud sebenar fitnah ini.

Abu Hurairah, Orientalis, Syiah dan Faisal Tehrani

Saya turunkan petikan dari wikipedia berkaitan kritikan Syiah terhadap Abu Hurairah. Ini penting kerana hadith yang dibawakan oleh Faisal dilaporkan olah Abu Hurairah. Saya ingin membuktikan bahawa Faisal membawakan hadith dari Abu Hurairah dan Imam Muslim secara berpilih-pilih mengikut selera Syiahnya.

“Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.
Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti Umayah. Penolakannya menyandang jawatan gabenor ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.”

Oleh yang demikian itu mengapa pula Faisal mempercayai Abu Hurairah untuk melaporkan hadith tentang Salman. Bukan ia suatu yang kontra. Ini jelas menunjukkan bahawa hadith ini dipetik sesuka hati menurut hawa nafsu pendokong Syiah.

Lalu Sebenarya Apa, Kalau Bukan Abu Hurairah, Imam Muslim dan Ibnu Katsir?

Yang ingin dipromosikan oleh Faisal ialah Jalaluddin Ar-Rumi dan Ali Shariati. Tidak ada tokoh sunni lain yang dijadikan hujjah selepas halaman pertama melainkan Syiah belaka seperti Jalaluddin Rumi, Ali Shariati dan Jalaluddin Rakhmat. Dia menggunakan hadith Imam Muslim dan Tafsir Ibnu Katsir untuk melariskan ideanya.

Yang mana hujung-hujungnya dia ingin mengatakan keutamaan dan kelebihan bangsa Parsi ke atas bangsa lain.

Ya, hadith yang dibawakan memang sahih. Namun seperti kata Ustaz Abu Islam Fathul Bari lewat sms yang dikirimkan, pemahaman terhadap hadith ini perlu diluruskan.

Saya menyemak kitab Sahih Muslim. Nabi Muhammad tidak sahaja menyebutkan tentang Salman yang berbangsa Parsi. Bahkan nabi menyebutkan juga sekian banyak hadith tentang keutamaan kaum-kaum yang lain.

Nabi pernah berdoa untuk Golongan Ansar sehingga ke anak-anak meraka dan cucu-cucu mereka. Jauh lebih besar ruang lingkup doanya berbanding dengan bangsa Parsi. Nabi juga pernah menyebutkan keutamaan kaum Asy’ariyyin, Kabilah Muzainah, Junainah, Ghifar, Kabilah Daus, Bani Tamim dan beberapa yang lain. Saya tegaskan sekali lagi, semua ini disebutkan oleh Imam Muslim di dalam kitab sahihnya.

Jelas sekali puak Syiah ini mengambil hadith sesuka hati dan melupakan hadith-hadith sahih yang lain sesuka hati mereka berdasarkan hawa nafsu.

Penutup

Saya perlu bertanya kepada ITNM akan rasional mereka menjemput dua pembentang yang sangat jelas faham Syiahnya. Ia disengajakan atau tidak disengajakan. Bahkan sebelum ini ITNM telah membenarkan Kopitiam Ghadir dipentaskan di sana, dan khabarnya akan diberikan peluang kali kedua.

Untuk catatan asalnya Kopitiam Ghadir sepatutnya dipentas di premis kerajaan yang lain. Namun atas arahan dari pihak berkuasa agama, kebenaran itu ditarik balik.

2 Respons to “Bantahan Terhadap Dakyah Syiah Faisal Tehrani di Seminar Pencinta Buku ITNM”

  1. Ben Othman Says:

    Salam Tuan,
    Sebagai oranG awam yg cintakan Islam, saya ingin bertanya sama ada
    keributan syiah/sunni ini akan berakhir.Masalah ini membingungkan
    golongan muda sehingga mereka ‘fed up’ dan ragu ragu tentang hadith.

  2. Riduan Khairi Says:

    Wa alaykumussalam warahmatullah.

    Tuan Ben Othman yang dihormati,

    Terima kasih kerana sudi melawat catatan saya yang sederhana ini. Pertelingkahan Sunni-Syiah ini bukan isu kecil dan baru. Ia sudah cuba ditangani oleh sarjana Islam sejak ratusan tahun.

    Secara umumnya, pergolakan dan perpecahan umat Islam tidak dapat dielakkan. Nabi sendiri menyebutkan umatnya akan terpecah kepada 73 golongan! Subhanallah, banyaknya. 72 ke neraka manakala yang selamat hanya satu, iaitu ahli mereka yang mengikut jalan nabi dan para sahabatnya (Hadith Tirmidzi).

    Banyak hadith menceritakan tengtang fitnah akhir zaman. Satu darinya ialah perpecahan umat Islam. Namun begitu, nabi tidak meninggalkan kita tanpa pedoman.

    Yang selamat ialah seperti yang dikatakan selamat oleh Allah dan Rasul. Yakni orang yang berpegang teguh dengan Kitab dan Sunnah berdasarkan kefahaman para sahabat dan 3 generasi awal Islam. Ini janji nabi, mereka adalah generasi terbaik seperti yang disebutkan dalam kitab Sahih Bukhari.

    3 prinsip asas meniti jalan golongan yang selamat.

    1. Kitab
    2. Sunnah yang sahih
    3. Pemahaman sahabat, tabi;in dan tabi’ tabi’in.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: