Fitnah Akhir Zaman : 13 Mei & Memali

(edisi asal)

Umur dunia sudah tua, dan kita meniti hari-hari akhir zaman. Nabi Muhammad banyak kali mengingatkan banyaknya fitnah (kekacauan) akan berlaku di akhir zaman. Bermula dengan keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar sendiri ; semuanya berhadapan dengan cabaran dan situasi getir. Bermula dari masalah rumah tangga, pergaulan bebas, pergolakan politik, kemelut ekonomi, perpecahan umat Islam sehinggalah ke perubahan iklim mendadak dan bencana alam.

Nabi umat akhir zaman, Muhammad bin Abdullah tidak hanya memberi gambaran musibah yang akan berlaku kepada umat manusia. Seiring dengan itu beliau tidak pernah lupa untuk menasihati seluruh umatnya hingga hari terakhir usia dunia, bagaimana berhadapan dengan fitnah dan musibah yang melanda. Baik musibah itu berupa perpecahan umat, gejala sosial hatta bencana alam pun. Nabi mengajarkan,

“Tidaklah seseorang ditimpa suatu musibah, lalu dia mengingat musibah tersebut, sekalipun telah lama masa berlalu, lalu mengucapkan istirja’ (innalillahi ilaihi rojiun), melainkan Allah memberinya pahala seperti pahalanya pada hari dia ditimpa musibah tersebut.” (Hadith rekod Imam Ahmad & Ibnu Majah)

Selepas kewafatan Nabi, umat Islam tidak pernah sepi dari musibah dan fitnah. Baik berupa musibah umum seperti kemarau yang melanda negara umat Islam, dijajah dan ditakluk dan termasuk juga kegawatan ekonomi. Namun antara yang paling besar dan benar-benar menguji ialah musibah perpecahan sesama umat Islam. Sejarah merakamkan tidak sedikit darah umat Islam yang tumpah akibat sengketa sesama sendiri.

Mengungkit 13 Mei dan Peristiwa Memali

Dua peristiwa ini merupakan antara musibah besar yang melanda rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam di negara ini. Sejarah merakamkan ia memakan korban yang banyak, baik dipihak pemerintah begitu juga pihak bertentangan. Dua-dua pihak memakan korban warga negara Malaysia dan Islam. Ianya sudah berlalu puluhan tahun. Namun parutnya masih ada.

Kita ketepikan seketika isu siapa salah siapa benar. Yang lebih penting ialah mengambil pengajaran dan teladan, bukan mengungkit-ungkit hal yang telah lalu. Tindakan membangkitkan semula kisah 13 Mei dan PAS menganjurkan hari memperingati peristiwa Memali merupakan langkah mundur ke belakang dari arah perpaduan dan citra Satu Malaysia. Bahkan lebih dari itu, sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Musibah atau tragedi yang paling besar melanda umat Islam ialah wafatnya Rasulullah. Wafatnya Nabi membawa petanda terputusnya wahyu yang menjadi cahaya dan petunjuk  dari langit. Sebesar-besar musibah atau tragedi yang menimpa umat Islam ialah wafatnya Nabi umat akhir zaman. Ini disebutkan oleh Syaikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam bukunya yang diterjemahkan Musibah Terbesar Umat Islam. Namun begitu para sahabat tidak pernah menangisi hari atau tarikh ulangtahun kewafatan beliau. Jauh sekali dari mengadakan majlis doa selamat, tahlil atau kenduri arwah untuk beliau. Sedangkan beliau ialah semulia-mulia manusia yang paling dikasihi oleh Allah.

Begitu juga dengan peristiwa terbunuhnya khalifah Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhai mereka semua). Walaupun mereka semua pemimpin yang sangat disayangi oleh umat Islam, dibunuh dengan kejam, namun tidak pernah umat Islam meratapi pemergian mereka dengan peristiwa ulangtahun atau acara ritual yang lain.

Kematian Umar al-Khattab dan Cucu Nabi Hussein (semoga Allah meredha mereka berdua)

Ironinya, yang diraikan pada hari kematian Umar ialah pembunuhnya Abu Lu’luah seorang lelaki Majusi (penyembah api). Abu Lu’luah diberi jolongan Baba Syuha’uudin yang bermaksud Bapa Pemberani oleh golongan Syiah. Bahkan sehingga hari ini setiap tahun diadakan keraian di kubur Abu Lu’luah pada hari yang didakwan tarikh kematian Umar.

Begitu juga tragedi terbunuhnya cucu kesayangan nabi, pemuka pemuda syurga Hussein bin Ali (semoga Alla meredhai mereka berdua). Setiap tahun golonya Syiah akan menyambut perayaan hari terbunuhnya Hussein ataupun lebih dikenali sebagai hari ‘Asyura. Menurut Dr Muhammad al-Aqil, hari ‘Asyura dianggap ritual terbesar bagi kelompok Syiah Rafidah dari dahulu sehingga sekarang. Mereka keluar ke jalan-jalan raya memukul diri sendiri dengan pedang dan benda yang tajam, hingga darah mengalir dari wajah mereka – Wal ‘Iyaadzu Billah. Tambah beliau lagi, perbuatan mereka ini menggambarkan kondisi orang-orang Jahiliyah terdahulu yang menempeleng pipi, merobek baju dan memanggil-manggil dengan panggiln Jahiliyah. (Fitnah Akhir Zaman, Pustaka Imam Asy-Syafi’i).

Berkaitan hal ini Nabi pernah berpesan,

“Tidak termasuk golongan kami orang yang menempeleng pipi, mengoyak baju dan memanggil-manggil dengan ratapan jahiliyah.” (Hadith rekod Bukhari & Muslim)

Para ulama’ menjelaskan perbuatan yang dikategorikan sebagai merapat termasuk mengadakan majlis-majlis memperingati hari kematian. Baik berupa sempena 40 hari, 100 hari kematian atau ulangtahun kematian. Ia termasuk hal-hal baru yang diada-adakan dalam urusan agama, dan diancam oleh Nabi kesesatan yang boleh membawa ke neraka.

Menangguk Di Air Yang Keruh

Tindakan pihak pembangkang mengungkit-ungkit kisah lama ibarat menangguk di air yang keruh.

Sebahagian orang yang mengaku beragama Islam mengambil kesempatan dari musibah yang telah menimpa umat Islam. Mereka berusaha menghidupkan kembali fitnah-fitnah masa lalu. Dengan bermacam cara dusta dan keji mereka membuat propaganda dalam masyarakat, demi menarik simpati. Hal ini dinyatakan oleh Dr Muhammad al’Aqil dalam bukunya yang diterjemahkan dengan judul Fitnah Akhir Zaman. Beliau menuliskan satu bab khusus ‘Menghidupkan Masa Lalu dengan Mengumpulkan Massa, dan Menjadikan Itu Sebagai Tradisi dan Perayaan’.

Sambung beliau lagi, mereka mengangkat salah satu pihak yang bertikai, dan menjatuhkan pihak lainnya. Mereka menganggap bahawa perbuatan yang berbahaya ini dapat menyatukan masyarakat dan menolong orang teraniaya. Padahal sebenarnya apa yang mereka lakukan justeru memecah-belahkan umat, menghidupkan kembali dan memperbesar fitnah masa lalu, serta mengobarkan kemarahan di hati orang-orang awam terhadap orang-orang terdahulu.

Kesimpulannya, Islam mengajurkan umatnya untuk bersabar dan redha dengan musibah dan fitnah yang melanda. Sikap mengungkit-ungkit dan membangkitkan pertikaian yang telah berlalu nyata bukan sikap yang benar umat Islam. Ia merupakan sikap musuh-musuh Islam yang mahu dan suka melihat umat Islam dan umat manusia bertikai dan berpecah-belah.

Mohd Riduan b Khairi

Label: , , , ,

2 Respons to “Fitnah Akhir Zaman : 13 Mei & Memali”

  1. Ben Othman Says:

    As Salamu Alaikum,

    Saya setuju dengan saranan saudara.Mengingati peristiwa peristiwa gembira dan sedih mempunyai ‘flip’ side’ umpama duit syling yang ada dua muka.Kemenangan di satu pihak adalah kekalahan bagi satu pihak yang lain.Sambutan kemenangan bererti juga menyambut kekalahan lawan.

    Begitulah jugalah bagi pihak yang memperingati peristiwa sedih yang telah menimpa mereka.Kaum Yahudi memperingati holocaust setiap tahun dengan agenda supaya mereka diberi peluang meraih kemenangan pula.Begitu juga dengan memperingati 13 Mei 1969, dan Memali masing masing ada agenda masing masing.Pendek kata, tindakan memperingati peristiwa peritiwa yang telah berlalu mengandungi lebih banyak unsur negatif dari positif.

    Sekian Terima Kasih

  2. Riduan Khairi Says:

    Terima kasih atas respon.

    Kita doakan orang-orang Islam yang terkorban dalam peristiwa itu (dari kadua-dua pihak) ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: