Dahwah Dahulu, Baru Hukum

Dakwah Dahulu Baru Hukum

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalis Samad mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor memulakan proses untuk pelaksanaan syariah di negeri ini dengan pendekatan dakwah dari bawah bukannya terus melaksanakannya tanpa penerangan yang jelas.

Bagi beliau, apa yang berlaku di Selangor sebelum ini sudah cukup baik apabila seluruh masjid dan surau negeri ini begitu aktif memberikan penerangan dan kuliah agama.

“Kita tidak mahu apabila kita laksanakan terus apa yang kita hendak ia akan menimbulkan fitnah kepada Islam,” katanya dalam temubual beliau dengan RTM. (Harakahdaily, 17 Januari)

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul meyakini semua kandungan Kitabnya wajib dilaksanakan. Tatkala gawat dengan gejala buang bayi, sumbang mahram dan bermacam-macam kerosakan yang lain, ada cadangan radikal supaya hukum Islam seperti hudud dilaksanakan.

Orang Islam meyakini wajibnya melaksanakan perintah Allah dan Rasul sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith. Bukan sahaja hudud, termasuk juga hukum-hukum yang lain seperti mentauhidkan Allah, menjauhi syirik, solat, puasa, zakat, dan hukum-hakam lain yang tertulis.

Lama masa yang diambil untuk memahamkan sebilangan ahli politik dan sebahagian pejuang Islam bahawa menegakkan hukum dan negara Islam dilakukan secara bertahap. Menegakkan perundangan Islam perlu bermula dengan dakwah. Ini yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad, bahkan semua Nabi-Nabi sebelum baginda.

Dakwah atau mengajak manusia kepada perkara yang baik dan melarang manusia dari perbuatan yang salah dilakukan secara bertahap. Para intelektual dan sarjana Islam dari zaman awal sehingga hari ini telah menyusun sekian banyak makalah dan kitab membincangkan tahapan dan teknik dalam berdakwah.

Metod ini disahkan oleh isteri kesayangan beliau yang juga ibu bagi orang-orang beriman (ummul mukminin) Aisyah binti Abu Bakar (semoga Allah redha kepada mereka berdua). Kata Aisyah seperti yang dilaporkan secara sahih,

“Sesungguhnya surah yang mula-mula diturunkan adalah surah pendek yang di dalamnya disebutkan adanya syurga dan neraka, sehingga manusia telah memeluk Islam, maka diturunkan ayat tentang halal dan haram. Seandainya ayat yang pertama kali turun adalah “janganlah kalin meneguk arak” pastilah mereka berkata “kami tidak akan meninggalkan arak selamanya”. Kalau ayat yang pertama kai diturunkan ; “janganlah kamu berzina”, pasti mereka akan menjawab ; “Kami tidak akan meninggalkan zina selamanya”. (Hadis Bukhari)

Akidah Mula Dakwah

Hadis yang dilaporkan oleh ibunda Aisyah diatas menunjukkan secara tuntas perjalanan atau fasa dakwah Nabi Muhammad. Begitu dengan proses penurunan Al-Qur’an. Ayat-ayat Al-Qur’an fasa Mekah membawa tema dan pendekatan berbeza berbanding ayat-ayat Al-Qur’an di Madinah.

Nabi Muhammad bahkan semua Rasul sebelum baginda diutus membawa risalah paling utama iaitu untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah dan memurnikan akidah @ keyakinan umat manusia dari perbuatan syirik.

Ketika Jazirah Arab dilanda kerosakan umat, Nabi tidak datang terus membawa undang-undang dan hukuman. Namun Nabi Muhammad yang disifatkan Allah sebagai rahmat kepada seluruh alam itu membawa petunjuk dan pendidikan. Ayat-ayat Al-Qur’an yang turun di Mekah sebelum hijrah penuh dengan agenda memurnikan keyakinan dan kepercayaan (akidah) umat manusia yang bergulat dengan syirik.

Contoh-contoh Amalan Syirik

  1. Bomoh, dukun, tukang ramal dan sihir.
  2. Tangkal, azimat dan benda-benda ajaib dan sakti.
  3. Menganggap keramat tempat-tempat tertentu seperti kubur.
  4. Menyeru kepada perkara ghaib ketika beribadah dan berdoa.

Apabila diperhalusi ternyata masih ramai lagi umat Islam yang terlibat dengan amalan-amalan syirik.

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menulis satu makalah berkaitan metod dakwah seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Beliau menjelaskan selepas Nabi Adam diturunkan kemuka bumi, anak keturunannya pernah melakukan bermacam-macam kesalahan dan kemungkaran. Namun begitu Nabi Nuh Alaihissalam diutus apabila manusia mual mensyirikkan Allah. Sebelum itu tidak ada Rasul diutus.

Sebilangan pendakwah melihat isu akidah sebagai hal yang kecil dan remeh-temeh. Walhal masih banyak lagi umat Islam yang zahir dan amalannya Islam namun terlibat dalam perbuatan yang mendatang dosa yang paling besar di sisi Allah. Antaranya perbuatan bomoh, sihir, memakai tangkal dan azimat.

Mesej Perpaduan

Selepas agenda akidah dan membasmi syirik Nabi Muhammad berdasarkan hadis-hadis yang dilaporkan memberi fokus dan penekanan kepada isu perpaduan.

Tindakan Nabi yang bijak lagi berhikmah dalam dakwah dapat dilihat dalam satu hadis seperti dilaporkan oleh seorang sahabat berbangsa Yahudi Abdullah bin salam (semoga Allah redha kepada beliau),

Wahai seluruh manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, sambunglah tali persaudaraan, shalatlah pada malam hari ketika semua orang sedang tidur, niscaya kalian akan masuk surga dengan damai. (Hadis Tirmidzi, Ibnu Majah, ad Darimi)

Kembali kepada realiti semasa apa yang diberi penekanan oleh sebilangan orang agama dan pendakwah amat berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan generasi awal Islam. Masyarakat dimomokkan dengan hukum-hukum agama seolah Islam itu datang untuk menghukum semua orang yang berbuat salah tanpa belas dan ihsan.

Pengajian akidah yang membuahkan rasa cinta dan takut kepada Allah ditinggalkan. Umat lebih disogokkan dengan soal hukum, politik dan undang-undang semata-mata.

Bukanlah salah memberi peringatan kepada umat tentang rasuah, arak, judi dan zina bahkan memberi peringatan berkaitan larangan Allah itu memberi manfaat kepada umat. Namun yang disinggung ialah meletakkan isu akidah dan syirik di belakang kemungkaran yang lain.

Jika hal ini berterusan kita meyakini apa yang disebutkan oleh ibunda Aisyah, umat selamanya tidak akan meninggalkan ‘arak’ dan ‘zina’. Justeru tidak hairan mengapa sekian banyak kempen dan usaha dijalankan oleh pendakwah dan pemerintah tidak mebuahkan hasil yang optimun. Kerana kita menyanggahi apa yang telah disunnah oleh Nabi Muhammad dan generasi awal Islam.

Ibarata kata pepatah Melayu, “berlunjur sebelum duduk”.

2 Respons to “Dahwah Dahulu, Baru Hukum”

  1. chanel les exclusifs no. 18 . Says:

    Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.

  2. Mohd Riduan Khairi Says:

    Apa makna yang ingin disampaikan oleh komen begini.

    Di dalamnya berisi beberapa kenyataan dan sekaligus berbau tuduhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: