Puak Khawarij Ada Hingga Akhir Zaman

Dalam sebuah forum baru-baru seorang ahli akademi bertaraf doktor dalam bidang falsafah dan pengajian Islam mendakwa bahawa,

golongan Khawarij sudah tidak ada lagi. Golongan Khawarij berakhir pada zaman khalifah Ali bin Abi Talib.

Saya bawakan beberapa hadis yang menjelaskan bahawa fahaman Khawarij ini akab tetap wujud sehingga akhir zaman.

1.  Ali bin Abi Talib melaporkan dari Nabi,

Akanada pada akhir zaman suatu kaum, berusia muda, tidak memiliki ilmu. Mereka berkata dari perkataan sebaik-baik manusia (Nabi); iman mereka tidak sampai pada kerongkongan mereka, mereka keluar dari agama seperti anak panah yang keluar dari busurnya. Di mana sahaja kamu menjumpainya maka bunuhlah mereka kerana membunuh mereka mendapat pahala pada hari kiamat. (Bukhari & Muslim)

2. Sahabat Abu Hurairah bercerita,

Nabi membahagi harta, lalu beliau memberi kepada sisi kanan dan sisi kiri, manakala beliau tidak memberi kepada orang belakang sedikitpun. Maka orang dibelakang pun berdiri dan berkata, “Wahai Muhammad! Engkau tidak adil dalam membahagi” Orangnya hitam, rambutnya terpangkas dan diatas dua bajunya berwarna putih. Nabi sangat marah dan berkata,

Demi Allah, mereka tidak akan menemui seseorang sesudahku orang yang lebih adil dariku”. Kemudian beliau berkata lagi,

Akn muncul pada akhir zaman satu kaum seakan-akan orang ini termasuk dari mereka. Mereka membaca Al-Qur’an, tidak melebihi kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Islam seperti anak panah keluar dari busurnya. Tanda mereka adalah botak, mereka senantiasa muncul sampai akhir zaman bersama munculnya Al-Masih Ad-Dajal. Jika kamu bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka kerana mereka adalah seburuk-buruk makhluk dan perangai.” (An-Nasa’i)

Label: , , ,

19 Respons to “Puak Khawarij Ada Hingga Akhir Zaman”

  1. Ben Othman Says:

    Orang berfahaman khwarij masih segar bugar dan kaya raya di Oman.

  2. Mohd Zuhdi bin Marzuki Says:

    Saya yang bertanggungjawab di atas kenyataan saya diakhir forum itu dalam mengulas apa yang berlaku. Cuma, saudara tidak berhati-hati dalam memahami maksud kesimpulan saya. Saya menyebut dalam mentakrifkan sesuatu hukum dan istilah dalam Islam berdasarkan Usul al-Fiqh mesti bersifat jami` dan mani`. Oleh sebab itu, bila ditakrifkan pemerintah Islam maka seharusnya merangkumi perkara yang berkait dengannya iaitu negara Islam. Demikian juga dalam mentakrifkan Ahl al-Dhimmah, hukum ini tidak wujud sekiranya tiada sesebuah pemerintahan Islam. Demikianlah juga tentang Khawarij, tidak timbul khawarij sekiranya tiada pemerintahan seperti Sayyidina Ali ra. Ayat terakhir itu saudara keliru atau sememangnya tidak mahu memahaminya. Maksud saya hukum tentang golongan Khawarij ini tidak timbul jika pemerintahan yang ditentangnya bukan sebuah pemerintahan Islam seperti Sayyidina Ali. Hukum tentang bughah tidak dikaitkan kalau pemerintah yang ditentang itu pemerintahan sekular. Demikianlah memahami sesuatu istilah menurut Jami` dan Mani`. (Harap saudara masukkan penjelasan saya ini dalam komen terhadap ulasan saudara).

  3. Riduan Khairi Says:

    Pendapat peribadi tuan doktor tentang mensyaratkan pemimpin seperti Saidina Ali radiallahuanhu tidak berasas sama sekali. Ia bersalahan dengan perkataan ulama salaf. Para ulama selepas zaman khulafa ar-rasyidin tetap memasukkan bab Khawarij dalam kitab-kitab mereka walaupun pemerintah ketika itu tidak seperti pemerintahan Ali bin Abi Talib. Ini satu pentafsiran yang rancu. Insya Allah, dalam kesempatan yang lain saya akan bawakan perkataan ulama tentang Khawarij yang akn terus wujud sehingga akhir zaman.

    Kedua, hadis nabi secara zahir menunjukkan dajjal akan keluar dari kalangan khawarij pada akhir zaman.

  4. Mohd Zuhdi bin Marzuki Says:

    1. Saya berpandangan dalam konteks perbincangan kita tentang menegur pemimpin. Terdapat pihak yang menuduh mereka yang menentang pemimpin yang ada sekarang sebagai golongan khawarij. Maka di sini saya timbulkan bagaimana pihak itu boleh menuduh mereka sebagai golongan khawarij sedangkan pemerintah sekarang tidak seperti Sayyidina Ali. Dengan pengertian lain, bagaimana kita boleh menuduh golongan penentang itu sebagai khawarij sedangkan pemerintah sekarang tidak ditegakkan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Saya menggunakan simbolik Sayyidina Ali kerana zaman beliaulah lahirnya golongan Khawarij ini.

    2. Persoalan firqah khawarij masih wujud di zaman ini, itu adalah di luar konteks perbincangan tentang topik forum. Mazhab rasmi Oman adalah Ibadiyyah yang disebut bersumberkan Khawarij. Tetapi bukan golongan ini yang kita bicarakan dalam konteks forum, tetapi golongan yang mahu mengambil-alih kuasa dari pemerintah sekular di Malaysia sekarang. Mereka dituduh Khawarij kerana mahu mencabut kuasa pemerintah yang ada sekarang. Di sinilah saya menimbulkan persoalan, bolehkah dihukum Khawarij golongan ini sedangkan pemerintahan negara bukan sebuah pemerintahan Islam yang sah dari segi syara`.

    3.Meskipun selepas Sayyidina Ali terdapat pemerintah Islam yang melakukan maksiyat tetapi pemerintahan mereka adalah sah dari segi syara` kerana meletakkan hukum yang tertingginya al-Quran dan al-Sunnah. Mereka dilantik melalui Ahl al-Hall wa al-`Aqd serta tidak memisahkan kenegaraan daripada ketawhidan Allah. Adakah pemerintah hari ini meletakkan hukum tertingginya al-Quran dan al-Sunnah, berpaksikan sistem syura Islam dan tidak berlaku sekularisasi dalam pentadbiran. Sebab itu asas kesimpulan saya itu adalah tentang takrifan hukum Islam yang mesti jami` dan mani`. Kita tidak boleh menyebut MCA Ahl al-Dhimmah, sedangkan hukum Ahl al-Dhimmah itu wujud bila adanya sesebuah pemerintahan Islam. Demikianlah untuk menghukum sesuatu golongan itu Khawarij atau bughah, mestilah ditentukan adakah pemerintahan hari ini sah dari segi syara` atau simboliknya seperti pemerintahan Sayyidina Ali.

    4.

  5. Riduan Khairi Says:

    Tuan doktor yang saya hormati,

    Polemik negara Islam panjang. Jika ada kesempatan saya akan masukkan entri berkaitan perkataan ulama salaf tentang negara Islam. Ruangan komen sangat terbatas.

    Malaysia dihuni oleh majoriti orang Islam dan pemimpin dan penguasanya majoriti Islam.

    Mengkafirkan negara Malaysia membawa indikasi yang besar.

    Mengkafirkan negara (atau tidak mengiktiraf negara Islam) dibimbangi membawa mengkafirkan individu dan pemimpin dalam negara itu. Nauzubillah, kita berlindung dari gejala takfir yang menjadi satu ciri Khawarij.

    Tuan doktor dan pihak yang sefahaman dengan tuan perlu cermat dan hati-hati. Kita bimbang gejala ini akan menghalalkan pemberontakan dan menghalalkan darah sesama kaum Muslimin. Semoga Allah lindung kita dari musibah ini.

  6. Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman Says:

    Salah satu upaya untuk menolak hadits adalah dengan menimbulkan isu “apakah hadith membawa keyakinan yang pasti”. Maka dari sisi inilah kaum mutazilah menolak hadith.

    Kita khuwatir akan muncul lagi satu kelompok yang mahu menolak hadith dengan isu jami’ wa mani’.

    Janganlah kecondongan kita pada sesuatu menyebabkan kita berlaku zalim dan lalai kepada agama Allah.

    RANCU PERTAMA

    Logik Silogisme begini: Tidak akan ada Khawarij jika Tidak Ada Negara Seperti Pemerintahan Ali ra.

    saya tidak menemukan sebuah dalil yang mendokong kenyataan ini, melainkan hanyalah sebuah fatamorgana yang dicipta.

    Malah saya juga tidak mengetahui dari mana pemahaman ini diambil, apakah dari Ali sendiri atau dari sahabat yang lain? Malah kita juga mahu bertanya, selain dari tuan doktor yang dihormati, siapakah para ilmuan ahlus sunnah yang berkata sedemikian?

    Coba lihat bagaimana seorang Ahlil Hadith abad ini berkata:

    Muhadditsul ‘Ashr Al-Imam Al-Albani menjelaskan tentang hadits:

    “Kami telah berbai’at kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk selalu mendengar dan taat kepada pemimpin.”

    … setelah membantah kaum Khawarij, beliau berkata:

    “Dan yang dimaksud adalah bahwasanya mereka (kaum Khawarij) telah menghidupkan sunnah (memberikan contoh dalam agama ini) dengan contoh yang jelek dan menjadikan sikap menentang (keluar dari ketaatan) terhadap pemerintah kaum muslimin sebagai prinsip beragama sepanjang zaman. Telah datang peringatan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang kejelekan mereka dalam hadits-haditsnya yang banyak, di antaranya adalah sabda beliau shallallahu ‘alaihi wasallam:

    “Kaum Khawarij adalah anjing-anjing neraka.”

    Mereka (kaum Khawarij) tidak melihat pada diri pemimpin kaum muslimin kekufuran yang nyata, akan tetapi mereka hanya melihat yang lebih ringan dari itu berupa perbuatan zhalim, fujur, dan kefasikan.

    Dan pada masa kini -sejarah akan kembali terulang sebagaimana yang dikatakan-, telah tumbuh di kalangan sebagian pemuda muslim yang belum memahami agama ini kecuali hanya sedikit saja tentang pemahaman bahwasanya pemerintah tidak berhukum dengan hukum yang telah diturunkan oleh Allah kecuali hanya sedikit saja. Kemudian mereka memandang perlunya keluar dari ketaatan terhadap pemerintah tanpa bermusyawarah (meminta bimbingan) terlebih dahulu dengan ahlul ‘ilmi wal fiqhi wal hikmah di antara mereka, bahkan mereka penuhi kepala-kepala mereka dengan fitnah yang membutakan mata hati, mereka tumpahkan darah di negeri Mesir, Syria, dan Aljazair, yang sebelum itu mereka juga kobarkan fitnah di Al-Haram Al-Makki. Sehingga dengan perbuatan yang mereka lakukan ini, mereka telah menyelisihi hadits shahih yang telah diamalkan oleh kaum muslimin sejak zaman dahulu hingga sekarang kecuali kaum Khawarij.” [Lihat As-Silsilah Ash-Shaihah (VII/bagian ke-2, hal. 1240-1243)]

    Tuan pembaca, sila perhatikan keselarasan ucapan Imam Albani dengan Imam-imam Ahlus Sunnah yang lain:

    Al Imam Al Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Kelompok Al Qa’d adalah salah satu kelompok Al Khawarij yang mereka dahulu tidak pernah terlihat melakukan pemberontakan dengan senjata. Namun mereka selalu berupaya menentang para penguasa yang zhalim atau penguasa yang kejam semaksimal kemampuan mereka, dan mengajak (umat) kepada paham mereka. Bersama dengan itu mereka selalu mempropagandakan penentangan.” (Tahdzibut Tahdzib, VIII/14).

    Padahal paham Al Qa’adiyyah ini wujud setelah berlalunya zaman Sahabat. Ini bermakna bahawa Khawarij itu muncul bukan kerna Pemerintahan Standart dengan Piawai Khalifah Ali, tetapi Khawarij itu diukur apabila ia menentang pemerintahan kaum muslimin, tidak mengira apakah baik atau buruk pemerintahan tersebut.

    Begitu juga dengan Imam Abu Dawud. Telah diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud dalam kitab beliau yang berjudul Masa’il Al-Imam Ahmad rohimahullohu dari seorang ulama besar yang bernama Abdullah bin Muhammad Adh-Dha’if bahwa dia berkata: “Kelompok Qa’adul Khawarij adalah kelompok Khawarij yang paling jahat.”

    Lantas sila lah semak apa yang dikatakan oleh Al Imam sy-Syahrastani (wafat 548H) sendiri dalam kitabnya Al-Milal Wan Nihal: “Setiap orang yang memberontak kepada imam (penguasa) yang sah dan telah disepakati kaum Muslimin maka dia disebut sebagai Khawarij. Sama saja apakah dia memberontak pada masa Sahabat kepada Al Immah (Al Khulafa) Ar Rasyidin, atau setelah masa tabi’in maupun (pemberontakan) terhadap para imam (penguasa) di setiap zaman.”

    Ucapan ini berupa sebuah tinta emas yang mennjelaskan duduk permasalahan ini. Bahawa beliau berkata Khawarij itu muncul kerna sikap menentang penguasa, tidak kira zaman dan tidak kira bentu pemerintahan itu.

    Begitu juga dengan Al Imam Al Barbahary (wafat 329 H) dalam Syarhus Sunnah: “Barangsiapa yang memberontak kepada salah satu penguasa dari para penguasa kaum Muslimin maka dia adalah Khawarij dan berarti dia telah memecah belah kesatuan kaum Muslimin serta menentang sunnah. Matinya pun dalam keadaan mati jahiliyyah.”

    Kesimpulan: Pemikiran dan pendapat bahawa Khawarij hanya muncul jika wujud pemerintahan seperti Pemerintahan Ali, adalah sebuah bid’ah pemikiran.

    RANCU KEDUA

    Bahawa telah diketahui oleh para aimmah Ahlus Sunnah bahawa setiap masa berlalu itu akan terhilang satu hukum dari tatakrama masyarakat. Ini diimani atas dari wahyu:

    “Tali-tali Islam pasti akan putus satu tali demi satu tali. Maka setiapkali putus satu tali (lalu) manusia bergantung dengan tali yang berikutnya. Dan tali Islam yang pertama kali putus adalah hukum(nya), sedang yang terakhir (putus) adalah shalat.” (Hadits riwayat Ahmad dari Abi Umamah)

    Oleh kerana ahlus sunnah memahami hadith tanpa ta’wil dan qias, maka mereka semua mengerti bahawa setiap zaman berlalu, maka semakin jauh manusia dari manhaj nubuwwah. Maknanya juga semakin jauh HUKUM NEGARA itu memenuhi HUKUM ALLAH.

    Malah dikhabarkan oleh Rasulullah bahawa setelah berlalu zaman Sahabat, sunnah banyak yang ditelantarkan, sehinggakan apabila ada sahaja seorang muslim melakukan 1 sunnah maka pahalanya sapa seperti 50 sahabat.

    “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, kesabaran di hari itu seperti menggenggam bara api, bagi yang beramal (dengan Sunnah Nabi) pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh.” Seseorang bertanya: “Lima puluh dari mereka wahai Rasulullah?” Rasululullah menjawab: “Pahala lima puluh dari kalian.” [Sahih, HR Abu Dawud dan At Tirmidzi]

    Oleh yang demikian, seluruh pala Ulama Sunnah memahami bahawa hari di akhir zaman adalah lebih buruk dari hari di saat sahabat hidup, kerna zaman itu diberkahi.

    Daripada Ali Bin Abi Thalib ra ;”Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab Bin Umair ra dan tiada di atas badannya kecuali hanya selendang yang bertampung dengan kulit. Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi SAW bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. [Riwayat Tarmizi]

    Malah Imam Bukhari dan Imam Muslim menukilkan hadith tentang hilangnya amanah dalam masyarakat, sehinggakan mereka berlaku curang dalam jual-beli. Lantas, kalau begitu bermakna mereka juga telah tidak melaksanakan “amanah” dalam sistem pemerintahan.

    Daripada Huzaifah bin Al-Yaman ra katanya :”Rasulullah SAW pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah SAW memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah SAW menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu baginda bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gilingkan dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Di ketika Rasulullah SAW menceritakan hadis ini baginda mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kaki baginda.

    “Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekalipun hanya seberat timbangan biji sawi”.

    “Maka sesungguhnya telah sampai masanya, saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermuhaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksud agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau dia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan/pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya). Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”.

    Malah ada banyak hadith yang menerangkan tentang keadaan akhir zaman. Seperti Hadith Ibn Majah.

    Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda :”Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

    Begitu juga isyarat yang Allah berikan lewat lisan baginda, bahawa akhir zaman akan wujud pemimpin yang zalim dan tidak amanah dalam mengurusi negara:

    Daripada Umar ra berkata : ‘pada masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali di kutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaiman dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata : “Hai Rasulullah ! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi SAW menjawab ,”Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”. [H R Imam Baihaqi]

    Kesimpulannya: bahawa ulama ahlus sunnah memahami sistem islam semakin tercabut satu persatu, yang pertama adalah hukum dan yang terakhir adalah Solat.

    Justeru mengapa mereka tetap mengatakan bahawa KHAWARIJ itu akan tetap ada sepanjang zaman?

    Jawabannya adalah KHAWARIJ itu salah satu keimanan mereka adalah menentang penguasa yang “zalim”.

    RANCU KETIGA

    Sekiranya kita menetapkan bahawa Negara Islam adalah negara yang melaksanakan segala hukum Islam, maka kita terlalu mengigau.

    Kita telah dikhabarkan oleh Rasul bahawa Hukum akan tercabut pertama sekali dan yang terakhir adalah solat. Lantas apakah kita tidak beriman kepada sabda tersebut?

    Kalau kita tidak mahu mengimani hadith tersebut, cukuplah kita beriman dengan sejarah. Tetapi nyata bila kita mengingkari hadith, kita bisa jatuh pada 2 sisi iaitu sesat atau murtad.

    Lihat sahaja bagaimana kerajaan-kerajaan sesudah Khulafa ar rasyidin menjalankan hukum negara. Bagaimana Kerajaan Abbasiyah menetapkan hukum Mu’tazilah dalam perundangan negara. Lihat pula bagaimana Turki Uthmaniyah sejak kurun ke 19 telah memasukkan undang-undang sekular dalam hukum negara.

    Lantas ulama ahlus sunnah tetap sepakat bahawa negara itu masih negara Islam kerana mereka mempunyai dalil dari hadith dan perkataan ulama salaf.

    Imam Abu Hanifah mengatakan: “Negara islam ialah Negara yang berada dibawah kuasa pemerintahan orang islam. kekuatan dan pertahanannya di kuasai oleh orang Islam”

    Kemudian Imam Ahmad berkata: “Darul Islam adalah setiap negeri yang dibangun oleh kaum Muslim, seperti Bashrah, atau negeri yang ditaklukkan oleh kaum Muslim, seperti kota Yaman.” (Sa’di Abu Habib, Al-Qamuus al-Fiqhi)

    Lantas Syaikh Sa’di Abu Habib menjelaskan tentang Darul Islam dan dar al-harb sebagai berikut:

    Menurut pengikut mazhab Syafii, dar al-harb adalah negeri-negeri kaum kafir (bilad al-kuffar) yang tidak memiliki perjanjian damai dengan kaum Muslim. Adapun Darul Islam menurut pengikut mazhab Syafii adalah setiap negeri yang dibangun oleh kaum Muslim, seperti Baghdad dan Bashrah; atau penduduknya masuk Islam, seperti Madinah atau Yaman; atau negeri yang ditaklukkan dengan perang, semacam Khaibar, Mesir dan wilayah kota Irak; atau ditaklukkan secara damai; atau wilayah yang kita miliki dan orang kafir yang hidup di dalamnya membayar jizyah.”

    Kemudian Syaikh ‘Abd al-Wahhab Khalaf dituturkan, “Darul-Islam adalah negeri yang diberlakukan di dalamnya hukum-hukum Islam dan keamanan negeri itu dibawah keamanan kaum Muslim, sama saja, apakah penduduknya Muslim atau dzimmi. Adapun dâr al-harb adalah negeri yang tidak diberlakukan di dalamnya hukum-hukum Islam dan keamanan negeri itu tidak dijamin oleh kaum Muslim”. (As-Siyasah asy-Syar’iyyah)

    Perkataan mereka semua ini sama sejalan dengan perkataan Syeikul mIslam Ibn Taimiyyah.

    Syaikhul Islam berkata: “Suatu tempat dikatakan negara kafir, jika dihuni oleh orang-orang kafir. Lalu negara itu bisa berubah menjadi negara Islam, jika penduduknya masuk Islam, seperti Makkah dahulu yang awalnya adalah negara kafir.” (Majmu’ al Fatawa)

    Dari Anas bin Malik berkata: “Dahulu Rosulullah menyerang (musuh) ketika adzan dikumandangkan. Jika beliau mendengar adzan, maka beliau tidak jadi menyerang. Tapi jika tidak terdengar adzan, maka beliau akan melancarkan serangan.” (HR. Bukhori, Muslim)

    Makanya sebuah negara Islam itu cukup dibuktikan apabila syiar islam kelihatan secara UMUM, bukan secara mendetail. Malah bukanlah menjadi syarat HUDUD dan setiap hukum itu mutlak terlaksana, sehingga negara itu baru bisa disebut negara Islam. Ini dijelaskan lagi oleh para imam lainnya.

    Ibnu Hazm berkata: “Suatu negara itu dilihat dari kekuasaan, mayoritas (penduduknya), dan penguasa atau pemimpinnya.” (lihat Al Muhalla)

    Malah Al Hafidz Abu Bakar Al-Isma’ili berkata: “(Ahlu Sunnah) berpendapat, bahwa negara itu negara Islam bukan negara kafir sebagaimana yang dikatakan oleh Mu’tazilah, selama adzan untuk sholat masih dikumandangkan, dan penduduknya masih berkuasa dan terjamin keamanan.” (I’tiqod Ahli Sunnah)

    Ulama Hanafi

    As Sarakhsi berkata: “Sesungguhnya sebuah tempat dinisbatkan kepada kita (kaum muslimin), atau kepada mereka (kaum kafir) berdasarkan kekuatan dan kekuasaan. Semua tempat yang tersebar kesyirikan di dalamnya, dan kekuasaan di tangan kaum musyrikin, maka itu dinamakan negara kafir. Dan semua tempat yang tersebar di dalamnya syiar-syiar Islam, dan kekuatannya di tangan kaum muslimin, maka itu dinamakan negara Islam.” (lihat Syarhus Sa’ir)

    Al Jashshos berkata: “Sesungguhnya tolak ukur suatu negara itu berdasarkan kekuasaan dan tampaknya syiar-syiar agama di dalamnya. Buktinya adalah, apabila kita menaklukkan salah satu negara kafir dan kita menampakkan syiar-syiar kita, maka negara itu menjadi negara Islam.” (Al Aulamah)

    Ulama Maliki

    Ibnu Abdil Bar berkata: “Aku tidak menjumpai perselisihan tentang wajibnya adzan bagi penduduk negeri, karena hal itu adalah tanda yang membedakan negara Islam dan negara kafir.” (Al Istidzkar, Tamhid)

    Al Maaziri berkata: “Di dalam adzan itu ada dua makna: yang pertama menampakkan syiar Islam, yang kedua untuk menjelaskan bahwa ini adalah negara Islam.” (Adz Dzakhiroh)

    Ulama Syafi’i

    Ar Rosfi’i berkata: “Cukup sebuah negara dikatakan negara Islam, jika di bawah kekuasaan imam (kaum muslimin), meskipun tidak ada satupun muslim yang di sana. (At Taaj wa Iklil)

    Ulama Hambali

    Ibnu Muflih berkata: “Setiap negara yang mayoritasnya adalah syiar Islam, maka disebut negara Islam. Dan apabila syiar kafir yang mayoritas, maka disebut negara kafir.” (Al Adab Asy Syar’iyyah)

    Justeru kesimpulannya, apabila kita telah meneliti ta’rifan darr Islam dari para Aimmah kita, kita dapati bahawa negara yang kita duduk dan berdiam dalamnya merupakan negara Islam, dan para ulama telah menetapkan bahawa menjadi penentang kepada negara tersebut, bisa dikira sebagai KHAWARIJ.

  7. Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman Says:

    Kita tidak perlu jauh-jauh untuk menerobos kolong waktu, mengimbau zaman Abasiyah, dan kerajaan sesudahnya, yang ada satu period dalam pemerintahan dinasti-dinasti tersebut , telah membelakangkan hukum Islam.

    Kita pergi sebentar ke Turki Uthmaniyyah. Tidak perlu jauh-jauh, kerana para Hizbiyun suka meneriak “Kemerosotan dunia Islam adalah kerna kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah“.

    Sekularisme telah dilaksanakan jauh sebelum Mustafa Kamal hidup. Sultan Turki telah melakukan pembaharuan atau bisa diistilahkan sebagai pindaan undang-undang dengan mewujudkan Hatt- i-Sarif atau dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha. Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem cukai, sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan Islam.

    Pada 1866, tertubuh Kementerian Pelajaran Umum yang menyelia sekolah aliran sekular di Turki Uthmaniyyah. (Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103)

    Pada 1869, iaitu 3 tahun setelah sekolah sekular diwujudkan, maka Menteri Kehakiman telah menubuhkan Mahkamah Sivil disamping Mahkamah Syariah. (Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 103) Makhkamah ini telah membelakangkan hukum Islam dan menggunakan hukum Barat.

    Malah masyarakat Turki juga hanyut dalam keadaan syirik dan khurafat. Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa:

    “ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan.” (Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm.97)

    Ini adalah sekelumit dari sisi hitam sejarah Turki Uthmaniyyah, yang kaum hizbiyyun sangat menyanjung tinggi, malah beriman bahawa Turki Uthmaniyyah adalah Khalifah Al Uzma.

    Soalannya;

    [1] Mengapa negara ini masih dikatakan Daulah Islam walaupun telah melaksanakan sistem sekular sejak abad ke 19 oleh para ulama?

    [2] Mengapakah para ulama Islam yang berada dalam wilayah Turki tidak menggerakkan tanzim bagi menggulingkan Turki Uthmaniyyah yang terang-terang meninggalkan HUKUM ALLAH?

    [3] Mengapakah para ulama yang berdiam di dalam wilayah Turki Uthmaniyyah mengatakan bahawa “segala upaya untuk menjatuhkan Sultan oleh rakyat Turki” adalah tindakah pemberontak dan khawarij?

  8. Mohd Zuhdi bin Marzuki Says:

    Salam,

    1. Sebelum saya mengulas tentang Khawarij, maka saya mahu tumpukan dahulu tentang pentkarifan negara Islam. Saya dahulukan dengan pandangan para ulama kini yang pihak saudara agak selesa dengannya, sebelum saya bahaskan pula pandangan ulama silam. Semoga dilapangkan masa oleh Allah;

    a. Pandangan al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth wa al-Ifta’ yang diketuai oleh Sheikh `Abd Aziz Bin Baz:

    Mana-mana negara yang pemerintah mempunyai kekuatan menegakkan hukum Hudud Allah, berhukum rakyatnya dengan Shari’ah Islam dan berkemampuan rakyatnya untuk menegakkan kewajipan Shari`at dalam negara itu, maka negara itu adalah negara Islam.

    b. Sheikh Salleh Fauzan:

    Tidak syak lagi padanya Ulama Dakwah mengambil iktibar hukum bahawa sekiranya telah tertegak hukum Shari’ah maka negara itu negara Islam, sekiranya berhukum dengan bukan hukum Shari’ah maka negara itu bukan negara Islam walaupun terdapat masyarakat Islam dalamnya.

    c. Sheikh `Abd al-Rahman al-Sa`adi:

    Negara Islam ialah negara yang diperintah oleh orang Islam, hukum-hukum Islam berjalan dalamnya dan pengaruh orang Islam yang kuat walaupun majoriti dalamnya orang bukan Islam.

    2. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas jelas sekali ulama mutakhir termasuk mereka yang tidak saya sebutkan seperti Abd al-Karim Zaydan, Wahbah al-Zuhayli dan lain-lain, menyatakan dengan terang bahawa negara Islam itu adalah negara yang menjalankan hukum-hukum Shari’ah yang termasuk dalamnya hukum hudud dan Qisas. Pandangan mereka ini hampir sama dengan pandangan beberapa ulama zaman pertengahan Islam seperti Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim.

    a. Ibn Taymiyah pernah ditanya tentang kedudukan undang-undang Yasa yang diperkenalkan oleh Tartar, iaitu yang mencampur-adukkan undang-undang Islam dengan undang-undang Yahudi dan lainnya. Beliau menentangnya habis-habisan walaupun ada padanya elemen undang-undang Islam.

    b. Ketika Ibn Taymiyah ditanya tentang Negara Maridin, Ibn Taymiyah menjelaskan dengan jelas takrif negara Islam iaitu:

    دار السلم التي تجري عليها أحكام الإسلام

    Negara Islam negara yang berjalan atasnya hukum-hukum Islam.

    c. Ibn Qayyim menjelaskan tentang takrif negara Islam:

    أنه إذا كان الحاكم يحكم بالإسلام فدولته اسلامية وإذا كان يحكم بغير الاسلام فدولته كافرة

    Nagara Islam ialah apabila hakim (pemerintah) memutuskan sesuatu hukum dengan Islam, maka negara itu negara Islam. Dan apabila berhukum dengan memutuskan hukum bukan Islam maka negara itu negara kafir.

    c. Abu Yu’la al-Hanbali penulis al-Ahkam al-Sultaniyyah menyebut tentang negara Islam:

    وكل دار كانت الغلبة فيها لأحكام الإسلام دون أحكام الكفر فهي دار إسلام

    Dan setiap negara yang hukum Islamnya mengatasi hukum kafir maka negara itu adalah negara Islam.

    d. Ibn Muflih al-Hanbali menyebut:

    فكل دار غلب عليها أحكام المسلمين فدار الإسلام، وإن غلب عليها أحكام الكفار فدار الكفر

    Maka setiap negara yang mendominasikan atasnya hukum-hukum kaum Muslimin maka ia adalah negara Islam, dan sekiranya mendominasinya hukum-hukum kuffar maka ia adalah negara kafir.

    Jika dibandingkan petikan Ibn Muflih oleh saudara seperti di atas, maka membawa konotasi yang berbeza dengan menggunakan perkataan “syi`ar.

    Petikan saudara: Ibnu Muflih berkata: “Setiap negara yang mayoritasnya adalah syiar Islam, maka disebut negara Islam. Dan apabila syiar kafir yang mayoritas, maka disebut negara kafir.

    3. Takrifan Abu Yu’la dan Ibn Muflih ini boleh disesuaikan dengan kes Kerajaan Uthmaniyyah yang dikatakan ada masuk unsur Sekular sejak kurun ke-19. Kerajaan Uthmaniyyah itu masih dianggap negara Islam selama, kerana asalnya sebuah negara Islam kemudian dimasuki oleh unsur-unsur asing atau dijajah. Selama mana unsur-unsur asing itu atau pengaruh penjajah itu tidak mengatasi hukum-hukum Islam, maka masih dianggap sebagai negara Islam. Berbeza dengan Malaysia yang asalnya selepas merdeka diiktiraf sebagai negara Sekular.

  9. Mohd Zuhdi bin Marzuki Says:

    4. Di dalam kitab Bughyat al-Mustarshidin mazhab Shafi`e ada menukilkan tentang takrif negara Islam:

    (مسئلة ى) كل محل قدر مسلم ساكن به على الامتناع من الحربيين فى زمن من الازمان يصير دار اسلام تجرى عليه احكام فى ذلك الزمان وما بعده وان انقطع امتناع المسلمين باستيلاء الكفار عليهم ومنعهم من دخوله واخراجهم منه وحينئذ فتسميته دار حرب صورة لا حكما

    Setiap tempat didiami masyarakat muslimin berkuasa mempertahankan dari ancaman golongan kafir harbi pada suatu masa dari beberapa masa maka jadilah tempat itu negara Islam yang boleh dilangsungkan hukum-hukum Islam pada zaman itu dan sesudahnya sekalipun pertahanan kaum muslimin terputus sebab orang-orang kafir telah menjajah umat Islam, menghalangi memasuki negara itu dan mengusir umat Islam darinya. Dalam keadaan ini jadilah tempat itu dinamakan dar al-harb secara gambaran dan bukan dar al-harb secara hukumnya.

    Takrifan yang diberikan oleh kitab ini sangat menarik sekali lagi menjelaskan tentang sesebuah wilayah yang asalnya Islam tetapi dimasuki unsur-unsur penjajahan dan sekular seperti Turki Uthmaniyyah tersebut. Selagi terlangsung hukum ALlah walaupun separuh tetaplah dianggap sebagai negara Islam sehingga menguasai sepenuhnya oleh kuasa penjajah. Negara itu tetap dinamakan negara Islam walaupun gambarannnya negara Harbi, sebagai dorongan supaya umat Islam membebaskannya.

    5. Seorang Ulama Mazhab Shafi`i bernama al-Rafi`i (mungkin beliau yang saudara maksudkan sebagai al-Rosfi`i) berkata:

    ثـُـمَّ رَأيْــتُ الـــرَّافِــعِــي وَغَـيْــرَهُ ذَكـَــرُوا نَــقـْـلاً عَــنِ الأصْــحَــابِ أنَّ دَارَ الإسْــلاَمِ ثـَـلاَثـَـةُ أقـْـسَــامٍ : قِــسْــمٌ يـَـسْــكُــنُــهُ الـمُـسْـلِـمُــونَ ، وَقِـسْــمٌ فـَـتـَـحُــوهُ وَأقـَـرُّوا أهْــلَــهُ عَــلَــيْــهِ بِــجـِـزْيـَــةٍ مَـلـَـكُــوهُ أوْ لاَ ، وَقِــسْــمٌ كـَـانُــوا يَــسْــكُــنُــونَــهُ ثـُـمَّ غَــلَــبَ عَــلَــيْــهِ الــكُــفـَّـارُ . قـَـالَ الــرَّافِــعِــيُّ : وَعـَــدُّهُــمُ الــقِــسْــمَ الـثـَّـانِـي يُــبَــيِّــنُ أنـَّـهُ يَــكْــفِـي فِــي كَــوْنـِـهـَـا دَارَ الإسْــلاَمِ كـَـوْنُـــهَــا تـَـحْــتَ إسْــتِـــيْــلاءِ ألإمَــامِ وَإنْ لَــمْ يَــكـُـنْ فِــيــهَــا مُــسْــلِــمٌ . قـَـالَ : وَأمـَّـا عَــدُّهـُـمُ
    الــثـَّـالِــثَ فَــقـَـدْ يُــوْجَــدُ فِـي كـَـلاَمِــهِــمْ مَــا يُــشْــعِــرُ بِــأنَّ الإسْــتِـــيْــلاءَ الــقـَـدِيـْـمَــةَ يَــكْــفِـي لاسْــتِــمْــرَارِ الــحُــكْــمِ

    Ringkasnya al-Rafi`i menyatakan bahawa negara Islam adalah negara yang diperintah oleh seorang Islam walaupun rakyat tiada seorangpun Islam. Kemudian dihujungnya al-Rafi`i menyebut sesebuah negara Islam yang dijajah oleh Kafir Harbi, masih dianggap negara Islam cukuplah selagi berjalan hukum-hukum Islam.

    Takrifan al-Rafi`i ini adalah sesuai dengan konteks dia mengemukakan pandangan itu, iaitu seseorang pemerintah Islam pada masa itu tidak mungkin mendaulatkan hukum tertingginya selain daripada hukum ALlah yang bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun ada pemerintah Islam yang `Asi dan Fasiq, hukum tertinggi (sovereignty) tetap hukum Allah. Dalam ilmu politik (Siyasah) perkara kedaulatan (kuasa tertinggi) ini adalah penting sama ada negara itu Aristokrasi, Timokrasi, Demokrasi atau lain-lainnya. Hari ini terdapat pemerintah Muslim, tetapi kuasa tertingginya bukan Allah. Takrifan al-Rafi`i ini sesuai pada zamannya. Bagaimanapun beliau tetap menegaskan kepentingan hukum Islam sehingga kalau pemerintah Islam disingkir sekalipun selagi hukum Islam berjalan maka dapat juga dikatakannya sebagai negara Islam.

    Dalam meneliti Sirah Rasulullah saw, tiada seorangpun menyebut negara Habsyah itu sebagai negara Islam walaupun hakikatnya diperintah oleh Najasyi yang disahkan sebagai Islam oleh Rasulullah saw. Hijrah ke Habsyah adalah hijrah sementara berbanding hijrah ke Madinah. Jelas sekali sekadar pemerintah seorang Islam tidak mencukupi sebaliknya pemerintah yang mendaulatkan hukum tertingginya al-Qur’an dan al-Sunnah.

  10. Mohd Zuhdi bin Marzuki Says:

    6. Maka kita perlu memahami apabila para ulama Silam menyebut negara Islam diperintah oleh pemerintah Islam, ia bersesuaian dengan konteks mereka. Iaitu pemerintah Islam zaman kitab itu dikarang walaupun `Asi atau Fasiq mereka tetap mendaulatkan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai hukum tertinggi. Semasa kerajaan al-Ma’mun yang menganut Mu`tazilah, secara zahirnya al-Qur’an dan al-Sunnah tetap di daulatkan, walaupun berfahaman Mu`tazilah. Fahaman yang salah itu menyebabkan para Ulama bangun menentang al-Ma’mun, yang paling masyhurnya tentangan Imam Ahmad bin Hanbal. Mengapa Imam Ahmad melawan arus menyanggahi al-Ma’mun sedangkan dia Khalifah. Jawapannya kerana al-Ma’mun menganut ajaran salah. Kalau begitu mana lebih sesat antara Mu’tazliah dan Sekularisme? (Saya akan bicarakan tentang sekularisme jika dilapangkan oleh ALlah)

    7. Sekarang kita lihat pula dua lagi sifat-sifat negara Islam yang disebutkan oleh para ulama silam, yang ramai tersalah faham iaitu tentang pemerintah mendirikan solat dan berlaku keamanan dalamnya. Saudara memetik pandangan Abu Bakar al-Ismaili seperti berikut:

    Malah Al Hafidz Abu Bakar Al-Isma’ili berkata: “(Ahlu Sunnah) berpendapat, bahwa negara itu negara Islam bukan negara kafir sebagaimana yang dikatakan oleh Mu’tazilah, selama adzan untuk sholat masih dikumandangkan, dan penduduknya masih berkuasa dan terjamin keamanan.”

    Teks asalnya:

    وقال الإمام أبو بكرالإسماعيلي -رحمه الله-: (( ويرون (أي: أهل الحديث): الدار دار الإسلام، لا دار الكفر كما رأته المعتزلة، ما دام النداء بالصلاة، والإقامة ظاهرين، وأهلها ممكنين منها آمنين

    Persoalan pertama: Imam Abu bakar menyebut negara Islam bukanlah seperti negara Kafir seperti pandangan Mu’tazilah. Apakah konsep negara bagi Mu’tazilah. Yang paling utama, menurut Mu’tazilah negara atau kepimpinan adalah bukan dari urusan agama tetapi urusan keduniaan yang ditentukan oleh Allah dan Rasulullah saw. Pandangan ini merupakan sebahagian daripada pandangan golongan sekular hari ini. Malah golongan sekular dan liberal ini sekiranya diteliti boleh dianggap sebagai neo-mu’tazilah hari ini.

    Persoalan yang kedua: Apakah hubungkait antara solat dan pemerintah. Hubungan banyak disebut dalam hadith sehingga dikatakan tidak memerangi pemerintah selagi mendirikan solat. Dan dalam hadith yang dipetik oleh saudara di atas:

    “Tali-tali Islam pasti akan putus satu tali demi satu tali. Maka setiapkali putus satu tali (lalu) manusia bergantung dengan tali yang berikutnya. Dan tali Islam yang pertama kali putus adalah hukum(nya), sedang yang terakhir (putus) adalah shalat.” (Hadits riwayat Ahmad dari Abi Umamah)

    Kata Sheikh `Abd al-`Aziz bin Baz, hadith ini menjelaskan bahawa Islam akan ikatan Islam akan terungkai satu demi satu sehingga menjadi asing sepertimana hadith tentang Ghuraba’ yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Kemudian beliau menyebut tentang yang pertama terungkai hukum sebagai berikut:

    عدم الحكم بشرع الله وهذا هو الواقع اليوم في غالب الدول المنتسبة للإسلام. ومعلوم أن الواجب على الجميع هو الحكم بشريعة الله في كل شيء والحذر من الحكم بالقوانين والأعراف المخالفة للشرع المطهر

    Iaitu terhapusnya hukum-hukum syara` Allah sebagaimana keadaan hari ini yang kelihatan dominan di negara-negara yang dikaitkan dengan Islam. Dan dimaklumi secara menyeluruh bahawa berhukum dengan Shari’ah ALlah adalah wajib dan berwaspada dari hukum-hukum yang berlawanan dengan Shara’ yang murni.

    Kemudian dia tambaha lagi dengan satu penyataan yang sangat tegas:

    وقد أوضح العلماء رحمهم الله أن الواجب على حكام المسلمين أن يحكموا بشريعة الله في جميع شؤون المسلمين، وفي كل ما يتنازعون فيه، عملاً بهذه الآيات الكريمات، وبينوا أن الحاكم بغير ما أنزل الله إذا استحل ذلك كفر كفراً أكبر مخرجاً له من الملة الإسلامية، أما إذا لم يستحل ذلك وإنما حكم بغير ما أنزل الله لرشوة أو غرض آخر مع إيمانه بأن ذلك لا يجوز، وأن الواجب تحكيم شرع الله، فإنه بذلك يكون كافراً كفراً أصغر، وظالماً ظلماً أصغر، وفاسقاً فسقاً أصغر

    Dari pandangan Sheikh Bin Baz ini menunjukkan bahawa fenomena itu berlaku sekarang sebagaimana beliau menyebut tentang meninggalkan solat pula sebagai berikut:

    فمعناه كثرة التاركين لها والمتخلفين عنها. وهذا هو الواقع اليوم في كثير من البلدان الإسلامية.

    Maka ertinya telah ramai meninggalkan solat dan bertentangan dengannya. Dan ini adalah keadaan hari ini di kebanyakan negara-negara Islam. Jelas sekali beliau merujuk kepada suasana hari ini. Sememangnya hukuman pemerintah Islam sangat berkait rapat dengan meninggal solat, kerana salah satu hukum Shari’ah ialah mendera meeka yang meninggalkan solat dan mewujudkan muhtasib untuk memerintah orang ramaai menunaikan solat termasuk ke masjid. Maka yang dimaksudkan terungkainya hukum itu ialah hukum-hukum shari’ah mulai ditinggalkan.

    Perkara ini menjelaskan dengan lebih sempurna tentang ciri-ciri pemerintah Islam yang menjadi ketua negara Islam dan hubungkaitnya dengan solat. Perkara ini ditegaskan oleh ayat al-Qur’an dengan lebih panjang lebar tentang siapa pemerintah yang mendirikan solat itu seperti mana ayat 41 Surah al-Hajj. Pemerintah yang mendirikan solat itu terangkum dalamnya ciri-ciri yang lebih lanjut iaitu mengeluarkan zakat, menyuruh kepada ma`ruf, mencegah kemungkaran dan segala urusan pemerintahnya merujuk kepada ALlah. Adakah ciri-ciri pemerintah yang mendirikan solat itu terdapat pada pemerintah Malaysia hari ini. Terutama ciri yang terakhir mengembalikan segala urusan (pemerintahan) kepada ALlah. Pemerintah sekular jelas terkeluar daripada ciri-ciri yang digariskan oleh al-Qur’an ini.

    8. Kemudian takrifan negara Islam Imam Abu Bakar ini menyebut berlaku keamanan dalam negara tersebut. Adakah semasa pemerintahan Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali berlaku keamanan. Kalau begitu tidak dikatakan pemerintah mereka sebagai negara Islam. Jelas sekali takrifan aman itu bukan seperti yang saudara faham. Takrifannya begitu lengkap disebut oleh ALlah swt dalam ayat 55 surah al-Nur:

    وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

    Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

    Maksud keamanan yang disebut oleh al-Qur’an ialah apabila pemerintahan jatuh ke tangan mereka yang beriman lagi soleh yang memperkukuhkan kedudukan Islam dan hukum-hukumnya, lalu dengan pemimpin yang baik tersebut dan terlaksanakan hukum-hukum Islam, Allah memberikan keamanan. Dan ini dikuatkan lagi dengan ayat 3-4 surah Quraysh:

    فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَـٰذَا ٱلۡبَيۡتِ (٣) ٱلَّذِىٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٍ۬ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ (٤)

    Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, (3) Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. (4)

    Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa yang memberi keamanan ialah Tuhan yang menguasai kaabah ini (ALlah). ALlah memberi keamanan antaranya dengan menunjuki hukum-hukum Shari’ahnya yang akan mengamankan kehidupan manusia. Oleh yang demikian, maksud berlaku keamanan dalam takrifan dengan negara Islam oleh para ulama silam itu adalah perlaksanaan hukum-hukum Shari’ah.

  11. Mohd Zuhdi bin Marzuki Says:

    9. Hari ini umat Islam menghadapi fahaman salah bentuk baru yang menyerupai Mu’tazilah, Qadariyah, malah lebih sesat lagi seperti Deism, Agnosticism dan Secularism. Sheikh `Abd al-`Aziz bin Baz menyebut tentang Sekularism sebagai fahaman yang menentang Islam sebagaimana katanya:

    أي من نواقض الإسلام – من اعتقد أن الأنظمة القوانين التي يسنها الناس أفضل من شريعة الإسلام ، أو أن نظام الإسلام لا يصلح تطبيقه في القرن العشرين

    Siapa yang menentang Islam – iaitu sesiapa yang meyakini sesungguhnya hukum dan perundangan yang direka oleh manusia lebih baik dari Shari`at Islam atau meyakini sistem hidup tidak sesuai untuk kurun ke 20.

    Kemudian berkata pula Sheikh Salleh Fauzan:

    بيّن فضيلة الشيخ الدكتور صالح بن فوزان الفوزان – عضو هيئة كبار العلماء وعضو اللجنة الدائمة للإفتاء – أنّ العلمانيين ملاحدة شرّ من المنافقين معلّلاً ذلك بأنّهم لا يرون إدخال الدين في أمور الناس كالسياسة والمعاملات وغيرها، وإنما يرونه للعبادة في المساجد فحسب

    Sesungguhnya golongan sekular adalah mulhid (athies) lebih buruk dari munafiqin disebabkan mereka meninggalkan berpegang dengan agama daripada urusan kemanusian seperti politik, mu`amalat dan lain-lainnya. Mereka hanya melihat Islam hanya ibadah di masjid.

    Hari ini, kebanyakan mereka yang menentang sekularisme ini disebabkan fatwa-fatwa yang tegas dari ulama-ulama tersebut selain daripada ulama-ulama dunia Arab yang lain. Berpegang pada prinsip menolak sekular ini penting, tetapi tidak bermudah-mudah menghukum seseorang itu kafir disebabkan itu.

    10. Negara Malaysia sejak merdeka diisytiharkan sebuah negara sekular dan diakui oleh beberapa pimpinan UMNO pada 1950an, 1960an dan 1970an sebagai negara sekular. Almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri ketika menjelaskan maksud Islam sebagai agama rasmi menyebutnya sebagai ‘ceremonial religion’ atau agama upacara dan peruntukan itu tidak menafikan sifat negara Malaysia sebagai negara sekular. Terdapat banyak ucapan pemimpin-pemimpin UMNO yang berbau sekular dan berbangga dengan sekular.

    Pimpinan PAS yang berguru dengan Sheikh `Abd Aziz Bin Baz inilah termasuk Presiden PAS sendiri yang telah berusaha membersihkan fahaman-fahaman ini dalam masyarakat. Alhamdulillah, hari ini suara-suara seperti itu semakin berkurangan. Bila masyarakat mulai sedar tentang Islam yang syumul, barulah wujud suara-suara menolak sekular dalam UMNO. Apakah menentang fahaman sekular yang menjadi pegangan pemerintah itu dikatakan sebagai Khawarij? Adakah pemerintahan Sayyidina Ali pemerintah sekular, sepertimana dasar pemerintahan di Malaysia?

    (Persoalan Khawarij insyaALlah saya akan kupas di lain masa, semoga dilapangkan oleh ALlah).

  12. Mohd Zuhdi bin Marzuki Says:

    11. Berhubung dengan kenyataan saudara bahawa sekularisme telah lama dilaksanakan di Turki sebelum keruntuhannya pada tahun 1924, pada saya kenyataan itu agak ekstrim. Saya melihat saudara keliru atau cuba mengelirukan pembaca dengan menyatakan sekularisme telah terlaksana di Turki. Tulisankenalan baik saya ini, Dr Ridzuan Othman bukannya bermaksud sekularisme telah terlaksana sebagai hukum tertinggi negara, tetapi AMALAN sekularisme telah menyusup masuk dalam kerajaan Uthmaniyyah. Dalam tulisan itu Dr Ridzuan menyebut beberapa faktor yang membawa kelemahan sehingga meruntuhkan kerajaan itu, ialah pegangan kerajaan yang semakin longgar terhadap Islam antaranya mula mengimport amalan sekularisme dalam pendidikan dan mulai longgar dalam pelaksanaan shari`ah.

    Sekularisme tidak terlaksana sebagai hukum tertinggi pada ketika itu sepertimana sekularisme di Malaysia selepas kemerdekaan. Dalam pemerintahan Uthamaniyyah Turki ada dua pengasingan kuasa yang penting iaitu Wizarah (kementerian) yang melaksanakan tugas eksekutif dan Jabatan Mufti yang menjaga utusan legislatif. Penyusupan amalan sekular itu berlaku dalam Wizarah bukannya Jabatan Mufti. Jabatan Muftilah yang memastikan kedaulatan tertinggi adalah al-Quran dan al-Sunnah. Kerajaan Uthamaniyyah itu masih dikatakan kerajaan Islam disebabkan hukum tertingginya masih lagi al-Quran dan al-Sunnah, walaupun sudah ada penyusupan amalan-amalan luar. Telah dijelaskan sebelum tentang sesebuah pemerintahan yang asalnya negara Islam tetapi kemudiannya mulai terjajah dan pelaksanaan hukumnya mulai terhakis.

    12. Saudara menyebut mereka yang menentang Kerajaan Uthmaniyyah ketika itu disebut Khawarij. Saya melihat saudara perlu menjelaskan siapa yang menyatakan demikian, supaya kita boleh melihat apakah hujahnya menyatakan golongan penentang itu Khawarij. Dalam Fiqh Islam mereka yang keluar menentang pemerintahan Islam dengan bersenjata, mereka dikategorikan sebagai Bughah. Para ulama Islam telah membezakan golongan Bughah dan golongan Khawarij, walaupun kedua-duanya ada ciri yang bertindih dari segi keluar dengan kekuatan menentang pemerintah Islam. Memang ada tulisan-tulisan yang menyebut Wahhabi sebagai Khawarij kerana keluar bersenjata menentang kerajaan Uthmaniyyah. Jika itu yang saudara maksudkan, maka kemukakan tulisan manakah?, supaya dapat dibezakan antara Bughah dan Khawarij.

    (Persoalan Khawarij insyaALlah saya akan kupas di lain masa, semoga dilapangkan oleh ALlah).

  13. Mohd Riduan Khairi Says:

    Jazakallah kepada Tuan Mohd Radzi dan Tuan Dr Zuhdi,

    Panjang dan berjela-jela penghujahan kalian.

    Namun hadis nabi tetap hadis nabi. Ia terpakai dan valid sehingga hari kiamat. Nabi tegaskan golongan Khawarij wujud pada akhir zaman ini. Tidak ada kaedah, metod atau manhaj yang mampu menafikan hadis ini.

    Saya mengesan beberapa kekeliruan tuan doktor ketika berhujah.

    Satu darinya ialah definisis hukum Islam. Saya yakin, tuan doktor dan saya sepakat bahawa semua perintah dan larangan dalam kitab dan sunnah itu adalah hukum Islam. Termasuk di dalamnya perintah mentauhidkan Allah, solat, zakat, puasa, hudud, takzir dan banyak lagi. Begitu juga larangan syirik, bid’ah, zina, arak dan banyak lagi.

    Silap dan kelirunya ialah apabila mendefinisikan hukum Islam hanya terbatas kepada hudud, qisas dan takzir.

  14. Mohd Riduan Khairi Says:

    Falasi kedua,

    Kaedah mengkafirkan alias tidak mengiktiraf Islamnya negara kerana tidak melaksanakan hukum Islam sepenuhnya (merujuk kepada tidak terlaksananya hudud dan qisas).

    Jika kaedah ini benar, maka ramailah di kalangan orang Islam hari ini telah murtad! Nauzibillah. Berapa ramai umat Islam hari ini yang mengaku Islam namun meninggalkan solat, tidak membayar zakat, tidak menutup aurat.

    Adakah tuan doktor mahu mengkafirkan mereka semua. Sedangkan dalam bab solat yang hadis secara zahir menyebutkan batas seorang mukmin dengan kufur iala solat, namun ulama’ masih berselisih tentang orang yang sengaja meninggalkan solat (tanpa mengingkari hukumnya).

    Justeru saya membuat kesimpulan, bahawa mengkafirkan negara secara sewenang-wenang boleh membawa kesan kepada mengkafirkan pemerintah dan individu Muslim. Jika tidak dikatakan bercirikan khawarij, mahu dikata apa lagi?

  15. Mohd Riduan Khairi Says:

    Ketiga,

    Manhaj ahlus sunnah dalam menetapkan hukum ialah mengumpulkan semua dalil dan membuat kesimpulan dari kefahaman semua dalil itu.

    Saya yakin tuan doktor membaca dan meneliti sekian banyak buku dan kitab para ulama. Tuan doktor menghimpunkan banyak dalil dan kalam ulama.

    Namun sangat disayangi, tuan hanya memilih-milih perkataan yang bersesuaian dan selari dengan idealogi tuan.

    Tuan memetik Syaikh bin Baz dan Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan dalam beberapa bab, namun tuan meninggalkan perkataan dan tulisan beliau dalam banyak bab yang lain.

    Ketika Syaikh Bin Baz dan Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan mendekati pemerintah dan menasihati pemerintah dengan cara yang benar ia didiamkan. Bahkan ulama seperti mereka dituduh penjilat. Ini musibah, innalillahi ilaihi rojiun.

  16. abu amru mohd radzi bin othman Says:

    Salam

    Tuan Doktor,

    [1] Boleh saya dapatkan rujukan dari tuan tentang fatwa lajnah daimah, fatwanya tanggal berapa, nombor berapa. Atau paling bagus tuan berikan link nye terus kepada saya.

    [2] Begitu juga rujukan fatwa syeikh Soleh Fawzan dan Syeikh As Sa’di.

    [3] Bahawa tujuan setiap insan adalah beraqidah, bukan tujuan utama setiap insan adalah menegakkan hudud atau menubuhkan daulah.

    Asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali berkata: “Maka anda melihat pernyataan mereka (para ulama) tentang permasalahan Al-Imamah bahwasanya ia tergolong permasalahan furu’, tidak lebih sebatas
    wasilah (sarana) yang berfungsi sebagai pelindung terhadap agama dan politik (di) dunia, yang dalil tentang kewajibannya masih diperselisihkan apakah dalil ‘aqli ataukah dalil syar’i…. Bagaimanapun, jenis permasalahan yang seperti ini kondisinya, yang masih diperselisihkan tentang posisi dalil yang mewajibkannya, bagaimana mungkin bisa dikatakan bahwa masalah Al-Imamah ini merupakan puncak
    tujuan agama yang paling hakiki?”

    Ucapan Syeikh Rabi ini sejalan dengan Fatwa Syeikul Islam, Ibn Taimiyyah:

    “Sesungguhnya pihak-pihak yang berpendapat bahwa permasalahan Al-Imamah merupakan satu tuntutan yang paling penting dalam hukum Islam dan merupakan permasalahan umat yang paling utama (mulia) adalah suatu kedustaan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) kaum muslimin, baik dari kalangan Ahlus Sunnah maupun dari kalangan Syi’ah (itu sendiri). Bahkan pendapat tersebut terkategorikan sebagai suatu kekufuran, sebab masalah iman kepada Allah dan Rasul-Nya adalah perma-salahan yang jauh lebih penting daripada perma-salahan Al-Imamah. Hal ini merupakan permasalahan yang diketahui secara pasti dalam dienul Islam.” (Minhajus Sunnah An-Nabawiyah,
    1/16)

    Syeikul Islam juga berkata:

    “…Kalau (seandainya) demikian (yakni kalau seandainya Al-Imamah merupakan tujuan utama dakwah para nabi), maka (mestinya) wajib atas Rasulullah untuk menjelaskan (hal ini) kepada umatnya
    sepeninggal beliau, sebagaimana beliau telah menjelaskan kepada umat ini tentang permasalahan shalat, shaum (puasa), zakat, haji, dan telah menentukan perkara iman dan tauhid kepada Allahk serta iman pada hari akhir.

    Dan suatu hal yang diketahui bahwa penjelasan tentang Al-Imamah di dalam Al Qur`an dan As Sunnah tidak seperti penjelasan tentang perkara-perkara ushul (prinsip) tersebut…

    Dan juga tentunya di antara perkara yang diketahui bahwa suatu tuntutan terpenting dalam agama ini, maka penjelasannya di dalam Al Qur`an akan jauh lebih besar dibandingkan masalah-masalah lain. Demikian juga penjelasan Rasulullahn terntang permasalahan (Al-Imamah) tersebut akan lebih diutamakan dibandingkan permasalahan-permasalahan lainnya.

    Sementara Al Qur`an dipenuhi dengan penyebutan (dalil-dalil) tentang tauhid kepada Allah, nama-nama dan sifat-sifat-Nya, serta tanda-tanda
    kebesaran-Nya, tentang (iman) kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab suci-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir. Dan tentang kisah-kisah (umat terdahulu), tentang perintah dan larangan, hukum-hukum had dan warisan. Sangat berbeda sekali dengan permasalahan Al-Imamah. Bagaimana mungkin Al Qur`an akan dipenuhi dengan selain permasalahan-permasalahan yang penting dan mulia?” (Minhajus Sunnah An-Nabawiyah, 1/16)

    Syeikul Islam juga berkata:

    “Orang yang berkata bahwa masalah imamah adalah tujuan yang paling penting dan utama dalam hukum-hukum agama dan masalah kaum muslimin yang paling mulia, maka dia itu berdusta menurut kesepakatan kaum muslimin baik yang sunni ataupun yang syi’i. Bahkan ini termasuk kekufuran, karena iman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih penting dan utama daripada masalah imamah. Hal ini adalah perkara yang dimaklumi secara pasti dari agama Islam.

    Dan seorang kafir tidaklah menjadi mukmin sampai ia bersaksi: Laa ilaaha illallah wa anna Muhammadan rasulullah (bukan karena imamah, dan tentunya hal ini menunjukkan pentingnya permasalahan iman, pen). Inilah alasan utama Rasulullahn memerangi orang-orang kafir. Beliaun
    bersabda:

    “Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahwa tidak ada ilah kecuali Allah dan aku adalah Rasulullah, kemudian mereka menegakkan shalat dan membayar zakat. Maka bila mereka melakukan hal itu terjagalah dariku darah dan harta mereka kecuali dengan haknya.”

    Beliaut juga menyatakan: “Perlu dimaklumi bagi kita semua, apabila didapatkan masalah kaum muslimin yang paling mulia dan tujuan yang paling penting dalam agama ini, tentunya akan disebutkan dalam Kitabullah lebih banyak daripada perkara selainnya. Dan demikian pula keterangan Rasulullahn tentang perkara tersebut, tentunya akan lebih utama dan lebih banyak daripada keterangan beliau terhadap perkara lainnya. Sementara kita lihat Al Qur`an penuh dengan penyebutan tauhidullah, nama- nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan)-Nya, para malaikat-Nya, kitab-kitab-
    Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, kisah-kisah, perintah dan larangan, hukum had dan kewajiban- kewajiban. Tidak demikian halnya dengan masalah imamah. (Maka kalau dikatakan bahwa masalah imamah itu lebih utama/penting dan lebih mulia daripada yang lainnya, pen) lalu bagaimana bisa Al Qur`an itu dipenuhi dengan selain perkara yang lebih penting/utama dan lebih mulia?!” (Minhajul Anbiya`, 1/21)

    Dalilnya adalah apa yang didaptkan dari wahyu

    “Dan sesungguhnya telah Kami utus pada tiap-tiap umat seorang rasul (dengan tugas menyeru) beribadahlah kalian kepada Allah (saja) dan jauhilah oleh kalian thagut.” (An-Nahl: 36)

    “Tidaklah Kami utus sebelummu seorang rasul-pun kecuali pasti kami wahyukan kepadanya: Sesungguhnya tidak ada yang berhak untuk diibadahi kecuali Aku, maka beribadahlah kalian semuanya (hanya) kepada-Ku.” (Al-Anbiya`: 25)

    “Sungguh telah kami wahyukan kepadamu dan kepada (para nabi) yang sebelummu (bahwa) jika engkau berbuat syirik niscaya akan batal seluruh amalanmu dan niscaya engkau akan termasuk orang-orang yang merugi.” (Az-Zumar: 65)

    LANTAS PERSOALANNYA:

    MENGAPA PARA AKTIVIS PEMBANGKANG MASIH KELIRU AQIDAHNYA? MASIH TIDAK MENGENALI SYIAH ATAU MASIH BERCIUM PIPI DENGAN SYIAH?

  17. abu amru mohd radzi bin othman Says:

    Dalil Dari Al Kitab tentang negara Islam

    1. Surah AlHaj : 40-41

    Maksudnya ;
    “Sesungguhnya Allah pasti menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam), Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; *. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan”

    2. Surah AnNur : 55

    Maksudnya :
    “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Dan barangsiapa yang (tetap ) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”

    Maka dari sini para ulama menetapkan ciri negara Islam itu adalah:

    a. mendirikan solat
    b. menunaikan zakat
    c. menyuruh melakukan ma’ruf dan mencegah dari berlakunya mungkar
    d. orang-orang mukmin berkuasa di muka bumi
    e. agama yang diredhai teguh dan dalam dilaksanakan
    f. wujud keamanan untuk umat Islam

    Dari sisi sinilah para aimmah menetapkan batas negara Islam seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

    Al-Ismaili rahimahullah berkata: “Kaum Salaf berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, p.50)

    PERSOALAN

    Menggunakan Logik tuan Doktor: Negara Islam adalah negara yang melaksanakan 100% hukum Islam. maka:

    [1] Ketika awal pembentukan Madinah, saat itu al kitab belum sempurna, apakah Rasulullah sempat menjadi Pemimpin Negara Kafir?

    [2] Bermakna bahawa saat Imam Ahmad dijeblos dalam penjara, ketika khalifah menetapkan hukum aqidah mu’tazilah dan membunuh para ulama sunnah yang engkar menetapkan Al Qur’an adalah makhluk, maka apakah ketika itu kerajaan Abbasiah adalah neraka kafir?

    [3] atau yang diinginkan oleh tuan doktor adalah SEMUA HUKUM itu adalah hudud semata-mata?

    [4] Ketika sebuah negara yang dikuasai oleh kaum muslimin, berlaku “hukum Islam secara umum” tetapi tidak menyempurnakan seluruh hukum islam yang allah turunkan, maka negara itu dikatakan menjadi negara kafir, maka ketika seorang wanita bernama aminah, tidak menutup aurat, lantas dia keluar ke pasar, apakah dia menjadi kafir kerna tidak menjalankan hukum tuhan?

  18. abu amru mohd radzi bin othman Says:

    DALIL NEGARA ISLAM

    Ini adalah Ucapan para Imam Ahlus sunnah, berserta tulisan arabnya dan rujukan kitabnya

    Hadits Anas bin Malik

    كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُغِيْرُ إِذَا طَلَعَ اْلفَجْرُ، فَإِنْ سَمِعَ أَذَانًا أَمْسَكَ وَإِلاَّ أَغَارَ

    “Dulu Rasulullah menyerang, jika telah terbit fajar. Jika mendengar adzan, maka beliau menahan diri dan jika tidak mendengar adzan, maka beliau menyerang.” [HR. Al Bukhaari (610) & Muslim (1365)]

    Imam Al Qurthubi رحمه الله berkata dalam kitabnya Al Jami’ li Ahkamil Qur-an (6/225),

    قاَلَ أَبُوْ عُمَرَ: وَلاَ أَعْلَمُ اخْتِلاَفاً فِيْ وُجُوْبِ اْلاَذاَنِ جُمْلِةً عَلَى أَهْلِ المِصْرِ، لِاَنَّ اْلاَذَانَ هُوَ اْلعَلاَمَةُ الدَالَةُ اْلمُفَرِّقَةُ بَيْنَ دَارِ اْلاِسْلاَمِ وَدَارِ اْلكُفْرِ، وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً قَالَ لَهُمْ: (إِذَا سَمِعْتُمْ اْلاَذَانَ فَأَمْسِكُوْا وَكَفُوْا وَإِنْ لَمْ تَسْمَعُوْا اْلاَذاَنَ فَأَغِيْرُوْا – أَوْ قَالَ – فشنوا الغارة).

    “Abu ‘Umar berkata, ‘Dan aku tidak mengetahui adanya perbedaan tentang wajibnya adzan, karena adzan ialah pertanda yang menunjukkan perbedaan antara Darul Islam dan Darul Kufr. Dahulu Rasulullah e jika mengutus pasukan, maka beliau e bersabda kepada mereka, ‘Jika kalian mendengar adzan, maka tahanlah, jangan menyerang. Dan jika kalian tidak mendengar adzan, maka seranglah –atau- mulailah serangan.”

    Syaikhu `l Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله berkata dalam Majmu’ Fatawa (22/65),

    فَإِنَّ الْأَذَانَ هُوَ شِعَارُ دَارِ الْإِسْلَامِ الَّذِي ثَبَتَ فِي الصَّحِيحِ أَنَّ ((النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعَلِّقُ اسْتِحْلَالَ أَهْلِ الدَّارِ بِتَرْكِهِ فَكَانَ يُصَلِّي الصُّبْحَ ثُمَّ يَنْظُرُ فَإِنْ سَمِعَ مُؤَذِّنًا لَمْ يُغِرْ وَإِلَّا أَغَارَ))

    “Sesungguhnya adzan adalah syi’ar Negara Islam sebagaimana telah ditetapkan dalam hadits shahih, bahwa Nabi e menghalalkan penduduk negeri dengan sebab meninggalkan adzan, dulu beliau shalat shubuh, kemudian memperhatikan, jika mendengar suara adzan, maka beliau tidak menyerang dan jika tidak, maka beliau menyerang.”

    Hadits ‘Isham Al Muzani

    كَانَ النَّبِيُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَعَثَ السَّرِيَ يَقُوْلُ إِذَا رَأَيْتُمْ مَسْجِدًا أَوْسَمِعْتُمْ مُنَادِيًا فَلاَ تَقْتُلُوْا أَحَدًا

    “Dahulu Nabi jika mengutus pasukan, maka beliau bersabda, ‘Jika kalian melihat masjid atau mendengar adzan, maka jangan membunuh seorangpun.” [HR. Ahmad (3/448), At Tirmidzy (1545) dan beliau mengatakan ‘Hadits hasan gharib’, Abu Dawud (2635), Syaikh Al Albani melemahkannya dalam Dha’if Sunan Abu Dawud (202)]

    Imam Asy Syaukani رحمه الله berkata dalam kitabnya Nailul Authar (8/51-55),

    فِيْهِ دَلِيْلٌ عَلَى أَنَّ مُجَرَّدَ وُُجُوْدِ اْلمَسْجِدِ فِيْ اْلبَلَدِ كَافٍ فِيْ اْلاِسْتِدْلاَلِ بِهِ عَلَى إِسْلاَمِ أَهْلِهِ وَإِنْ لَمْ يُسْمَعُ مِنْهَمْ الآذَانُ لِأَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُِ سِرَايَاهُ بِاْلإِكْتِفَاءِ بِأَحَدِ اْلأَمْرَيْنِ إِمَّا وُجُوْدِ مَسْجِدٍ أَوْ سِمَاعِ اْلآذَانِ

    “Hadits ini menunjukkan, bahwa sekedar keberadaan sebuah masjid di suatu negeri sudah cukup menjadi dalil atas ke-Islaman penduduknya, walaupun belum didengar adzan dari mereka karena Nabi e memerintahkan pasukan-pasukannya agar mencukupkan dengan salah satu dari dua hal, adanya masjid atau mendengar adzan.”

    Syaikhu `l Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله berkata dalam Majmu’ Fatawa (18/282),

    وَكَوْنُ الْأَرْضِ دَارَ كُفْرٍ وَدَارَ إيمَانٍ أَوْ دَارَ فَاسِقِينَ لَيْسَتْ صِفَةً لَازِمَةً لَهَا ؛ بَلْ هِيَ صِفَةٌ عَارِضَةٌ بِحَسَبِ سُكَّانِهَا فَكُلُّ أَرْضٍ سُكَّانُهَا الْمُؤْمِنُونَ الْمُتَّقُونَ هِيَ دَارُ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ وَكُلُّ أَرْضٍ سُكَّانُهَا الْكُفَّارُ فَهِيَ دَارُ كُفْرٍ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ

    “Dan keberadaan negeri ialah negeri kafir, iman atau fasiq bukanlah sifat yang senantiasa melekat padanya, akan tetapi merupakan sifat yang ada berdasarkan penduduknya. Setiap jengkal bumi yang penduduknya beriman dan bertaqwa, maka negeri itu adalah negeri para wali Allah pada waktu itu dan setiap jengkal bumi yang penduduknya kafir, maka negeri itu adalah negeri kafir pada waktu itu.”

    Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah dalam Majmu’ Fatawa beliau (6/104-105) [Syarhu Tsalatsati `l Ushul],

    وَبَلَدُ الشِّرْكِ هُوَ الَّذِيْ تُقَامُ فِيْهِ شَعَائِرُ اْلكُفْرِ وَلاَ تُقَامُ فِيْهِ شَعَائِرُ اْلإِسْلاَمِ كَالْأَذَانِ وَالصَّلاَةِ جَماعَةٍ، وَاْلأَعْياَدِ، وَاْلجُمْعَةِ عَلَى وَجْهٍ عامٍ شَامِلٍ، وَإِنَمَا قُلْنَا : عَلَى وَجْهٍ عَامٍ شَامِلٍ لِيَخْرُجَ مَا تُقَامُ فِيْهِ هَذِهِ الشَّعَائِرُ عَلَى وَجْهٍ مَحْصُوْرٍ كَبِلاَدِ اْلكُفَّارِ الَّتِي} فِيْهَا أقليات مُسْلِمَة فَإِنَّهَا لاَ تَكُوْنُ بِلاَدُ إِسْلاَمٍ بِمَا تُقِيْمُهُ اْلأقليات المسلمة فِيْهَا مِنْ شَعَائِرِ اْلإِسْلاَمِ، أَمَّا بِلاَدُ اْلإِسْلاَمِ فَهِيَ البِلاَدُ الَّتِيْ تُقَامُ فِيْهَا هَذِِهِ الشَّعَائِرُ عَلَى وَجْهٍ عَامٍ شَامِلٍ.

    “Dan negara syirik adalah yang ditegakkan di dalamnya syi’ar-syi’ar kufur dan tidak ditegakkan di dalamnya syi’ar-syi’ar Islam, seperti adzan, shalat jama’ah, ‘Ied, dan shalat jum’at, secara umum dan menyeluruh. Kita katakan, ‘Secara umum dan menyeluruh’ untuk mengeluarkan (dari definisi ini) negara yang ditegakkan syi’ar-syi’ar Islam secara terbatas, seperti negara-negara kafir yang di dalamnya ada minoritas muslim, maka yang demikian tidak menjadi Negara Islam disebabkan minoritas muslim tersebut menegakkan sebagian syi’ar-syi’ar Islam. Adapun Negara Islam adalah negara yang ditegakkan di dalamnya syi’ar-syi’ar Islam ini secara umum dan menyeluruh.”

    Abu Bakar Ahmad bin Ibrahim Al Isma’ily رحمه الله yang diriwayatkan oleh Ibnu Qudamah رحمه الله dalam Kitab I’tiqadu A-immati `l Hadits (1/31), Bab ‘Darul Islam’,

    وَيَرَوْنَ الدَّارَ دَارُ اْلإِسْلاَمِ لاَ دَارُ اْلكُفْرِ كَمَا رَأَتْهُ الْمُعْتَزِلَةُ، مَا دَامَ النِدَاءُ بِالصَّلاَةِ وَاْلإِقاَمَةِ ظَاهِرِيْنَ وَأَهْلِهَا مُمَكِّنِيْنَ مِنْهَا آمِنِيْنَ

    “Dan mereka (para Imam Ahlul Hadits) berpendapat, bahwa negara itu adalah Negara Islam, bukan negara kufur, sebagaimana pendapat mu’tazilah, selama adzan dan iqamah nampak dan penduduknya menetap di dalamnya dalam keadaan aman.”

  19. abu bakr Says:

    saya hairan pandangan mengatakan pandangan imamah bukan perkara penting dalam agama, sedangkan dari perkara inilah pas dan umno bertelagah tak habis-habis.ada pula negara yang kononnya mempunyai fatwa yang hebat-hebat sedangkan mereka dilindungi oleh imperialis amerika dan uk dan menyebarkan terrorisme ke serata dunia dan mengeluarkan fatwa membolehkan ahli mazhab lain boleh dibunuh..inilah khawarij atau istilah yg dijumpai “recycling terrorism”
    http://www.islamtimes.org/vdcci0qsp2bq418.-ya2.htm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: