Pemimpin Berbudi

bersempena perhimpunan Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Bidalan Melayu ada mengatakan,

“Kalau mencari tempat mandi

Pertama teluk, kedua pantai

Kalau mencari pemimpin berbudi

Pertama elok, kedua pandai”

Alangkah indahnya bidalan Melayu lama ini. Ia senada dengan apa yang disebutkan oleh Allah dalam beberapa ayat Al-Qur’an tentang pemimpin.

Pertama dari kisah Nabi Musa alaihissalam,

“Salah seorang dari kedua wanita itu berkata : Wahai ayahku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberi tugas ialah orang yang kuat lagi dipercayai“. (Surah 28 Kisah-Kisah ayat 26)

Manakala dalam kes Nabi Yusuf alaihisalam dilantik menjadi Menteri Kewangan,

Yusuf berkata, :Jadikanlah aku bendahawa Mesir, sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan“. (Surah 12 Yusuf, ayat 55)

Pemimpin Itu Takdir Allah

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.” (Surah ke-2 Al-Baqarah, ayat 247)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: