Abdullah Al-Qari di ITNM

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 memilih tokoh yang tepat untuk dibicarakan. Beliau menulis hampir 400 buah buku. Separuh darinya ialah karya terjemahan dari Bahasa Arab.

Nama Ustaz Abdullah Al-Qari Haji Salleh atau lebih dikenali sebagai AQHAS sangat terkenal di kalangan pembaca buku-buku agama tempatan. Pun begitu susuk tubuh beliau tidaklah sepopular namanya.

Saya berkenalan dengan buku-buku beliau ketika mencari-cari buku agama yang berkualiti isi dan hujahnya. Dalam buku-buku karangannya beliau mengelak untuk mengulas panjang berkaitan sesuatu perkara, melainkan hanya membawa ulasan dan komentar ulama terdahulu.

Inilah metod yang beliau serap dari pengalaman membaca buku-buku ulama generasi awalatau lebih dikenali sebagai salafussoleh.

‘Guru-Guru Yang Mempengaruhi’

Beliau menyeraikan beberapa sarjana dan ilmuwan yang sangat mempengaruhi melalui kitab-kitab yang beliau baca. Antaranya termasuk,

  • Imam Muhammad bin Abdul Wahhab
  • Syaikh Abdul Aziz bin Baz (bekas Mufti Arab Saudi)
  • Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani (peneliti dan sarjana hadith moden)
  • Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin,

Kemudian beliau juga memberi komentar, “hanya orang-orang yang mempunyai penyakit dan virus dalam hatinya mempertikaikan keilmuan Albani“.

Pengaruh tokoh-tokoh ini sangat jelas dapat dilihat melalui buku-buku yang beliau terjemahkan. AQHAS menterjemahkan buku Albani yang monumental ‘Sifat Solat Nabi”. (Catatan : Bukan buku Sifat Solat Nabi Yang Sahih yang diterjemahkan oleh seorang lulusan agama dari Jodan!).

Petikan ini sangat signifikan, walaupun sebilangan besar hadirin masih asing dengan nama-nama tokoh yang beliau sebutkan. Saya percaya senarai panjang (banyak nama lagi disebutkan) ini sengaja dijejerkan untuk memperkenalkan khazanah intelektual Islam yang sangat luas dan belum diteroka.

Secara halus, AQHAS mengkritik segelintir kelompok lulusan agama yang menafikan dan merendahkan keilmuan Al-Albani.

Ibnu Taimiyah dan al-Albani

Pendukung Albani sama juga seperti pendokong Ibnu Taimiyah (yang turut disentuh oleh penterjemah Rehlah Ibnu Battutah) bukanlah fanatik dan taksub. Sebagai peribadi, mereka juga manusia yang tidak maksum, layak dinilai semula perkataan yang menyelisihi Kitab dan Sunnah.

Namun kritikan dan cemuhan yang dilontarkan kepada Albani, bukanlah kepada karya atau pendapatnya. Sebaliknya kritikan ditujukan untuk menolak batang tubuh tokoh ini. Impaknya sangat besar. Mereka bedua ini (Ibnu Taimiyah dan al-Albani) mempunyai ‘school of thought’ mereka sendiri. Jika Ibnu Taimiyah ditolak, ini bermakna hampir separuh khazanah klasik Islam terpaksa dinilai semua. Beliau mewariskan khazanah ilmu kepada anak-anak murid beliau yang jagoa seperti pakar tafsir Imam Ibnu Katsir, pakar psikologi Islam Imam Ibnu Qayyim dan pakar riwayat dan sejarah Imam Adz-Dzhahabi. Meragui gurunya bererti merahui anak-anak murinya juga.

Begitu juga dengan al-Albani, di sekelilingnya ada Ibn Baz, Ibn Uthaimeen. Itu belum termasuk senarai panjang sarjana dan intelektual yang menerima ilmu dari jalur mereka. Pengarang buku motivasi Islam terkenal, Dr A’idh Abdullah Al-Qarni menyebutkan dalam sebuah bukunya, “3 tokoh yang buku mereka patut dibaca ialah Albani, Ibn Baz dan Ibn Uthaimin“.

Karya-Karya AQHAS

Antara pengarang yang punya kategori khusus dalam rak perpustakaan saya ialah Abdullah Al-Qari Salleh selain Ustaz Rasul bin Dahri (untuk kategori pengarang tempatan). Dari ratusan judul buku beliau, saya baru mampu mengumpul beberapa puluh dari itu. Sebilangan besar bukunya sudah tidak dicetak lagi.

Di sini beberapa rebiu buku beliau yang sempat saya muatkan di encikbaca.

1.Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya

2. Kelebihan Rahsia Puasa Sunat Menurut Sunnah

3. Pesan Allah dan Para Nabi kepada Anak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: